Tuesday, December 21, 2010

Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Tahun lama hampir mengakhiri harinya dan tahun baru pula bakal muncul. Bercakap pasal hujung tahun salah satu berita yang hangat adalah kemalangan melibatkan jalanraya. kenapa ini harus berlaku?

Setiap siasatan kemalangan jalanraya merumuskan bahawa penyebabnya adalah seperti:
  • Sikap pemandu-masalah disiplin
  • Masalah teknikal kenderaan-masalah brek, gear etc...
  • Dipandu laju
  • Masalah alam semulajadi-hujan, tanah runtuh
  • Keadaan jalanraya-selekoh,tidak rata,tiada tanda etc...
Benarkah faktor-faktor diatas menjadi penyebab kemalangan jalanraya? Tepuk dada tanya selera.

Kes kemalangan Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
membabitkan bas persiaran yang mengorbankan 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, hari ini(21.12.2010).
gambar lakaran daripada utusan.com.my
Gambar  Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Gambar di atas menunjukkan kawasan dan keadaan kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Jika dilihat,selekohnya tidaklah begitu tajam. Jika dibandingkan dengan keadaan jalanraya di Sabah khususnya selekohnya lebih tajam (70 degree pun ada) dan curam.

Sesiapa yang pernah melalui jalan Moyog-Gunung Emas-Tambunan dan Jalan Kimanis Keningau pasti tahu betapa tajam dan curamnya jalan-jalan ini berbanding dengan keadaan di Simpang Pulai-Cameron Highlands ini.

Mujurlah pengusaha bas seperti Bumiputera Express dan Nui Luk  yang menggunakan jalan-jalan tersebut setakat ini belum ada lagi kemalangan yang meragut nyawa.

Takziah kepada keluarga mangsa. Kepada mereka yang masih membaca entri ini beringatlah, maut pasti datang, jangan dicari.

Kemalangan maut Pegawai Penjara di Moyog, Sabah.

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter