Showing posts with label no plat kereta. Show all posts
Showing posts with label no plat kereta. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Proton P3-21A sudah ada nama

Nampaknya industri pembuatan kereta di negara ini ada kemajuannya. kejayaan proton menjuarai rally sweeden (menggunakan satria neo) sangat membanggakan.

Sesuatu yang dinantikan rakyat malaysia dari proton ketika ini ialah pelancaran model baru proton iaitu Proton P3-21A pada 16-03-2012. Tapi kenapa masih berahsia pasal nama tersebut? P3-21A adalah kod nama yang biasa diguna di kilang pengeluaran manakala nama khasnya belum lagi diberi.

Pada firasat aku nama proton baru ini nanti ada kena-mengena dengan konsep 1Malaysia. Saya tak pasti apakah namanya tapi mesti ada perkataan '1' 'satu'. he..he tekaan saya saja.

Baiklah berikut adalah serba sedikit pasal Proton P3-21A:

  • Harga OTR rm65-75k termasuk insuran
  • Ditawarkan dlm 2 varian iaitu executive dan premium
  • Injin campro 1.6 turbo,7 gear dengan vvt, kuasa bermula pada 2000rpm
  • Diuji keselamatan di australia pada kelajuan 140kmj-cermin hadapan tidak berderai
  • Dibangunkan dari model tuah
  • Dilancarkan pada 16-mac-2012

Kereta kuning bawah ni adalah spyshot proton P3-21A, ala-ala Bumbble Bee dlm transformer atau siri penyiasatan Hawaii Five-o

Proton P3-21A
 Proton Tuah mantap,stylo dan 'bold'
Proton Tuah


P3-21A macam Pentium processor pula atau model motherboard. Jadi pada firasat kamu apakah bakal nama kereta proton yang baru ini?

Jika dahulu rakyat diberi peluang untuk menamakan kereta proton, tapi sekarang nampaknya proton mahu beri surprise, jeng...jeng...jeng...

Video Promosi Proton P3-21A

Saturday, August 20, 2011

Proton-Baru sekarang mengaku

Proton yang diasaskan oleh dr.mahathir sekitar 8oan,menjadi kebangaan negara pada mulanya,tetapi selepas beberapa tahun mendapat kritikan dari pembeli tempatan kerana harganya yang sangat mahal berbanding kualiti. suatu ketika dahulu proton saga digelar 'tin sardin'.

namun pada hari ini ternyata kereta nasional itu telah berevolusi dan bertambah baik, malah telah mempelbagaikan variasi keluarannya.

walaubagaimanapun kebelakangan ini,proton sekali lagi mendapat kritikan sehingga ke parlimen. kritikan ini berkenaan power window proton yang x berfungsi. kritikan ini dibidas oleh tun mahathir bahawa tingkap kuasa proton tidak mengalami masalah seperti itu.
tingkap kuasa proton-bharian


berikut adalah penafian tun mahathir sekeras-kerasnya
Mengenai dakwaan seorang penulis blog yang mengatakan tingkap kereta Proton tidak boleh diturunkan sehingga pemilik kenderaan itu terpaksa membuka pintu dan turun daripada keretanya untuk membayar tol, beliau berkata dakwaaan itu keterlaluan.

"Saya juga bawa kereta melalui tol dan saya belum lagi ternampak orang yang bawa kereta Proton (terpaksa) turun daripada kereta kerana nak bayar tol.


berita harian hari ini 19.08.2011 menyiarkan artikel yg bertajuk "Jaminan tingkap kuasa Proton"
antara isi kandungannya ialah:
ISU persepsi negatif mengenai kualiti tingkap kuasa atau 'power window' kereta Proton yang sebelum ini menjadi perbualan hingga ke Parlimen, bakal selesai apabila Proton Holdings Bhd akan mengumumkan langkah menanganinya tidak lama lagi.

“Sebelum ini, ramai pemilik Proton sering mengadu akibat mengalami masalah tingkap kuasa kenderaan mereka. Namun begitu, menerusi beberapa penambahbaikan teknologi dan kualiti dalam beberapa tahun lalu, tingkap berkuasa kereta Proton kini sudah jauh lebih berkualiti.
“Justeru, sebagai langkah menangani persepsi negatif, selain menunjukkan komitmen Proton yang sentiasa mengutamakan kualiti kereta keluarannya, kami berani mengatakan bahawa kini tidak ada sebarang kecacatan terhadap tingkap kuasa Proton.

“Diharapkan dengan pengenalan jaminan itu tidak lama lagi, ia dapat melenyapkan komen sinis berkenaan,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur.

-sumber berita harian

daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa power window proton sememangnya bermasalah (walaupun tidak semua)
main point saya disini ialah kenapa tun mahathir membuat penafian sedemikian? tak mengaku kelemahan sendiri. walaupun kita tahu tun adalah penasihat proton tapi beliau sepatutnya memberi komen neutral berkaitan kes ini.

perkara ini lah yang membuatkan pembeli2 kenderaan malaysia meluat dengan produk kereta tempatan. beli pun nak tak nak...ja. terpaksa. kononnya membeli proton adalah amal jariah

buang yg keruh ambil yg jernih akuilah kesilapan agar dapat dimaafkan

Thursday, July 14, 2011

700 dan 1024 cc. mana lebih power

700 dan 1024 cc. mana lebih power? ha..ha jangan tingu numbur ja k.

Chevrolet Corvette Z06 700 horsepower

VS

Koenigsegg CCXR 1,024 horsepower

Chevrolet Corvette Z06 Koenigsegg CCXR
Rear Wheel Drive
Curb Weight (lbs) 3175
Horsepower      505 @ 6300 rpm
 Torque      470 @ 4800 rpm
Transmission      T56 6 speed manual (Tremec)
1st gear      1st gear - 2.66
6th gear      6th gear - 0.50
0 - 100 mph      7.6 sec (Motor Trend)
Top Speed      198 mph
Transmission Transversal 6 Speed


Final Drive Ratio 3.364
8-piston Light Alloy Brembo Monoblock Calipers.
6-piston Light Alloy AP Racing Callipers.
Engine Type Koenigsegg Aluminium Twin-Supercharged V8, 4 Valves per Cylinder, Double Overhead Camshafts
Displacement 4800 cc

Horsepower 1018 hp @ 7000 rpm

Top Speed 410+ km/h (254+ mph) Koenigsegg
0-100 km/h (0-62 mph)








amik kau...

Thursday, May 19, 2011

Pandu Uji Proton Exora [review]

[review]

Pandu Uji Proton Exora


Sila datang ke penjual Proton Exora yang berdekatan untuk pandu uji, rasai kenikmatan dan kepuasan memandu proton exora ini. tak rugi sebab free je, hujung bulan boleh bagi deposit tak pun tunggu bonus hujung tahun.

sila daftar di www.allaboutexora.com dan anda berpeluang memenangi sessi spa,tips2 penjimatan dan juga wang tunai sehingga rm6 ribu. siapa tahu anda yang bertuah

Vroom your way for a 1-day drive session with Proton Exora!

When I say S.P.A.C.E, what do you say? PROTON Exora! Say it again, Churpers! When I say S.P.A.C.E, what do you say? PROTON Exora!!! Based on Exora’s unique benefits that can be best summed up as S.P.A.C.E, this as a word highlights the spaciousness of this 7-seater MPV, but as an acronym describes the car’s key qualities – which is Safety, Performance, Advanced Styling, Comfort and Economical (SPACE). Proton Exora is Malaysia's first home-grown MPV that has been built to world class quality & standards in performance, safety, technology and comfort. With Proton, not only you get to drive your family and friends in comfort, but safety is always a priority. Thanks to Proton, they're hosting its first-ever Exora VIP Test Drive Session and you're invited to participate! All you need is to register yourself at www.allaboutexora.com Not only you will learn more about Exora's winning features, you get a chance to gain budget tips, have a spa session and win cash prizes of RM6k! Don't just sit there in awe, Churpers. It's happening so share it with your family and friends today! The first Exora VIP Test Drive Session starts from April 23, 2011.

pandu uji proton exora
Proton Exora dan ciri-cirinya



maklumat lanjut klik sini
pandu uji proton exora


*Update*
Pandu uji Proton Exora kembali lagi. Lihat perbandingan keluasan diantara Grand Livina, Avanza dan Proton Exora


p/s: Perodua MyVi model terbaru akan muncul pada bulan jun, pasti gempak. sama-sama kita nantikan

Wednesday, May 11, 2011

sistem brake kereta

baru2 ini pemandu anwar ibrahim mengadu bahawa kenderaan yang selalu membawa keluarga anwar telah disabotaj. kemalangan kecil berlaku pada 19 april lepas.

ia melaporkan bahawa brek kereta bergegar dan bunyi pecah dibahagian belakang.

apabila dihantar ke workshop,mekanik mengatakan bahawa tayar belakang tidak mempunyai klip. kepada sesiapa yang tidak tahu struktur brake tersebut lihat gambar berikut,

selain brake, ada pelbagai lagi masalah yang menimbulkan masalah pada bahagian tayar kereta misalnya alignment tayar dan brake piston serta gasket yang menyebabkan kereta tidak dapat diberhentikan mengikut yang dimahukan

memasang klip brake,drift,hand brake
memasang brake pad 'klip'


Video bagaimana brake pad mencengkam disc brake





tips belajar jadi mekanik:
setiap kali apabila kereta anda mengalami masalah, hantarlah ke bengkel kereta dan jangan lupa bertanyakan kepada mekanik akan masalah yang dihadapi dan kalau boleh tunggu dan lihat bagaimana mekanik tersebut membuka dan memasangnya kembali.

jika anda melakukan sebegini setiap kali anda ke bengkel kereta atau motosikal, lama kelamaan anda akan develop sendiri skil membaiki kerosakan kereta atau motorsikal. luangkan masa sekitar 20 minit sambil makan tapau dan minum kopi janda dan ia adalah berbaloi

baca juga sebab anda gagal ujian memandu disini dan pastikan anda ada lesen serta cukai jalan yang terkini kerana sekatan polis ada dimana-mana

p/s: canggih tayar masa depan

Thursday, April 28, 2011

Nombor Sial biar betul

Nombor Sial atau bertuah?biar betul

sangat2 panas pasal anwar ibrahim sekarang ini, sedutan kedua video seks telahpun diupload ke youtube(dlm siasatan polis sipakah yg mengupload) dan pelbagai analisis yang dilontarkan oleh para blogger malaysia samada penyokong pakatan rakyat mahupun penyokong barisan nasional.

ada apa dengan nombor? biasanya masyarakat china yang mempercayai maksud2 tertentu sesuatu nombor itu misalnya angka 8 adalah digemari yg berarti membawa kekayaan manakla nombor 4 bermaksud mati/sedih.

berikut ini adalah nombor yang dikaitkan dengan anwar ibrahim,saya petik dari blog badut rakyat.

Tarikh Penting Untuk Anda Ingat Mengenai Anwar Ibrahim !!!

16 Sept PM In Making

16 Julai Kena Tangkap

16 Feb DNA Comfirm

16 Mac Lelaki Y

16 April Kalah PRU Sarawak

16 Mei Salah Atau Tidak

16....tak tahu lagi

selain itu saya ada juga memposkan beberapa artikel mengenai nombor antaranya:


nombor pun ada makna yang tersendiri

Wednesday, March 23, 2011

lampu belakang proton wira masuk air

lampu belakang proton wira masuk air

balik dari bandar kira-kira 5.30 petang. macam biasalah trafik jam diwaktu sebegini, jarak perjalanan yang pada kebiasaannya mengambil masa kira-kira 15 menit, tapi waktu ini hampir 1 jam setengah untuk sampai.

maka saya terlihat sebuah proton wira di depan. saya sebenarnya selalu melihat perkara ini, iaitu lampu belakang wira yang masuk air hujan, entah mengapa dan bagaimana namun saya berpendapat bahawa kualiti yang rendah la puncanya.

anehnya lampu tu tidak pula 'short circuit', masih boleh menyala. setahu saya air adalah pengalir eletrik yang berkesan.

lampu belakang proton wira masuk air,proton wira
saya juga mendapati bahawa air yang masuk ini kekal disitu untuk jangka waktu yang lama. masuk senang keluar susah :)

trafik jam

satu lagi saya mahu cerita pada waktu ini adalah penggunaan minyak yang tidak efisen. dalam kesesakan tersebut odometer menunjukkan bahawa minyak telah turun satu bar,oh tidak. trafik jam oh trafik jam

walaupun ada pelbagai kemudahan jalanraya yakni jalan berkembar,'fly over', U-Turn dan sebagainya tetapi kesesakan jalanraya tetap berlaku, maklumlah taraf kehidupan semakin baik dan keupayaan untuk membeli kereta semakin cerah, tambahan pula munculnya model-model kereta yang murah di pasaran

ada beberapa cara untuk mengatasi kesesakan jalan raya seperti ini, antaranya keluar lebih awal dari office, let say 4.30 ptg atau melepak bersama kawan-kawan selama mungkin sehingga kesesakan berkurangan,lebih kurang jam 7 ptg la. kalau anda seorang yang rajin boleh la buat kerja lebih masa (over time) dapat gaji lebih mungkin juga menjadi pekerja contoh :).

*update*
komen-komen pasal lampu belakang proton wira masuk air.
- Kalau pakai lampu ori rasanye benda ni tak kan terjadi. Selalu pakai lampu local je jadi macam ni. Depan pon boleh masuk air kalau pakai lampu local.

- solution....
beli botol silicon sealer yang warna hitam. beli gun untuk sealer tu....dan seal ruang2 yang boleh nampak pada lampu belakang wira....masa mula2 letak memang comot....tapi sebelum silicon tu kering, boleh lap dengan kain basah.....jadik le kemas ;)

tukar getah bonet =Rm30, Buka lampu kiri kanan pastu silicone gam =Rm 50. Setel problem.

Wednesday, February 2, 2011

fly over tanjung aru-putatan beroperasi

fly over tanjung aru-putatan beroperasi sehari sebelum perayaan tahun baru china bermula.


baru perasan rupanya jejambat tanjung aru- putatan sudah boleh digunakan oleh kenderaan, patutlah lampu trafik tak lama sangat.
fly over tanjung aru-putatan,jejambat tanjung aru
jejambat tanjung aru-putatan

Tuesday, December 21, 2010

Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Tahun lama hampir mengakhiri harinya dan tahun baru pula bakal muncul. Bercakap pasal hujung tahun salah satu berita yang hangat adalah kemalangan melibatkan jalanraya. kenapa ini harus berlaku?

Setiap siasatan kemalangan jalanraya merumuskan bahawa penyebabnya adalah seperti:
  • Sikap pemandu-masalah disiplin
  • Masalah teknikal kenderaan-masalah brek, gear etc...
  • Dipandu laju
  • Masalah alam semulajadi-hujan, tanah runtuh
  • Keadaan jalanraya-selekoh,tidak rata,tiada tanda etc...
Benarkah faktor-faktor diatas menjadi penyebab kemalangan jalanraya? Tepuk dada tanya selera.

Kes kemalangan Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
membabitkan bas persiaran yang mengorbankan 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, hari ini(21.12.2010).
gambar lakaran daripada utusan.com.my
Gambar  Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Gambar di atas menunjukkan kawasan dan keadaan kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Jika dilihat,selekohnya tidaklah begitu tajam. Jika dibandingkan dengan keadaan jalanraya di Sabah khususnya selekohnya lebih tajam (70 degree pun ada) dan curam.

Sesiapa yang pernah melalui jalan Moyog-Gunung Emas-Tambunan dan Jalan Kimanis Keningau pasti tahu betapa tajam dan curamnya jalan-jalan ini berbanding dengan keadaan di Simpang Pulai-Cameron Highlands ini.

Mujurlah pengusaha bas seperti Bumiputera Express dan Nui Luk  yang menggunakan jalan-jalan tersebut setakat ini belum ada lagi kemalangan yang meragut nyawa.

Takziah kepada keluarga mangsa. Kepada mereka yang masih membaca entri ini beringatlah, maut pasti datang, jangan dicari.

Kemalangan maut Pegawai Penjara di Moyog, Sabah.

Sunday, September 19, 2010

Nombor plat kereta special

sesetengah orang amat mementingkan nombor, ini termasuklah nombor pendaftaran kenderaan. tidak hairan ada yang sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk merebut no plat kereta kegemaran.

ABU DHABI 17 Feb. Seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memecahkan rekod dunia apabila berjaya membuat bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kereta 1, semalam.
Ia bukan jumlah yang besar jika dibandingkan dengan kekayaan keluarga saya.Lagipun harganya berpatutan dan siapa yang tidak mahu menjadi nombor satu?kata Saeed Abdel Ghaffar Khouri selepas membida setinggi 52.2 juta dirham (RM45.8 juta) untuk nombor pendaftaran 1.
Nombor plat kereta special,no pendaftaran jpj,no pendaftaran kenderaanNombor plat kereta special,no pendaftaran jpj,no pendaftaran kenderaan

Kepada yang berminat, boleh la mengunjungi mana-mana pejabat (jabatan pengangkutan jalan)JPJ dan berunding dengan mereka berkaitan pendaftaran nombor plat kereta special.

update
yang ni pun special juga(spyshot)
No Pendaftaran kenderaan SUKOM


*Kemaskini*

Tender plat “KDA” berjumlah RM762,601
07/08/2011 1:55pm

ALOR SETAR – Nombor pendaftaran kenderaan “KDA” mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut.

"Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100.

KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.

Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. - Bernama

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter