Showing posts with label kereta api langgar lori tangki. Show all posts
Showing posts with label kereta api langgar lori tangki. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Pelancong Hong Kong dilanggar Keretapi Sabah

Gambar Hiasan
Lagi kejadian keretapi bertembung dengan kereta di tempat yang sama, dimana dahulunya keretapi sabah melanggar lori tangki minyak shell berdekatan petagas,putatan.

Berita 2 tahun lalu baca sini
Berikut adalah siaran berita dari the borneo post



Posted on June 21, 2013, Friday

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warganegara Hong Kong yang terlibat dengan insiden kemalangan akibat dirempuh kereta api di Jalan Lintas, berhampiran jejambat Petagas telah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) lewat malam semalam.

Mangsa, Long Wing Tak Eddie, 50, itu difahamkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan berikutan kereta sewa dipandu bersama tiga ahli keluarganya berlanggar dengan kereta api yang sedang dalam perjalanan menuju ke Papar/Beaufort pada insiden berlaku sekitar jam 5.30 petang Rabu berkenaan.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata pihaknya menerima maklumat bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia di hospital sekitar jam 11.16 malam terbabit dan urusan menghantar mayat berkenaan balik ke negara asal kini sedang dijalankan.

“Kita menerima maklumat bahawa mangsa disahkan meninggal dunia pada malam tersebut di hospital dan urusan penghantaran mayat mangsa untuk dikebumikan di Hong Kong sedang diusahakan oleh ahli keluarganya,” katanya.

Selain mangsa yang terbunuh, turut menaiki kereta yang sama adalah seorang lelaki dan dua wanita berusia 50 hingga 70an berwarganegara Hong Kong.

Bagaimanapun menurut Jauteh, ketiga-tiga mereka kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Mereka yang tercedera dikenali sebagai Lok Siu Mint, 78, Lai Lai King, 70, dan Chong Oi Ha, 60.

Kesemua mangsa terbabit dikatakan sedang bercuti di Sabah sejak lima hari lepas dan telah menggunakan kenderaan sewa jenis Hyundai Ascent sebelum insiden itu terjadi.

Turut difahamkan sebelum kemalangan itu berlaku, keempat-empat warga Hong Kong terbabit sedang bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) ekoran penerbangan mereka yang dijadualkan berlepas sekitar jam 8 malam berkenaan.

Namun sebaik tiba di tempat kejadian, difahamkan kenderaan dinaiki mereka gagal untuk berhenti meskipun telah diberikan arahan oleh petugas di laluan kereta api berkenaan.

Dikatakan laluan itu telah diseliakan oleh petugas dari Jabatan Kereta Api Sabah memandangkan penghadang kereta api di persimpangan berampiran lampu lintas di situ gagal berfungsi dan telah rosak sejak enam bulan yang lalu.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Jauteh berkata kes berkenaan kini disiasat mengikut Ordinan Jabatan Kereta Api Sabah bagi sebarang tindakan lanjut.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/06/21/siasat-ikut-ordinan-kereta-api-sabah/#ixzz2WxTwQYZE

Tuesday, February 28, 2012

Proton P3-21A sudah ada nama

Nampaknya industri pembuatan kereta di negara ini ada kemajuannya. kejayaan proton menjuarai rally sweeden (menggunakan satria neo) sangat membanggakan.

Sesuatu yang dinantikan rakyat malaysia dari proton ketika ini ialah pelancaran model baru proton iaitu Proton P3-21A pada 16-03-2012. Tapi kenapa masih berahsia pasal nama tersebut? P3-21A adalah kod nama yang biasa diguna di kilang pengeluaran manakala nama khasnya belum lagi diberi.

Pada firasat aku nama proton baru ini nanti ada kena-mengena dengan konsep 1Malaysia. Saya tak pasti apakah namanya tapi mesti ada perkataan '1' 'satu'. he..he tekaan saya saja.

Baiklah berikut adalah serba sedikit pasal Proton P3-21A:

  • Harga OTR rm65-75k termasuk insuran
  • Ditawarkan dlm 2 varian iaitu executive dan premium
  • Injin campro 1.6 turbo,7 gear dengan vvt, kuasa bermula pada 2000rpm
  • Diuji keselamatan di australia pada kelajuan 140kmj-cermin hadapan tidak berderai
  • Dibangunkan dari model tuah
  • Dilancarkan pada 16-mac-2012

Kereta kuning bawah ni adalah spyshot proton P3-21A, ala-ala Bumbble Bee dlm transformer atau siri penyiasatan Hawaii Five-o

Proton P3-21A
 Proton Tuah mantap,stylo dan 'bold'
Proton Tuah


P3-21A macam Pentium processor pula atau model motherboard. Jadi pada firasat kamu apakah bakal nama kereta proton yang baru ini?

Jika dahulu rakyat diberi peluang untuk menamakan kereta proton, tapi sekarang nampaknya proton mahu beri surprise, jeng...jeng...jeng...

Video Promosi Proton P3-21A

Saturday, November 5, 2011

Kekeliruan pasal #PrayForKK

Kekeliruan pasal #PrayForKK

Baru2 ini telah terjadi tragedi keretapi sabah melanggar lori tangki iaitu pada 30.10.2011.
Tragedi ini sangat dashyat namun magiknya ialah tiada kematian berlaku,syukur.

Sehubungan denagn ini has tag #PrayForKK telah menjadi trend di twitter bagi region Malaysia selama beberapa hari.
Enjin baru keretapi sabah,di awal penaiktarafankredit mustafa.org

Kim Kardashian



Istilah trend atau trending yang dimaksudkan secara mudahnya ialah perkataan yang popular yang digunakan bersama oleh ahli2 twitter untuk menyebut atau menggambarkan sesuatu perkara yang sedang berlaku atau telah terjadi.

Kekeliruan pasal #PrayForKK
Kekeliruan bermula apabila secara kebetulan seorang artis Hollywood iaitu Kim Kardashian yang baru saja berkahwin telah bercerai dalam masa 72 hari dengan bekas suaminya Kris Humphries.
antara tweets #PrayForKK

Ada ahli twitter yang menganggap KK adalah Kim Kardashian. Ini adalah tidak betul dan mustahil kerana has tag #PrayForKK hanya trending pada region Malaysia dan bukan worldwide atau United State of America.

Maka disini team kami ingin menegaskan bahawa #PrayForKK adalah bermaksud Pray For Kota Kinabalu yang berkait dengan tragedi perlanggaran keretapi dan lori tangli minyak di Sabah.

sekian.

Wednesday, November 2, 2011

Penumpang Melompat sejurus selepas perlanggaran berlaku

Berkaitan tragedi perlanggaran ketreta api negeri sabah dengan lori tangki minyak.

Artikel pertama sini
Suasana cemas sejurus selepas perlanggaran dan letupan

Syukur tiada kemalangan jiwa



video berikut adalah dirakam oleh seorang pengguna jalanraya ketika kejadian berlaku pada hari itu (31-10-2011).

Kelihatan penumpang berebut-rebut untuk menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan belakang kereta api.



Syukur semuanya selamat.

Keretapi sabah Rempuh Lori Minyak-hari ke-2

Suasana dihari kedua selepas,keretapi sabah melanggar lori tangki berdekatan KKIA.
Pemunggahan gerabak yang terbakar dan pembersihan parit yang ditumpahi minyak sedang berjalan.
keretapi sabah langgar lori
Lori tangki minyak yang terpotong 2


manakala suasana jalanraya mengarah putatan dari kota kinabalu agad sesak kerana pemandu memperlahankan kenderaan masing2 untuk melihat kejadian atau mengambil gambar dan video.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter