Gambar Hiasan |
Berita 2 tahun lalu baca sini
Berikut adalah siaran berita dari the borneo post
Posted on June 21, 2013, Friday
KOTA KINABALU: Seorang lelaki warganegara Hong Kong yang terlibat dengan insiden kemalangan akibat dirempuh kereta api di Jalan Lintas, berhampiran jejambat Petagas telah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) lewat malam semalam.
Mangsa, Long Wing Tak Eddie, 50, itu difahamkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan berikutan kereta sewa dipandu bersama tiga ahli keluarganya berlanggar dengan kereta api yang sedang dalam perjalanan menuju ke Papar/Beaufort pada insiden berlaku sekitar jam 5.30 petang Rabu berkenaan.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata pihaknya menerima maklumat bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia di hospital sekitar jam 11.16 malam terbabit dan urusan menghantar mayat berkenaan balik ke negara asal kini sedang dijalankan.
“Kita menerima maklumat bahawa mangsa disahkan meninggal dunia pada malam tersebut di hospital dan urusan penghantaran mayat mangsa untuk dikebumikan di Hong Kong sedang diusahakan oleh ahli keluarganya,” katanya.
Selain mangsa yang terbunuh, turut menaiki kereta yang sama adalah seorang lelaki dan dua wanita berusia 50 hingga 70an berwarganegara Hong Kong.
Bagaimanapun menurut Jauteh, ketiga-tiga mereka kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.
Mereka yang tercedera dikenali sebagai Lok Siu Mint, 78, Lai Lai King, 70, dan Chong Oi Ha, 60.
Kesemua mangsa terbabit dikatakan sedang bercuti di Sabah sejak lima hari lepas dan telah menggunakan kenderaan sewa jenis Hyundai Ascent sebelum insiden itu terjadi.
Turut difahamkan sebelum kemalangan itu berlaku, keempat-empat warga Hong Kong terbabit sedang bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) ekoran penerbangan mereka yang dijadualkan berlepas sekitar jam 8 malam berkenaan.
Namun sebaik tiba di tempat kejadian, difahamkan kenderaan dinaiki mereka gagal untuk berhenti meskipun telah diberikan arahan oleh petugas di laluan kereta api berkenaan.
Dikatakan laluan itu telah diseliakan oleh petugas dari Jabatan Kereta Api Sabah memandangkan penghadang kereta api di persimpangan berampiran lampu lintas di situ gagal berfungsi dan telah rosak sejak enam bulan yang lalu.
Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Jauteh berkata kes berkenaan kini disiasat mengikut Ordinan Jabatan Kereta Api Sabah bagi sebarang tindakan lanjut.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/06/21/siasat-ikut-ordinan-kereta-api-sabah/#ixzz2WxTwQYZE
No comments:
Post a Comment
viral news and videos