Showing posts with label gunung emas. Show all posts
Showing posts with label gunung emas. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Danny Kuilin Gongot si penoreh getah juara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu

Danny Kuilin Gongot si penoreh getah juara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu

KUNDASANG – Selepas lapan tahun menunggu, hari ini, pendaki Malaysia Danny Kuilin Gongot merampas kembali gelaran juara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu yang menjadi miliknya pada 2003.

Kuilin, 44, mencatat masa 3:41.29s untuk dinobatkan sebagai juara baru bagi perlumbaan mendaki gunung yang dianggap paling mencabar di dunia itu.
Danny (tengah-Juara) Frost (kanan-Naib Juara) and Erholtz (kiri-Ketiga) -kredit thestar.com.my

Penoreh getah dengan memakai 'adidas kampung'

Adidas Kampung
dikenali di sabah sebagi 'Adidas Kampung'

Adidas Kampung
power grip 'Adidas Kampung'

Adidas kampung ini murah, tahan lama,tahan cuaca,mudah diselenggara dan tahan lasak.

Kuilin mengatasi kepantasan naib juara tahun lepas Anna Frost dari New Zealand, yang menamatkan pendakian dengan masa 3:50.38s, diikuti Brandy Erholtz dari Amerika Syarikat dengan masa 3:52.21s.

“Saya gembira keadaan kesihatan saya begitu baik hari ini. Sebenarnya, saya tak begitu mengharapkan akan menang, cuma kalau dapat menghabiskan perlumbaan ini sajapun, cukuplah,” kata Kuilin kepada pemberita selepas melintasi garisan penamat.

Kuilin, bagaimanapun, merupakan peserta kedua paling cepat sampai ke puncak gunung berkenaan dengan masa 2:20.17s, di belakang Erholtz, yang mencatat masa 2:11.19s.

Kuilin, yang meraih hadiah US$4,500 dengan kemenangan itu, berkata dia mula berlatih dua minggu lepas dengan mendaki dan menuruni gunung setinggi 4,095m itu sebanyak tiga kali.

Frost pula membawa pulang hadiah US$4,000, manakala Erholtz US$3,000, di samping sebuah pingat emas kerana menjadi peserta pertama sampai ke puncak gunung itu.

Perlumbaan bagi kategori lelaki akan berlangsung esok. – BERNAMA

Jarak keseluruhan perlumbaan ialah 23 kilometer dengan melalui pelbagai laluan sukar dan sejuk.

Saturday, January 8, 2011

Pasar tiada tokey

Pasar tiada tokey
'Pasar' jualan sayur ini anda boleh lihat dalam perjalanan kota kinabalu ke gunung emas.
Sayur diletakkan tanpa penjaganya. Maka itu bergantung penuh kepada kejujuran pelalu-lintas yang ingin membeli sayur.

Sayur yang dijual pula digemari ramai kerana masih segar. Untuk membelinya-lihat harga kemudian masukkan duit pembayaran ke dalam kotak kayu yang tersedia.

Pasar tanpa taukeh

Mahu main tipu? boleh saja kerana tiada penjaga dan kereta yang lalu lalang pun jarang, tapi awas kena jawab selepas mati :)

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter