Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Osman Kering meninggal dunia

Pelakon dan pelawak Osman Kering,58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat. Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu. Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun.
osman kering,osman kering meninggal dunia,kegagalan fungsi otak,batuk berdarah

Friday, July 29, 2011

Julia Robert-Aku masih cantik atau tidak

Kesihan Julia Robert mejadi mangsa gara2 syarikat yang suka mengaut keuntungan semata-mata. Terbaru heboh pasal iklan Julia Robert yang diharamkan di Britain kerana tidak menunjukkan wajah sebenar.
Tabloid di britain yang bertajuk

"Airbrushed Julia Roberts ad banned in UK"

(CBS) Britain is cracking down on the extensive use of Photoshop.


wajah Julia Robert superimpose dalam Iklan Loreal


wajah terkini Julia Robert
Two L'Oreal magazine ads, one featuring actress Julia Roberts and the other supermodel Christy Turlington, were pulled by advertising watchdogs for being "overly airbrushed," the Guardian reports.
apa gunanya kamera yang berharga puluhan ribu kalau hasil akhirnya diedit pula dalam photoshop.

Swinson, who has spearheaded a long-running campaign against altering images in ads, said the images for the L'Oreal-owned brands Lancome and Maybelline were "not representative of the results the product could achieve."

kalau kita lihat iklan2 di Malaysia pun kebanyakannya tidak mewakili keupayaan produk sebenar. lihat saja iklan di tv sehari-hari, syarikat menggunakan khidmat model atau artis yang sememangnya dah cantik spt maya karin, lisa surihani, siti nurhaliza, aron aziz dsb.

tak kira produk pelangsingan, anti penuaan, pemutihan, rambut berkilau dan seumpamanya semuanya melalui proses retouch melalui studio produksi.

so kepada pengguna yang lalai ada baiknya menyelidik terlebih dahulu sebelum terpengaruh dengan iklan 100%. kalau rasa tertipu bolehlah membuat laporan kepada tribunal pengguna dan setelkan di mahkamah. seingat saya ada beberapa kes yang mana kemenangan memihak kepada pengguna dan mendapat gantirugi yang setimpal.

berikut pula iklan celcom yang diharamkan di Malaysia
iklan celcom yang melampau




ok lupakan yang tu, mungkin anda nak cuba produkSK-II

Tuesday, June 7, 2011

Kedudukan pingat Sukan Malaysia Ke-14 (SUKMA)

Kedudukan pungutan pingat Sukan Malaysia Ke-14 (SUKMA) yang diperolehi oleh 14 Negeri bertanding setakat hari ke-3 (2011/06/05)

Jadual kedudukan pungutan pingat SUKMA ke-14

NEGERI

PINGAT

JUMLAH


E

P

G


Terengganu

23

5

10

38

Johor

17

15

6

38

Negeri Sembilan

14

11

16

41

Selangor

12

14

20

46

Perlis

5

5

8

18

Wilayah Persekutuan

6

18

25

49

Pulau Pinang

6

6

11

23

Sabah

4

5

12

21

Kedah

4

1

9

14

Melaka

4

3

3

10

Kelantan

3

1
0

4

Pahang

1

10

6

17

Sarawak

1

1

8

10

Perak
0

4

17

21

JUMLAH PINGAT

?

?

?

350

Nota: kedudukan adalah random tanpa mengikut jumlah pungutan mata keseluruhan.
Keputusan Sukma ke-14 akan diupdate dari semasa ke semasa
kedudukan pingat SUKMA ke 14
snap shot keputusan SUKMA ke-14



Sukan Malaysia atau SUKMA ke 14 ermula 2 jun dan berakhir pada 12 jun 2011.

Update-hari ke-8 sudah berubah pungutan pingat

Sunday, April 10, 2011

baby suka makan coklet

baby suka makan coklet.

gambar berikut adalah kelahiran bayi paling besar/berat di dunia yang lahir tahun lalu di Indonesia. Baby tu belum lagi makan coklet tetapi membesar secara semulajadi. bayangkan jika ditambah lagi makan makanan yang tinggi kalori sudah pasti budak ni akan over obesiti.

bayi gergasi, heaviest baby, bayi paling berat indonesia
bayi gergasi, heaviest baby, bayi paling berat indonesia
A woman has marked her name in the Indonesian history by giving birth to an 8.7kg (19.2 pound) baby boy, by far the country's largest newborn ever.

The baby, who is still unnamed, was born at the Abdul Manan General Hospital in the town of Asahan in North Sumatra province, said a gynecologist who had taken part in the operation, according to press reports.

Doctors delivered the baby, who measured 62cm, by the Caesarean section on Monday, hospital staff said Thursday.

They noted that the mother was a 41-year-old woman named Ani, who had three other children. They had all been delivered at home by midwifes.

--baby comot


Nota: pelbagai cara untuk mengetahui badan dan kesehatan yang ideal misalnya BMI (body mass index) Nestel pun ada menganjurkan Wellness Profiler Test untuk menyukat keseimbangan diantara kesihatan dan kerjaya anda.

Friday, April 8, 2011

jantung diluar biar betol

jantung diluar biar betol? ya memang betol la ni, tengo gambar
bayi jantung di luar

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.

Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.

Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.

Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.

Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.


artikel dan foto ehsan kosmo.com.my

telur palsu berada di pasaran malaysia

"China, a Haven for Fake Goods"
Begitulah kenyataan daripada seorang eksekutif dari korea selatan kepada berita Chosun Ilbo, mengenai produk-produk keluaran dari china.

telur palsu berada di pasaran malaysia

telur palsu
telur palsu dpercayai dari negara china

Di Cina, "tidak ada yang tidak boleh dibuat, kecuali manusia", begitulah statement yang dilabelkan kepada negara china. Pemalsuan sedang berleluasa di pasaran China dan banyak daripada mereka kelihatan asli dan hebat. Telur palsu ini menyebabkan keresahan orang ramai di Guangzhou tidak lama dulu dan sekarang pula di malaysia.

secara ringkasnya beginilah telur palsu itu dibuat (komponen):
  1. Putih telur itu dibuat dari tepung industri dan tawas.
  2. kuning telur adalah daripada kalsium klorida. 
  3. kulit telur itu dibuat dari lilin parafin. 

Jika anda memecah cangkerang telur dengan mudah anda dapat melihat bahawa itu palsu kerana kuning dan putih (telur) dicampur bersama-sama, tetapi sangat sukar untuk membezakan dari telur asli jika ia belum dipecahkan.

Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi bahan cerita di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhawatiran besar di antara penduduk Korea. Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China".
Acara tersebut menelusuri kehidupan tiga keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China . Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian orang awam Korea.
telur palsu
telur palsu dijual di pasar di negara china
telur palsu

telur palsu

secara kesimpulannya telur palsu ini tidak selamat dimakan memandangkan ia dibuat daripada bahan kimia. memandangkan ia sukar untuk dibezakan sebelum pecah maka tugas anda untuk stay alert perkembangan semasa dan bertanyakan kepada penjual atau lebih baik mengadu kepada pihak berkaitan iaituKPDNKK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berdekatan

sebenarnya perkara ini sudah berlaku lama sekitar 2008, namun baru heboh di malaysia baru-baru ini. kemungkinan negara kita tidak peka dengan benda-benda sebegini(asyik politiking je)

ayam kampung ori punya
kami ayam ori...oooorrriii...
*Update semasa berkaitan telur palsu*
Dalang telur ayam tiruan diburu


2011/04/08
KUALA LUMPUR: Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.
"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10,000 sumbangan Wanita Gerakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.

Tan turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka.

"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.

Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa gerai di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ. - BERNAMA

*Update bergambar telur palsu*
cara buat telur palsu



p/s: produk china juga menjadi buruan kepada usahawan kecil tempatan di negara kita dan ramai yang telah menjadi kaya setelah menjualnya semula di pasaran malaysia, lihat saja pakaian murah di pasar malam, pakaian bundle,aksessori,iphone palsu,komputer tiruan dan juga dijual di ebay.com.my,mudah.my atau bergerak sebagai dropshipper.


p/s:
Stress kerja ofis,belambak assimen? Takut Gemok? Nestle ada menyediakan justifikasi keseimbangan antara kerja dan kesihatan anda sini

Tuesday, March 15, 2011

Bisphenol A - policarbonate

Bisphenol A - Policarbonate(Polikarbonat)


Apa itu Bisphenol A (BPA)?

Bisphenol A (BPA) adalah bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat plastik polikarbonat resin, epoxy resin dan produk yang lain.


Bagaimana BPA digunakan?
Bisphenol A - policarbonate


Bisphenol A (BPA) adalah kimia yang digunakan terutama untuk membuat plastik polikarbonat dan resin epoxy. Plastik Polycarbonate adalah ringan, prestasi tinggi,kejelasan, tahan panas yang tinggi dan penebat eletrik yang sangat baik. Kerana sifat ini, polikarbonat digunakan dalam berbagai macam produk umum termasuk media digital (contohnya, CD, DVD), peralatan elektrik dan elektronik, kereta, sukan peralatan keselamatan, makanan boleh digunakan semula dan bekas minuman, dan banyak produk lain.

Penggunaan dalam botol susu bayi

Bisphenol A digunakan dalam botol susuan bayi(Polycarbonate) kerana ketahanan dan transparensi yang baik.

Bagaimana ia membahayakan

Apabila botol bayi dituang dengan air panas bahan kimia tersebut akan bertindakbalas dan bercampur dengan susu. Botol yang dicuci menggunakan bahan keras akan tercalar dan ini menyebabkan pendedahan kepada BPA tadi yang akan bercampur dengan susu.

Bagaimana mengenal pasti produk yang menggunakan BPA sebagai komponan pembuatan.

Contoh botol susu bayi

Lihat pada tapak botol susu. Anda akan lihat lambang recycle dengan nombor 7 ditengah-tengah dan juga huruf singkatan PC(Polycarbonate), kadang-kadang huruf singkatan PC diganti dengan 'other'.

Biasanya botol susu ini adalah murah harganya.

Contoh Botol Mineral
Jangan menggunakan botol mineral yang sama berulang kali, lindungi daripada kepanasan melampau.
Bisphenol A - policarbonate,botol susu bayi,botol susu yang boleh digunakan,jenama botol susu bebas polikarbonat
kod-kod kitar semula plastik dari polykarbonat

jika kamu masih ingat pasal melamine yang suatu ketika dahulu diharamkan penggunaannya secara berlebihan dalam pelbagai produk termasuk perkakasan dapur.

Kesan antara lainnya boleh dibaca disini[puberty]. Menurut suatu laporan, BPA adalah racun kepada tumbesaran, saraf dan pembiakan estrogen dan boleh mengganggu pembesaran yang sihat serta fungsi-fungsi tubuh. Para penyelidik mengambil sejumlah kajian haiwan menunjukkan bahawa bahan kimia ini boleh merosakkan sistem pembiakan, saraf dan kekebalan ketika proses pembesaran. Hal ini juga dikaitkan dengan kanser payudara dan puberty.


Pilihan alternatif
BPA-Free (produk bebas BPA) iaitu menggunakan polyamide atau polypropylene sebagai unsur pembuatan. Berikut adalah jenama yang bebas BPA:

Adiri , Baby Bjorn , Baby Cie , BabySport , Babylife (Wee-go) , BFree , Born Free , Brita , Combi , DCI , Ezee Reach , Elegant Baby , Emily Green , Green to Grow , iPlay , Kidbasix , KidCo , Klean Kanteen , Medela , Mother's Milkmate , Mud Pie Baby , Natursutten , Not Neutral , Nurture Pure , Obentec , ORE Originals , Prince Lionheart , PUR , Rivadossi Sandro (Trebimbi) , SIGG , Silikids , Skip*Hop , Steadyco , Thermos , thinkbaby.

Tidak dapat dipastikan samada jenama ini ada dalam pasaran Malaysia.

*Update/kemaskini*
saya telah meninjau di satu pasaraya tadi dan telah menemui jenama botol susu yang selamat digunakan. ia menggunakan polypropylene sebagai komponen pembuatan.
Bisphenol A - policarbonate,botol susu bayi,botol susu yang boleh digunakan,jenama botol susu bebas polikarbonat
Jenama pureen basic tertera pelekat BPA-Free. Harganya agak mahal sedikit tapi berbaloi demi untuk kesihatan bayi anda.

Sunday, December 12, 2010

Awas Musim Hujan

Musim hujan sememangnya menjadi rezeki kepada petani dan juga manusia amnya. Seperti pepatah api-kecil jadi kawan besar jadi lawan, begitu juga dengan hujan.

Di kawasan pantai timur dan utara sememanjung malaysia sudah teruk terkena banjir, tidak kurang juga di sabah seperti kawasan beaufort dan sekitar bandaraya kota kinabalu.

Gambar dibawah adalah kisah dari Kiulu yang mana bapanya Henky cuba menyelamatkan anaknya yang tersepit kayu dan sedang ditimbus lumpur. Walaubagaimanapun kedua-duanya mujur terselamat dari maut. Anak itu kini sedang dirawat di hospital Tuaran.


Berita penuh myMetro

Gambar Kereta dibawah pula bukanlah kereta curi memandangkan ia tiada plate number tetapi juga angkara banjir yang terpaksa dilalui.

Menurut pemiliknya kejadian berlaku di kawasan kepayan kota kinabalu, yang mana ketika itu hujan lebat sedang turun. Pemandunya terpaksa meredah banjir kerana tiada cara untuk patah balik.

Utamakan keselamatan keluarga, banjir membawa maut.

Monday, October 4, 2010

Larangan Merokok Semakin Longgar

Larangan Merokok Semakin Longgar

Saya tidak berapa ingat sejak bila kah larangan merokok dikuatkuasakan dan dibincangkan di Parlimen. Namun apa yang saya lihat pada hari ini nampaknya larangan merokok semakin longgar seperti ditempat kedai makan, bangunan awam, komplex membeli belah dan sebagainya.
dilarang merokok
Paling ketara ialah ada restoran yang telah membuka sticker "dilarang merokok".

Pelanggan pula tidak segan silu merokok kerana tiadanya papan tanda yang melarang mereka merokok di premis berkenaan. Salah satu teori adalah pihak peniaga mungkin takut kehilangan pelanggan mereka yang mana adalah perokok dan dengan itu memberi kebebasan kepada pelanggan yang datang ke kedai mereka untuk melepaskan gian merokok.

Kotak rokok yang dilabel seperti penyakit kanser tidak memberi kesan kepada si perokok untuk terus membeli rokok.

Nampaknya kempen Dilarang Merokok dan Tak Nak sudah tiada taring. Di pihak jabatan kesihatan pula tiada mengadakan rondaan ditempat-tempat tumpuan awam untuk memberi kompaun kepada si perokok ini seperti mana yang pernah mereka lakukan ketika mula-mula dulu.

Lawak Rokok dalam bas
Seorang penumpang di dalam kereta api elektrik bertanya pada konduktor...

"Adakah merokok dibenarkan?"

"Tidak",konduktor tersebut memberitahu penumpang tersebut.

"Kalau begitu dari mana datangnya puntung-puntung rokok ini?"

Konduktor itu menjawab...

"Dari mereka yang tidak bertanya soalan."


Berkaitan: Larangan Merokok diperluaskan di Melaka

Wednesday, July 14, 2010

Penggila tokek tokay gecko sudah tahap kritikal

Apa saja panggilan seperti Tokek, Tekek, Gecko, Pokook, Tokay

Siapa yang tidak dengar pasal tokek ketika ini pasti seperti katak dibawah tempurung. Tapi saya yakin semua tahu pasal tokek ini. Harga mahal sampai berjuta harga.

Sehinggakan berlaku penipuan manipulasi tokek gergasi 64 kilogram di nunukan kalabakan sabah. Tipu la!

Aada pula yang sanggup membunuh rakan kongsi kerana tidak puas hati. yang peliknya semua tu berlaku di sabah negeri di bawa bayu.

Ok. rihatkan pikiraan anda, mari berkaraoke bersama tokek, best tau.

Terima Kasih - Awie



Hukum Karma - Wings


Mirae -lagu jipun


Berkaitan Pembunuhan di Lahad Datu TV3 999

Friday, June 6, 2008

Jangan Minum Air Sejuk

Strok: Air sejuk vs air panas
Pernahkah anda dinasihati supaya tidak meminum air sejuk? Lebih-lebih lagi selepas makan. Air sejuk yang dimaksudkan ialah air masak yang disimpan dalam peti sejuk dan bukan air mentah.

Apakah kaitan air sejuk dengan serangan jantung(strok)?
Terlebih dahulu, ada baiknya kita melihat dan meniru budaya orang cina dan jepun yang gemar meminum teh hijau panas. Green tea sememangnya diakui mempunyai khasiat untuk kesihatan manusia, tetapi yang diutarakan kali ini adalah dihidangkan semasa masih panas.

Apabila kita meminum air sejuk selepas makan, air sejuk tadi akan membekukan minyak yang kita baru saja makan. Ini menyebabkan proses penghadaman menjadi perlahan dan akan menyebabkan banyak lemak yang 'mendap' atau tidak dapat dicerna. Lama-kelamaan minyak itu akan bertukar lemak dan akan berpotensi menjadi kanser.

Serangan Jantung.

Biasanya apabila seseorang mengalami serangan strok, orang itu akan merasa sakit-sakit di bahagian tangan kiri. Disamping itu simtom-simtom lain seperti kerap berpeluh, rasa-rasa nak muntah dan rasa kelainan di bahagian tengkuk.

60% daripada mangsa yang mengalami strok ketika tidur tidak akan bangun(mati).

Kesimpulan
Minum air panas (suam) adalah lebih baik untuk kesihatan. Minum air sejuk sekali-sekala dan apabila sesuai misalnya cuaca yang terlalu panas.

Walaupun perkara ini adalah teori semata-mata tetapi saya percaya bahawa meminum air panas atau suam adalah lebih baik daripada air sejuk atau 'ping' tidak kira ia berkaitan strok atau lain-lain penyakit.

"Mencegah adalah lebih baik dari mengubati"

Harga Minyak Naik Sakit jantung pun datang :(

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter