Monday, October 4, 2010

Larangan Merokok Semakin Longgar

Larangan Merokok Semakin Longgar

Saya tidak berapa ingat sejak bila kah larangan merokok dikuatkuasakan dan dibincangkan di Parlimen. Namun apa yang saya lihat pada hari ini nampaknya larangan merokok semakin longgar seperti ditempat kedai makan, bangunan awam, komplex membeli belah dan sebagainya.
dilarang merokok
Paling ketara ialah ada restoran yang telah membuka sticker "dilarang merokok".

Pelanggan pula tidak segan silu merokok kerana tiadanya papan tanda yang melarang mereka merokok di premis berkenaan. Salah satu teori adalah pihak peniaga mungkin takut kehilangan pelanggan mereka yang mana adalah perokok dan dengan itu memberi kebebasan kepada pelanggan yang datang ke kedai mereka untuk melepaskan gian merokok.

Kotak rokok yang dilabel seperti penyakit kanser tidak memberi kesan kepada si perokok untuk terus membeli rokok.

Nampaknya kempen Dilarang Merokok dan Tak Nak sudah tiada taring. Di pihak jabatan kesihatan pula tiada mengadakan rondaan ditempat-tempat tumpuan awam untuk memberi kompaun kepada si perokok ini seperti mana yang pernah mereka lakukan ketika mula-mula dulu.

Lawak Rokok dalam bas
Seorang penumpang di dalam kereta api elektrik bertanya pada konduktor...

"Adakah merokok dibenarkan?"

"Tidak",konduktor tersebut memberitahu penumpang tersebut.

"Kalau begitu dari mana datangnya puntung-puntung rokok ini?"

Konduktor itu menjawab...

"Dari mereka yang tidak bertanya soalan."


Berkaitan: Larangan Merokok diperluaskan di Melaka

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter