Showing posts with label vandalisma. Show all posts
Showing posts with label vandalisma. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Larangan Merokok Semakin Longgar

Larangan Merokok Semakin Longgar

Saya tidak berapa ingat sejak bila kah larangan merokok dikuatkuasakan dan dibincangkan di Parlimen. Namun apa yang saya lihat pada hari ini nampaknya larangan merokok semakin longgar seperti ditempat kedai makan, bangunan awam, komplex membeli belah dan sebagainya.
dilarang merokok
Paling ketara ialah ada restoran yang telah membuka sticker "dilarang merokok".

Pelanggan pula tidak segan silu merokok kerana tiadanya papan tanda yang melarang mereka merokok di premis berkenaan. Salah satu teori adalah pihak peniaga mungkin takut kehilangan pelanggan mereka yang mana adalah perokok dan dengan itu memberi kebebasan kepada pelanggan yang datang ke kedai mereka untuk melepaskan gian merokok.

Kotak rokok yang dilabel seperti penyakit kanser tidak memberi kesan kepada si perokok untuk terus membeli rokok.

Nampaknya kempen Dilarang Merokok dan Tak Nak sudah tiada taring. Di pihak jabatan kesihatan pula tiada mengadakan rondaan ditempat-tempat tumpuan awam untuk memberi kompaun kepada si perokok ini seperti mana yang pernah mereka lakukan ketika mula-mula dulu.

Lawak Rokok dalam bas
Seorang penumpang di dalam kereta api elektrik bertanya pada konduktor...

"Adakah merokok dibenarkan?"

"Tidak",konduktor tersebut memberitahu penumpang tersebut.

"Kalau begitu dari mana datangnya puntung-puntung rokok ini?"

Konduktor itu menjawab...

"Dari mereka yang tidak bertanya soalan."


Berkaitan: Larangan Merokok diperluaskan di Melaka

Saturday, October 11, 2008

Vandalism di Malaysia

Merosakkan harta benda awam dipanggil vandalisma. Ini termasuk menconteng dinding, memecahkan tingkap sekolah, merobohkan sturktur, mencuri telefon dan sebagainya.

BAru-baru ini saya tanpa sengaja terlihat beberapa pondok telefon telekom yang seperti ditinggalkan di semak. Kelihatan seperti pondok telefon ini dicuri kemudian ditinggalkan disitu. Saya berkata demikian kerana kawasan tersebut semak dan tiada tanda-tanda 'stock yard' atau pembuangan sampah.

Berikut adalah bebrapa gambar yang sempat saya rakam.





Masalah vandalisme ini boleh dikategorikan sebagai masalah sosial yang berkait rapat dengan faktor pendidikan, kesedaran, kematangan, kekeluargaan dan juga persekitaran. Justeru itu saya merasakan kita perlu mencari satu formula baru dan membuat kajian yang komprehensif agar kita dapat mengesan punca masalah ini dari akar umbinya



Tidak pula diketahui samada perkara ini dilakukan oleh PTI atau penduduk tempatan. Walau siapa pun yang melakukannya marilah kita mengajar anak-anak muda kita supaya lebih bersopan dan berkeperibadian yang tinggi demi mengelak perkara-perkara ini terjadi.


Statistik laku musnah di Malaysia.


Hukuman Vandalisma


Undang-undang sedia ada seperti sudah tidak relevan kerana pesalah hanya dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Hukuman yang lebih berat dengan mengambil contoh beberapa negara jiran seperti:

Singapore
Bukan sahaja mengenakan hukuman penjara dan denda tetapi juga hukuman sebat di bawah Akta Prosedur jenayah dengan memperuntukkan tidak kurang tiga sebatan dan tidak melebihi lapan sebatan bagi kes serius.

Thailand
Manakala di Thailand pula, katanya, seorang pesalah pernah mencatat sejarah apabila dikenakan hukuman penjara selama 75 tahun kerana merosakkan poster sambutan pemerintahan beraja negara berkenaan.

Kesan vandalisma
Perkara ini telah pun kita ketahui. Kerosakan kemudahan awam bermakna mengakibatkan kesulitan kepadaa pengguna awam. Tidak lama dulu Negeri Sabah bergelap selama 5 jam gara-gara vandalisma ini.

Negara Barat

Walau bagaimana pun di negara barat terdapat dua pandangan iaitu adakah vandalisma itu merosakkan atau sebagai cabang seni. Ini terutamanya apabila kegilaan untuk menconteng dinding 'berkembang' di negara barat.

Budaya Grafitti.



Saya berpendapat bahawa kegiatan menconteng di tembok atau dinding di negara Malaysia masih lagi dianggap merosakkan kerana ternyata tiada seni yang ditonjolkan. Anda setuju?

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter