Agak lama juga kumpulan Lawak Senario yang lahir dari program realiti TV Sinaran Passport Kegemilangan ini kembali dalam layar perak. Selepas beberapa kejayaan dalam lakonan seperti Senario The Movie sequel. kali ini senario menampilkan kelainan sedikit walaupun unsur2 komedi tidak dipisahkan dalam setiap karektor mereka.
Senario The Movie Ops Pocot kali ini diterbitkan oleh Metrowelth dibawa taikon perfileman Malaysia iaitu David Teo dan diarahkan oleh pengarah muda Ismail Bob Hasim yag sebelum ini diberi keparcayaan oleh David Teoh mengarahkan filem seram Nangkung.
Para pelakon terdiri daripada Senario The Movie Ops Pocot ini ialah Mazlan Pet Pet, Azlee Jaafar, Wahid, Mas Muharni, Diana Amir, Sasqia, Kamal Adli, Hairul Azreen, Shahfiez, Alex Yanz dan ramai lagi.
Sinopsis: Dalam sekuel lain untuk francais, "Senario The Movie Ops Pocot" meneruskan Kisah tiga pemuda yang sentiasa dibuli. Azli yg masih solo dan berkerja di pasar raya sebagai pengawal keselamatan tetapi sering tidur di tempat kerja. Mazlan adalah pengecut yang bekerja di sebuah syarikat swasta dan sentiasa menjadi sasaran buli oleh rakan-rakannya kerana dia masih muda. Wahid adalah seorang lelaki yang tenang yang bekerja di sebuah agensi yang membekalkan pekerja asing. Tingkah laku Azli, Mazlan dan Wahid memaksa ketua mereka untuk mendaftarkan diri mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA). Tujuannya adalah untuk membantu mereka untuk mengubah perspektif mereka dalam kehidupan. Bagaimana Azli, Mazlan dan Wahid akan hidup kem apabila mendapati bahawa ia dikendalikan oleh seorang lelaki yang marah dan bekas tentera yang ganas?
nantikan kemunculan Senario The Movie Ops Pocot di pawagam berdekatan pada 21.Julai.2011
Flyers wayang Senario The movie Ops Pocot
mak..ooii..eh..eh..Ops PocotSenario The Movie Ops Pocot..eh,,eh
Tahu tak mengenai tajuk di atas? Ya wayang yang sedang ditayangkan di pangung-pangung. Tidak payah saya nak komen pasal movie ini kerana seperti biasa keluaran Pixar sangat-sangat berkualiti.
Sinopsisnya berkisar mengenai seorang robot pemungut recycle yang keseorangan. Manusia telah berhijrah ke angkasa dan meninggalkan bumi yang mungkin sudah musnah atau tidak lagi sesuai untuk didiami. Walau bagaimanapun manusia itu lupa untuk 'shutdown' robot yang dipanggil Wall-E (Waste Allocation Load Lifter Earth). Wall-E dengan itu meneruskan kerjanya sebagai pemungut sampah dan ditemani 'pet'nya iaitu seekor lipas.
Ketika melakukan kerja hariannya, pada suatu hari dia menjumpai tumbuhan yang baru nak bercambah lalu membawa pulang ke rumahnya.
Tujuh ratus tahun kemudian manusia itu teringin untuk mencari tempat untuk bertamadun. Maka itu mereka menghantar satu robot (EVE) untuk meninjau kalau-kalau ada tanda-tanda kehidupan di bumi.
Maka disitulah bibit-bibit percintaan mereka bermula. Tidak lama kemudian tiba masa untuk EVE diambil oleh tuannya. Wall-E cuba mengejar EVE namun kapal tersebut berlepas menyebabkan Wall-E terikut (diluar kapal) sehingga sampai di angkasa.
Dipendekkan cerita, fokus utama dalam filem ini adalah tumbuhan yang dibawa oleh EVE kepada tuannya untuk analisa.
Manusia itu akhirnya berjaya kembali ke bumi setelah beberapa kontroversi dengan robot dan segala macam elektronik yang mengawal pergerakan, makan dan minum manusia pada zaman itu.
Baru berusia 15 tahun, remaja (budak) ini cukup panas dengan kontroversi yang dicetuskannya. Lahir pada November 23, 1992, terkenal sebagai Hana Montana girl dalam siri Hana Montana terbitan Disney Channel.
Mula mengejutkan dunia apabila bergambar separuh bogel dalam Vanity Fair. Vanity Fair adalah suatu program/syarikat hiburan yang merangkumi kewartawanan, photography, majalah, komentar, vlog, blog dan banyak lagi.
Gambar yang mengundang kontroversi. Dia menjelaskan,
For Vanity Fair, I was so honored and thrilled to work with Annie [Leibovitz]. I took part in a photo shoot that was supposed to be 'artistic' and now, seeing the photographs and reading the story, I feel so embarrassed."
Gambar berikut adalah bra flash insident, yang mana Miley mengakuinya sebagai kesilapan.
"The pictures of me on the Internet were silly, inappropriate shots. I appreciate all the support of my fans, and hope they understand that along the way I am going to make mistakes and I am not perfect. I never intended for any of this to happen and I am truly sorry if I have disappointed anyone."
Gambar kontroversi yang lain. Model untuk pakaian dalam wanita.
Paparazzi shot! sewaktu sedang bersantai di pantai Miami.Selepas kontroversi ini, banyak syarikat gergasi yang berminat mengambil Miley Cyrus sebagai model misalnya majalah terkemuka Playboy berminat mengambil Miley sebagai model untuk majalah keluaran akan datang.
2008 Playmate of the Year Jayde Nicole.
Dia juga menerima iklan daripada pengeluar susu yang bertajuk "Got Milk". Dia juga bercadang untuk melelong seluar dalam dan bra nya yang berjumlah 2000 pasang di ebay yang bertemakan 'an underwear free spirit'!. Bagi mereka yang berminat, sudah tentunya anda akan mendapat jika anda adalah pembida yang tertinggi. Dengan kontroversi ini juga pendapatan Miley Cyrus meningkat. Harta terkumpulnya setakat ini ialah $17.5 juta (RM56.63 juta) meliputi konsert jelajahnya dan perjanjian dengan syarikat multi-billion. Bukan itu sahaja dia juga memiliki ladang seluas 500 ekar di Nashville, Amerika.
Sesungguhnya segala kejadian yang tidak disangka ini amat dikesali oleh ibubapa Miley, Leticia Tish Cyrus dan Billy Ray Cyrus.
Walau bagaimanapun terdapat juga kejadian dimana Miley bergambar bersama bapanya dalam satu fotografi dan ini juga mengundang kritikan.
Miley Cyrus juga dikritik kerana bergambar bersama bapanya.
Keputusan undian, adakah Miley merasa selesa bergambar bersama bapanya.
Siapa sudah menonton wang ini Ah Long Private Limited. Seperti namanya ia berkisar tentang pekerjaan sebagai along. Boleh dikatakan filem ini mengandungi unsur ganas, lucu dan pengajaran yang amat dalam dan bermakna.
Classification: 18PL Genre: Comedy/Drama General Release: 12 March 2008 Running Time: 1 Hour 58 Minutes Distributed by: Sony Pictures Releasing International Starring: Fann Wong, Mark Lee Director: Jack Neo
Sepanjang menonton filem ini, penonton sentiasa ketawa terbahak-bahak dengan lawak spontan dan pendek dalam dialog dan juga aksi yang dipersembahkan.
Bayangkan apakah yang terjadi apabila seorang wanita garang yang mengetuai gangster berkahwin dengan lelaki lembut.