
Mengikut statistik diatas sudah ada peningkatan keatas taraf penduduk negeri Sabah khususnya. Walau bagaimanapun perangkaan yang dikeluarkan tidak mencerminkan taraf kehidupan yang sebenar. Penduduk Sabah masih dihimpit kemiskinan dan masih kekurangan dari segi prasarana dan infrastruktur asas seperti jalanraya bertar, lampu letrik, paip berbayar. Bangunan sekolah juga masih kekurangan di kawasan pedalaman yang menyebabkan pelajar terpaksa berjalan sejauh 10 atau 15 kilometer untuk sampai ke sekolah.
Statistik tersebut aadalah berdasarkan ratio sahaja(cth: 10:5, 20:10 dsb), yang bermaksud orang kaya bertambah kaya dan yang miskin tetap miskin, so apabila dibuat perkiraan pendapatan, dianggap telah meningkat, dan sekaligus dianggap sebagai peningkatan taraf hidup secara keseluruhannya.
Kemalangan Keretapi Sabah
Gambar berikut yang disiarkan di The Borneo Post pada 11 April 2008, juga mendapat liputan di TV3. Keretapi yang bergerak selaju antara 15 dan 20 KM sejam telah tergelincir dan terjunam ke sungai Padas. Berlaku di Labung Batu kira-kira 3 kilometer dari Pekan Tenom. Punca kejadian adalah disebabkan hujan lebat yang menghakis tebing sungai Padas, yang mana menjadi laluan keretapi tersebut.
Gambar Keretapi Terjunam ke sungai Padas

No comments:
Post a Comment
viral news and videos