Sunday, August 31, 2008

Stacy Akademi Fantasia 6

Cerita ini sudah lama, tapi saya baru terbaca. Mungkin ramai juga yang tidak tahu perjalanan seorang budak kampung ini sehingga bergelar Juara dan Artis. Berikut adalah kisah-keluhnya yang tersiar melalui URTV tidak lama dulu.

Saya pasti ramai yang belum mambacanya jadi saya salinkan disini saja.
----------------------------------------------------------------------------------------------
STACY keluar dari hidup susah!

(URTV) Sedih mendengar pengakuan juara Akademi Fantasia 6, Stracie Angie Anam, 18 tahun, atau Stacy tentang kesusahan hidupnya sebelum menjadi juara rancangan itu. Kesusahan keluarganya menyebabkan Stacy terpaksa berkorban pelajarannya (tidak sambung sekolah), dmi memberi laluan kepada adiknya, Aldrich Andy Anam,12, untuk terus belajar.

Stacy berkata, " saya memang datang daripada keluarga yang susah. Bapa saya kerja tangkap ikan dan tanam sayur. Jadi berapa sangat pendapatannya. Nak harap ibu saya pula gajinya sebagai pekerja hotel hanya RM 1,000 sebulan."

"Gaji mak saya untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada. Manakala adik-beradik yang lain semuanya tidak bekerja. Untuk bantu keluarga terpaksalah saya bekerja ketika berusia 15 tahun. Saya menyanyi di Restoran Sugar Bun di Sabah."

"Bila umur saya 16 tahun baru la saya menyanyi sepenuh masa di situ.sebulan dapatlah duit RM 1,700. Duit itulah saya gunakan untuk belanja dapur, bayar pelbagai bil, untuk sekolah adik saya dan sedikit belanja untuk diri sendiri."

"Masa nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terpaksalah berhenti sekolah kerana keluarga saya tak mampu hendak membayar yuran sekolah dan peperiksaan saya," katanya.

Stacy anak kelahiran Penampang, Sabah menambah, "kemiskinan kami menyebabkan keluarga saya terpaksa meminjam wang. Bila terlewat membayar, kami sering dihina dan diumpat kerana saya menyanyi di kelab malam, anak-anak tidak berpelajaran dan macam-macam lagi."

"Boleh kata orang berdekatan kampung saya semuanya mengalahkan pemberita...suka ambil tahu pasal saya dan keluarga saya."

Apa yang dirasakan dengan kehidupan sekarang sesudah bergelar juara?

"Sejak jadi juara AF6 ada orang yang muncul dan mengaku pula, yang saya ini anak merekalah...saudara merekalah dan macam-macam lagi. Dulu tak ada yang mengenali saya."

"Sekarang saya happy sangat sebab saya dah ada harta. Antaranya wang simpanan RM25,000, kereta Peugeot, rumah banglo di A Famosa, Melaka."

Kini apa yang berubah dalam kehidupan you?

"Tentang sikap saya, ya, saya masih saya yang dulu. Tak ada apa-apa yang berubah pada diri saya. Tapi dari segi kemajuan diri, selain bergelar artis, kini saya cukup bertuah ditawarkan belajar di Universiti Lim Kok Wing. Februari depan barulah saya akan mula belajar dalam bidang Sound & Muzic."

Apakah barang idaman yang dulu tak mampu dibeli, tetapi sekarang sudah dimiliki?

"Beli banyak baju. Dulu ada duit saya khaskan untuk kegunaan keluarga. Kalau nak beli baju pun saya hanya beli dua bulan sekali. Baju yang saya beli biasa-biasa saja di pasar raya. Paling mahal harganya RM30 dan paling murah RM5.'

"Sekarang dah ada duit, bila-bila masa saya boleh shopping untuk beli baju-baju show. Baju paling mahal saya beli harganya lebih RM350. Baju show jenama I Socks ini saya beli di Berjaya Times Square."

Orang kaya baru...Stacy setuju digelar begitu?

"Ayoo tak suka...tak ada makna.. saya masih sama saja macam dulu. Rezeki sya sama saja. Perjuangan saya masih banyak lagi nak dibuat."

Apa hajat yang belum tercapai?

"Antara hajat saya ialah nak tinggal bersama keluarga dalam rumah kami sendiri di Kuala Lumpur dan Sabah. Ini adalah kerana Kuala Lumpur tempat cari makan dan Sabah pula tempat saya dilahirkan."

"Selain itu saya juga nak belikan mereka kereta. Kalau boleh kereta Avanza, jadi semua orang boleh naik sekali."

Bagaimana dengan cinta?

"Masa saya di tingkatan empat dulu saya ada juga berkawan dengan seseorang. Tapi bila saya tak sekolah lagi hubungan kami berakhir begitu sahaja. Hingga kini saya tak pasti adakah kekasih saya masih single lagi."

Bilakah ingin bercinta?

"Saya muda lagi untuk bercinta! Takut juga saya nak bercinta, cepat putus dan saya kecewa. Takut ia mengganggu karier."

"Dah ada peluang menyanyi ini, lebih baik saya tumpukan pada karier dan cari duit untuk bahagiakan keluarga. Saya rasa ibu bapa saya sudah cukup menderita dengan kesusahan kami dan saya juga sudah tidak larat dan penat untuk menangis lagi."

Bagaimana dengan album?

"Kini saya tengah dalam proses buat album pertama. Setakat ini saya dah rakam dua buah lagu. Konsep saya versatile dan ada juga sikit ballad. Tak sabar rasanya nak siapkan album ini.

"Pada 18 hingga 25 Ogos ini pula saya akan buat konsert bergerak di Sabah. Antara tempat-tempat yang bakal saya pergi ialah Kudat, Keningau dan Sandakan. Saya seronok sangat dengan road tour ini kerana saya boleh bertemu peminat saya dengan lebih dekat lagi."
----------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah baca? bagaimana. Saya harap kepada remaja di luar sana, marilah kita tiru semangat dan cita-cita Stacy ini. Tidak salah untuk memasang angan-angan yang penting ada usaha ke arah itu. Tanpa impian anda tidak akan kemana.

Oh ya artikel ini ditulis pada 31 Ogos 2008. Selamat Hari Merdeka yang ke-51

Friday, August 29, 2008

Payment from bloggerwave.com

Hari ini saya terkejut sedikit kerana tiba-tiba mendapat bayaran dai program bloggerwave.com. Terkejut kerana saya sudah tidak menghiraukannya lagi setelah banyak kali mengirim email namun tidak berbalas.

Seperti post sudah saya ada menyebut tentang affiliate xfactor yang terpaksa menunggu hampir setengah tahun untuk menerima bayaran.

Berikut adalah pembayaran dari program bloggerwave ni.
Bagi mereka yang masih baru program ini berkonsepkan pay per post, iaitu anda akan dibayar untuk kerja tertentu. Anda diberi tugas kemudian buatkan artikel mengenai task tersebut. Biasanya program seperti ini akan membayar 2 kali sebulan iaitu pertengahan dan hujung bulan.
Walau bagaimanapun bloggerwave ini tersasar dari 30 hari pembayaran seperti yang dinyatakan.

so saya ada lagi $50 dengan program ni.

Thursday, August 28, 2008

Betting Crazy

Saya ada seorang kawan, Chinese. Dia ni boleh lah saya katakan gila betting, terutama dalam sukan. Pada sukan olimpik baru-baru ini dia telah betting perlawanan badminton suku akhir dan akhir. Biasalah betting ada menag dan ada kalah.
Dia menang pada separuh akhir Lee C W lawan Indonesia tapi kalah pada Lin Dan pada perlawanan akhir. Dipendekkan cerita dia menang RM100 dan kalah RM100.

Wednesday, August 27, 2008

Make money online: Dapatkan eBook Auto Responder percuma

Kali ini saya ingin berkongsi ebook yang ditulis oleh saudara Mazlie Nadzri daripada www.mazlienadzri.com. Buku beliau bertajuk "Panduan Setup Auto Responder".

Setelah membaca eBook ini, saya amat berpuas hati akan kandungannya(36 muka surat). Ia nya disampaikan dengan ayat yang mudah difahami dan dibantu dengan screen shot setiap langkah.

Apa itu Auto Responder?

Seperti namanya Program auto responder adalah program yang akan 'respond' secara automatik. Digunakan terutamanya dalam email, untuk menghubungi client yang berdaftar dengan sesuatu program atau website.

Auto responder ini banyak digunakan oleh IM Malaysia untuk mengumpul prospek. Tak kira apa jenis perniagaan atau perkhidmatan.

Perisian Auto Responder yang di kupas oleh saudara Mazlie Nadzri ialah daripada Getresponse.com, suatu perisian yang terkenal dan digunakan oleh kebanyakan jutawan internet.

Antara ciri Getresponse ini adalah mengendali mesej-mesej secara tersusun dan mengikut masa serta kempen yang sedang dijalankan.

An autoresponder can make money when you sleep, enjoying a party, while holidaying or simply spending time with your family. It is true, an autoresponder can be you 24/7 cash making money machine. It can achieve a whopping 400% more sales! But What's an autoresponder anyway?

It is an automated email sending program that automatically replies to an incoming email with one or many pre-set and personalized messages crafted by you. You write the message/messages only once, loaded it/them up to your autoresponder and the program send all your messages sequentially. Set it and forget it. It is that simple.


Menarik bukan? Samada anda baru dalam dunia perniagaan internet atau sudah lama tetapi tidak menggunakan program Auto Responder ini, sekarang tiba lah masanya untuk menggunakannya.

Banyak lagi kelebihan perisian Getresponse ini. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh lah dapatkan dan baca disini.

eBook yang ditulis oleh Mazlie Nadzri ini adalah P-E-R-C-U-M-A

Jadi untuk siapa ebook ini?
01. kepada mereka yang berjinak-jinak dengan email marketing
02. usahaawan internet(wajib!)
03. pelajar
04. blogger
05. syarikat yang menjalankan e-commerce (wajib!)
06. kepada mereka yang sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan.

Saya tidak pernah mendapatkan ebook sebegini detail dengan penerangan yang begitu jelas dan mudah difahami. Dapatkannya sekarang. Klik Sini


p/s: jika anda ingin jadi affiliate, register sekarang dan buat promosi seperti ini dan anda akan dibayar oleh saudara Mazlie Nadzri.
p/p/s: ebook ini ditulis dalam Bahasa Malaysia.

Salam suksess, Happy Independence Day 2008.

*UPDATE: program pay per lead ini dahpun ditutup (02.09.2008 ) oleh saudara Mazlie. Terima kasih kepada yang ambil bahagian.

**Dibuka Semula

Tuesday, August 26, 2008

Bulan Pengampunan Saman DBKK


Saya kurang pasti samada program ini masih berjalan atau tidak. Saya sepatutnya poskan lebih awal namun banyak hal yg perlu di setelkan. Samada sudah tutup atau masih buka saya mahu mewar-warkan juga.


So bagi mereka yang mempunyai saman tertunggak, ini lah masanya kamu melunaskannya. Potongan adalah sebanyak 95%.


Perkiraan:
Jumlah saman RM500 - 95% = RM25.00


So kira puas hati la, win-win situation, walaupun sebenarnya DBKK rugi.
Menurut cerita seorang kawan, bukannya dia tidak mahu bayar yuran parking tetapi, tiket tu diterbangkan angin atau kena hujan. Entah betul atau tidak alasan itu kerana ada juga kawan menceritakan bahawa dia sengaja tidak menghiraukan tiket parking tersebut.

Monday, August 25, 2008

Sambutan Merdeka tahun ini bagaimana ?

Sebelum saya sambung penulisan mengenai Make Money Online ada baiknya kita menyedari bahawa Hari Kemerdekaan semakin hampir!

Sambutan Hari Merdeka ke 51.

Hari kemerdekaan hampir tiba, namun nampaknya sambutan kurang meriah. Tiada poster di jalan-jalan, tiada bendera pada kereta, tiada promosi malah ada yang meletakkan bendera Malaysia secara terbalik.

Apakah makna semua ini? Ini menunjukkan bahawa rakyat sedang tertekan dari segi sosial, ekonomi dan apa lagi politik.

Sebagai blogger marilah kita membersihkan nama blogger yang selama ini dipinggirkan dan dilabel sebagai pembohong, penyebar maklumat salah dan sebagainya dengan menyahut kempen Hari Kemerdekaan daripada(link dead).

Apa yang perlu dibuat adalah dengan menulis mengenai HAri kemerdekaan akan datang ini dan meletakkan 'badge' atau logo seperti dibawah ini atau pautan terus dari Negaraku.net.

Terdapat dua kedudukan untuk meletakkan logo iaitu kiri dan kanan. Design boleh pilih mana satu yang disukai.

At Negaraku.net posted by Noktah Hitam
Buat Negara tercinta Malaysia. Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Below are quote from Tun M Blog-test.chedet.com

11. Blogger Sheih Kickdefella telah syor kempen terbalikkan Jalur Gemilang sebagai cara memprotes ketamakan ahli dan pemimpin parti-parti politik tanpa mengira parti mana.

12. Cadangan seperti ini tidak pernah dibuat selama 50 tahun kita Merdeka.


17. Kata seorang daripada kenalan saya, sekarang hanya 10 hari sahaja sebelum hari Merdeka tetapi ianya melihat hanya sebuah kereta sahaja yang memasang Jalur Gemilang.

18. Kata seorang lagi, saya simpan sahaja Jalur Gemilang tahun ini.


selebihnya baca di blog Tun Mahathir Mohamad.

Sunday, August 17, 2008

Make money online

Pernah jumpa seperti tajuk diatas? Adakah ia benar-benar berlaku?
Seperti yang diketahui oleh sebilangan pengguna Internat terdapat banyak penipuan yang berlaku melibatkan transaksi melalui Online. 2 minggu lepas seorang usahawan telah kerugian rm200,000.00 gara-gara mempercayai bahawa beliau telah menang peraduan sms maxis.

Betul ka boleh buat duit di internet?

Ini lah yang saya ingin saya ceritakan hari ini. Seperti dalam blog ramok.info ini ada beberapa program yang boleh menjana pendapatan.

Affiliate Xfactor. Saya nak tahu siapa yang ada ikut program ini? Program ini berkonsepkan pay-per-lead. Anda akan dibayar sebanyak usd1.00 setiap kali user download ebook yang anda rekomenkan. usd0.50 lagi anda dapat secara 2nd tier. So jumlah keseluruhan yang anda dapat ialah USD1.50.

Program ni hangat diperkatakan sebagai scam kerana mengambil masa lama untuk membayar. Affiliate program ini telah ditutup bulan April 2008, dan sehingga bulan tujuh para peserta belum lagi dibayar.

Seperti kata titaniumhijau, benda ni akan dibayar juga tetapi lambat sedikit. Saya sudah melupakan prohram ini dan telah merangka draft untuk mengutuk owner program ini iaitu Andrew Fox. Walau bagaimanapun belum sempat saya postkan di blog dan forum, tanpa disangka saya telah dibayar oleh andrew fox ini. Oleh kerana saya register program ni agak lewat (melalui link affiliate Zamri Nanyan) maka saya hanya sempat meraih $66.

Lihat komisen di sinidan sini

Untuk program tempatan saya telah mempromosi produk daripada Mawardee dan Labanon 10K tetapi nampaknya kurang mendapat sambutan atau juga kurang percaya.

The next labeled as Scammer ->bloggerwave.com. Tiada tanda-tanda nak bayar sehingga kini. I have $60 with them.

Next story: paid posting

p/s: saya masih baru dalam bidang ini, saya pasti ramai dikalangan Sabahan yang hebat-hebat belaka dengan menjana puluhan ribu ringgit tetapi bergerak secara underground ala-ala estrange :).
p/p/s: kalau ada lagi nanti saya kongsi. Tidak rugi apa-apa, anggap saja kamu jumpa duit tengah jalan.
p/p/p/s: nampaknya kontes yang dijalankan tidak mendapat sambutan, so duit tu saya simpan balik bikin bayar bill eletrik.

Sunday, August 10, 2008

Linda Nanuwil

Saya harap kamu telah membaca post sebelum ini. Saya sebenarnya mahu meletakkan dua buah lagu dari Album Linda dalam blog ini namun setelah berfikir soal periuk nasi Linda dan Hakcipta terpelihara. Maka saya terpaksa membatalkan hasrat itu.


Jika pembaca atau peminat Linda inginkan Album tersebut sila beli dipasaran sekarang.
Saya berharap sangat melihat album Linda ini berjaya dan diterima peminat yang telah lama menanti kemunculan Album tempatan dari Linda.

Anda kenal siapa ini? Yes Mr. Roger Wang. Beliau juga hadir di pelancaran album Linda ini dan merupakan penyumbang kepada penghasilan album Linda. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau ini. Jika tidak diumumkan olah pengadara saya langsung tidak kenal rupa Roger Wang. Selama ini hanya dengar nama saja.


Dapatkan album Linda yang berjudul Linda dipasaran sekarang.

Saturday, August 9, 2008

Pelancaran Album Linda-1-Borneo

Saya pergi ke pikom hari ini di sabah trade center. Nampaknya kesan kenaikan harga barangan tidak menghalang atau mempengaruhi para pembeli untuk berpusu-pusu berkunjung ke bilik pameran.

Selepas itu saya mengajak kawan saya (drebar) pergi ke 1-Borneo untuk mencari PDA(personal digital assistance ).

Tidak sangka-sangka rupa-rupanya Artis Sabah Linda Nanuwil dalam pelancaran albumnya yang berjudul Linda. Saya tidak dapat mengikuti keseluruhan persembahan tetapi mendapat tahu bahawa kesemua lagunya dalam KADUS.



Pelancaran disempurnakan oleh YB Datuk Joseph Pairin Kitingan Presiden KDCA.

Saya akan upload gambar dan 2 buah lagu yang saya sempat rakan. Nantikan disini, saya jamin puas hati. Video closed-up dan sound ok.

p/s: Mahu lihat Linda Live? Dia sangat sangat kurus.
p/p/s: Takziah kepada Linda atas pemergian bapanya minggu lalu.

Stay tune for update.

ramok.info contest

Monday, August 4, 2008

Taman Poket??

Kamu pernah dengar kah ni nama taman? Saya pun baru tahu nama tersebut. Ia adalah tepi pantai berdekatan hotel Hyatt, yang dulunya ada ikan layaran. Saya ini jarang-jarang turun bandar, pasal tu lah nda tau perkembangan.

Saya tahu ni pun selepas terlihat dalan Utusan Borneo 07.08.08 (08.08.08 jangan lupa Olimpik Beijing). Kenapa dinamakan Taman Poket saya tidak tahu. Kalau ada yang tahu sila berkongsi sini. Jangan pula salah anggap sebab nama tu seolah-olah tempat untuk penyeluk saku (poket)

Sewaktu ia masih baru lagi ada peminat pancing yang datang kesitu untuk memancing, walau bagaimanapun sudah tidak dibenarkan lagi kerana beberapa sebab seperti mengotorkan tempat, umpan yang busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung.


Salam santai

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter