Friday, September 12, 2008

Ganguan Streamyx: Penyelesaian yang pelik

Sejak beberapa hari saya mengalami gangguan perkhidmatan streamyx. Apabila saya menghubungi talian 100,1,2 ada suara robot yang mengatakan terdapat gangguan streamyx. Walau bagaimanapun gangguan tersebut tidak melibatkan wilayah Sabah.

Pelik

Setelah bercakap dengan bahagian teknikal, pada kebiasaannya mereka akan meminta username dan no talian yang digunakan untuk sambungan streammyx.

Yang peliknya pada kali ini mereka meminta pula no handphone! Saya menolak dengan mengatakan saya cuma nak connection ke internat, kenapa perlu bagi no handphone?

Orang tu menjawab, kononnya supaya senang menghubungi. Saya menjawab kenapa tak guna saja telefon talian tetap, seperti yang saya gunakan sekarang?

Saya tetap berkeras untuk tidak memberikan no handphone dengan mengatakan ia adalah privacy.

Saya rasa ada udang disebalik batu mengapa mereka meminta no handphone. Setahu saya tiada polisi seperti ini sebelum ini.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini.

*Masalah saya sebenarnya adalah: Status ikon adalah connected tetapi tidak dapat browse internet. Ketika menulis artikel ini saya mengalaminya 2 kali iaitu di sebelah pagi dan petang.

3 comments:

  1. Eh Boss..
    Jangan ko hairan sekarang punya talian yang selalu ada gangguan tu... Laju lagi tu kura-kura... he..he..
    Ni semua pasal dorang sedang ber"hijrah" daripada Broadband ke "Super Broadband". Belum ditawarkan lagi perkhidmatan tu... tapi dengar-dengar... kalau jadi nanti, kenalah juga upgradekan kita punya hardware sana sini... kalau tidak, tidak bolah supportlah kunu...
    Jadi buat masa ni.. sabar je lah

    ReplyDelete
  2. Bahagian Streamyx - Kepada penguna, tujuan asal kami ( adalah Streamyx ) meminta no handphone adalah kerana sebab berikut.

    tujuan kami untuk memastikan pemanggil yang dibuat keatas kami adalah pelanggan Steamyx yang sah,
    Di dalam borang pendaftaran Streamyx, anda telah mengisi no telifon bimbit anda, Sebagai kata laluan perhikmatan.

    Tujuan utama kami meminta no tel bimbit untuk mengesahkan adakah sama atau tidak dengan butiran peribadi pemilik asal Akaun streamyx anda.

    contoh lain : jika anda kehilangan kad kridit,permohonan bank online,hilang kata laluan bank anda akan menghubungi pihak bank, pihak bank akan meminta NAMA IBU untuk mengesahkan butiran anda, PELIK KAN?! apa kena mengena
    NAMA IBU dengan kehilangan kad?

    Sama juga dengan kami NO TEL BIMBIT di jadikan sebagai MASTER KEY @ Kata laluan peribadi anda.. Sebarang komen boleh ym saya di boy_kamarul@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  3. berkenaan masalah streamyx ini, sayaa ada beberapa pengalaman dengan kawan2. salah seorang tu (d telipok) sentiasa membayar bil streamyxnya tetapi tiada pula mendapat service. walaupun sudah bebrapa kali membuat aduan, menukar modem dan talain hayat KL tetapi tidak pernag selesai masalah tu. so saya menasihatkan dia untuk tutup akaun tu dan buka akaun baru.

    kes kedua pula (king fisher) juga tidaak dapat menggunakan service streamyx sedangkan ia membayarnya setiap bulan. pihak tm ada menukar modem(warna hitam) tetapi masalah ini tidak selesai juga.

    p/s: kedua2 kawan ini ada meminta bantuan saya tetapi saya hanya buat yg termampu, kerana masalahnya adalah datang dari tm

    ReplyDelete

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter