Showing posts with label broadband. Show all posts
Showing posts with label broadband. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Berukband memang benar

Saya bukan berniat memburuk-burukkan sistem yang dipanggil Broadband yang mana sedang berkembang di malaysia. Saya juga baru saja berjinak-jinak dengan broadband ini.

Sebelumnya saya menggunakan dialup dan kemudian streamyx dan sekarang broadband.

Dari segi fungsinya adalah memang baik dan praktikal disebabkan sifatnya yang mobiliti dan juga plan pembayaran yang flexible.

Namun apa yang agak mengecewakan adalah dari segi connection dan speed. Dua kriteria inilah yang membuatkan pengguna2 broadband di malaysia bengang dengan perkhidmayan ini tidak kira dari syarikat celcom,digi,maxis,umobile dsb.

Maka dengan itu banyak gelaran yg dilemparkan terhadap perkhidmatan ini antaranya berukband,kura2,snail dan pelbagai lagi.

Dipihak syarikat sudah tentu mereka ingin memaksimumkan keuntungan manakala di pihak consumer adalah kepuasan.

Ayat2 pemasaran yang digunakan syarikat2 ini biasanya berorentasikan perniagaan, penjualan jenama dan keuntungan, umpama model yang berwajah buruk tetapi kelihatan cantik apabila di make-up.

Diharap suatu hari nanti sistem komunikasi dan internet di negara kita setaraf dengan apa yg dinikmati oleh negara lain.


p/s: saya tak tahu apa kena-mengena beruk dengan internet

Tuesday, September 13, 2011

Cukai perkhidmatan 6 peratus Telco membebankan rakyat

Cukai perkhidmatan 6 peratus Telco mengelirukan rakyat apatah lagi membebankan. Telco yang dimaksudkan termasuklah Celcom,Maxis,Digi dan syarikat2 lain.

cukai perkhidmatan 6 peratus,caj perkhidmatan telco
SMS celcom berkaitan cukai perkhidmatan 6 peratus

pada 12 september 2011 saya menerima mesej dari celcom (saya guna celcom) seperti gambar diatas. ia berbunyi
...mulai 15-09-2011 semua pembelian reload dan pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yg berkenaan...

tetapi pada malamnya dalam berita TV mengatakan bahawa ia akan ditangguh sehingga perundingan dapat dicapai antara syarikat telco dan  kerajaan.
cukai perkhidmatan 6 peratus,caj perkhidmatan telco
Perbincangan diantara kerajaan dan syarikat Telco Malaysia

caj perkhidmatan 6 peratus ini juga bermaksud bahawa pihak Telco mendesak pengguna supaya beralih ke pasca bayar. pasca bayar bermakna fixed line dan kena bayar bil setiap bulan. rasanya ini lebih menguntungkan pihak telco  berbanding reload 10 ringgit.

harap2 caj ni tak diteruskan memandangkan bebanan rakyat iaitu kos sara hidup dah semakin tinggi, manakala pendapatan keluarga masih ditahap lama.

kesempitan wang menyebabkan ada diantara kita yang gali lobang tutup lobang, yakni berhutang untuk bayar hutang contohnya persoan loan RHB bank

cerita berkaitan
pengalaman saya ketika makan di kantin hospital. ini adalah pertama kali saya membeli makanan disana (hospital likas,sabah). saya hairan mengapa wang tukaran tidak cukup namun tidak bertanya kenapa. ingatkan ia akan didermakan sebab berdekatan juru wang ada tabung amal. hari kedua saya sekali lagi membeli makanan dan wang tukaran masih tidak cukup, namun saya tidak bertanya mengapa. sebelah petangnya barulah saya perasan di suatu sudut terpampang sticker yang mengatakan 'harga makanan tidak termasuk 5% cukai kerajaan'. adess..baru lah saya faham, mengapa selama ini wang tukaran yang dikembalikan tidak pernah tepat.

p/s: kamu perasan tak mana-mana kantin pun harga makanan dan minuman lebih mahal dari kedai biasa

Thursday, April 7, 2011

mobile internet murah mudah cepat dimana-mana [review]

mobile internet murah, mudah, cepat, dimana-mana

Anda berinternet dari pejabat?rumah?kafe siber atau atas kapal layar? Anda menggunakan talian streamyx, digi mobile,maxis,celcom?

tidak kira dimana anda melayari internat dan apa jenis sambungan anda terpulang kepada anda untuk memilihnya, berikut saya ingin perkenalkan salah satu perkhidmatan dari Digi.

Apa Facebook untuk Semua?

Dengan DiGi Internet, ada lebih dari satu cara untuk Like, Poke, komen, menukar status, meng-upload dan berkongsi gambar, menambah teman di Facebook dari telefon tablet anda, atau laptop bila-bila masa dimana saja.

Bagaimana Saya Menikmati Ciri-ciri ini?
Hanya SMS "FACEBOOK" ke 2000.

Internet untuk Semua ™ dengan DiGi Internet

Dengan Internet DiGi, anda mendapatkan Internet untuk Semua ™. ketahuinya sekarang.
mobile broadband,wireless broadband,digi mobile internet,mobile internet
mobile broadband,wireless broadband,digi mobile internet,mobile internet


Klik Gambar untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Hargai kebebasan anda ber internet

Tuesday, December 14, 2010

Konsert Artis Korea- Digi

Win exclusive premiums and unique experience with the K-Pop artists from the preview sale! Passes are selling starting on the 6th December at 1U, New Wing. Share with your friends the awesome line-up ; Beast, 4minute and G.Na, and also the pre-sale location (1U, New Wing)!

Kepada peminat-peminat artis dari korea seperti Gna, 4minute dan Beast, JAngan lepaskan peluang bertemu mereka di Malaysia. Lihat banner
Konsert dijangka pada 13 January 2011
DiGi presents your favourite K-Pop artists LIVE in Kuala Lumpur! Choose from 3 exclusive passes for DiGi customers:

Keterangan lanjut disini

Friday, September 12, 2008

Ganguan Streamyx: Penyelesaian yang pelik

Sejak beberapa hari saya mengalami gangguan perkhidmatan streamyx. Apabila saya menghubungi talian 100,1,2 ada suara robot yang mengatakan terdapat gangguan streamyx. Walau bagaimanapun gangguan tersebut tidak melibatkan wilayah Sabah.

Pelik

Setelah bercakap dengan bahagian teknikal, pada kebiasaannya mereka akan meminta username dan no talian yang digunakan untuk sambungan streammyx.

Yang peliknya pada kali ini mereka meminta pula no handphone! Saya menolak dengan mengatakan saya cuma nak connection ke internat, kenapa perlu bagi no handphone?

Orang tu menjawab, kononnya supaya senang menghubungi. Saya menjawab kenapa tak guna saja telefon talian tetap, seperti yang saya gunakan sekarang?

Saya tetap berkeras untuk tidak memberikan no handphone dengan mengatakan ia adalah privacy.

Saya rasa ada udang disebalik batu mengapa mereka meminta no handphone. Setahu saya tiada polisi seperti ini sebelum ini.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini.

*Masalah saya sebenarnya adalah: Status ikon adalah connected tetapi tidak dapat browse internet. Ketika menulis artikel ini saya mengalaminya 2 kali iaitu di sebelah pagi dan petang.

Thursday, September 4, 2008

Wireless Broadband

Sesiapa yang ada menggunakan teknologi wireless Broadband? Mana service provider yang menjadi pilihan kamu.

Ini pengalaman saya menggunakan perkhidmatan DIGI.



Saya menggangap kelajuan bagi pprovider ini masih lagi kura-kura. Menyampah!
Walaupun berasa di bandaraya tetapi untuk membuka friendster.com saja mahu satu jam jika tidak close browser. Biar betul.

Cakap tidak serupa bikin sebab pada peranti itu tertulis 3.5G dan kelajuan sehingga 7MBps namun lebih teruk dari modem dialup.

Teknologi ini sangat penting terutama kepada mereka yang sentiasa bergerak.

Suatu masa dulu telah dilancarkan WIMAX (REDtone) diSabah tetapi sampai sekarang habuk pun tarak nampak. Saya kurang pasti siapakan yang sebenarnya menggunakan perkhidmatan ini pada ketika ini.

Mungkin perlu difahami maksud Broadband itu sendiri.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter