Tuesday, September 13, 2011

Cukai perkhidmatan 6 peratus Telco membebankan rakyat

Cukai perkhidmatan 6 peratus Telco mengelirukan rakyat apatah lagi membebankan. Telco yang dimaksudkan termasuklah Celcom,Maxis,Digi dan syarikat2 lain.

cukai perkhidmatan 6 peratus,caj perkhidmatan telco
SMS celcom berkaitan cukai perkhidmatan 6 peratus

pada 12 september 2011 saya menerima mesej dari celcom (saya guna celcom) seperti gambar diatas. ia berbunyi
...mulai 15-09-2011 semua pembelian reload dan pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yg berkenaan...

tetapi pada malamnya dalam berita TV mengatakan bahawa ia akan ditangguh sehingga perundingan dapat dicapai antara syarikat telco dan  kerajaan.
cukai perkhidmatan 6 peratus,caj perkhidmatan telco
Perbincangan diantara kerajaan dan syarikat Telco Malaysia

caj perkhidmatan 6 peratus ini juga bermaksud bahawa pihak Telco mendesak pengguna supaya beralih ke pasca bayar. pasca bayar bermakna fixed line dan kena bayar bil setiap bulan. rasanya ini lebih menguntungkan pihak telco  berbanding reload 10 ringgit.

harap2 caj ni tak diteruskan memandangkan bebanan rakyat iaitu kos sara hidup dah semakin tinggi, manakala pendapatan keluarga masih ditahap lama.

kesempitan wang menyebabkan ada diantara kita yang gali lobang tutup lobang, yakni berhutang untuk bayar hutang contohnya persoan loan RHB bank

cerita berkaitan
pengalaman saya ketika makan di kantin hospital. ini adalah pertama kali saya membeli makanan disana (hospital likas,sabah). saya hairan mengapa wang tukaran tidak cukup namun tidak bertanya kenapa. ingatkan ia akan didermakan sebab berdekatan juru wang ada tabung amal. hari kedua saya sekali lagi membeli makanan dan wang tukaran masih tidak cukup, namun saya tidak bertanya mengapa. sebelah petangnya barulah saya perasan di suatu sudut terpampang sticker yang mengatakan 'harga makanan tidak termasuk 5% cukai kerajaan'. adess..baru lah saya faham, mengapa selama ini wang tukaran yang dikembalikan tidak pernah tepat.

p/s: kamu perasan tak mana-mana kantin pun harga makanan dan minuman lebih mahal dari kedai biasa

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter