gambar berikut adalah rupa kopi sejuk. Ia bukanlah minuman keras carlsberg tetapi kopi yang diisi kedalam botol carlsberg atau guiness stout dan kemudiannya disimpan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.
permintaan amat popular jika cuaca sangat panas, boleh menyejukkan badan disamping rasanya yang nyaman dan sedap diminum.
jika anda melihat sahabat muslim anda memegang botol minuman keras di restoran, jangan sangka ia meminum alkohol kerana ia adalah kopi sejuk.
kopi sejuk |
antara daerah yang menghidangkan kopi sejuk adalah seperti bongawan, papar dan inanam sabah.
kopi sajukk..satu!
No comments:
Post a Comment
viral news and videos