Wednesday, December 14, 2011

Desas-desus Bantuan Rakyat 1Malaysia

Desas-desus Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pemberian borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M sedang rancak berjalan ketika ini sehingga bulan januari.

Pelbagai karenah dan desas-desus kedengaran, ada yang positif dan ada yang negatif.

Info Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M

  • Syarat kelayakan permohonan BR1M (RM500):
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi
rumah RM3,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah
  • Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad / Kad Polis / Kad Tentera (pemohon dan tanggungan yang bekerja)
(ii) Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja

Kelayakan lain

Mereka yang berdaftar dengan E Kasih secara automatik tersenarai sebagai penerima BR1M (wajib isi borang)


Lokasi pengambilan

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Jabatan Penerangan
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Lobi utama Kementerian Kewangan
  • Sekolah-sekolah terpilih
  • Download melalui http://www.treasury.gov.my
-Masa dari 9 pagi hingga 5 petang

Perkara Negatif

  • Ada pergaduhan yang berlaku
  • Ada yang memegang kad merah cuba untuk memohon
  • Ada Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang cuba untuk memohon
  • Ada yang menjual borang permohonan walhal ia adalah percuma
  • Ada yang takut untuk memohon, kononnya suatu bentuk 'paksaan' supaya mengundi barisan nasional
*Terbaru pemalsuan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia, lihat screen berikut, apa kes ni?
Borang palsu Bantuan Rakyat 1Malaysia
Warna yang dikuningkan tidak terdapat pada borang yang asli

    *Update*
    Borang fotostate BR1M tidak diterima

    No comments:

    Post a Comment

    viral news and videos

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

    Visitors

    Flag Counter