Showing posts with label Bantuan Rakyat 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Rakyat 1Malaysia. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Download borang BR1M 2

Download borang BR1M 2 dan kemaskini maklumat anda. Dalam borang ini anda akan diberi pilihan samada membuat permohonan baru (BR1M 2.0) atau kemaskini maklumat (BR1M)



Pautan berikut adalah borang BRM1M 2.0 dalam bentuk PDF yang di sambungkan terus dari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Download borang BR1M 2

Ia adalah Percuma. Jangan lagi tertipu dengan peraih sekiranya ada yang cuba menjual borang BR1m 2.0 kepada anda.

Bujang juga layak mendapat bantuan BR1M 2 ini.

Contoh keratan borang BRM1M 2.0

br1m, Bantuan Rakyat 1Malaysia, download borang BR1M 2,Download Bantuan Rakyat 1Malaysia

Monday, February 13, 2012

Voucher BR1M

Ada sesiapa lagi yang menghadapi masalah berkaitan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)?

Orang ramai masih berpusu-pusu mengunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN samada untuk permohonan baru,permohonan rayuan atau bertanyakan status permohonan.


Voucher / Baucar BR1M sudah dapat. Jika anda diterima maka anda akan dihubungi melalui telefon atau sms. Jika anda bercuti dan tidak dapat mengambil Baucar ditempat yg telah ditetapkan misalnya balai raya, dewan masyarakat, dewan kommunity maka anda boleh mengambilnya terus melalui Pejabat Daerah terdekat tempat tinggal anda.

Nota: wakil boleh mengambil voucher BR1M, tetapi menunaikannya di bank yang terpilih harus orang yang tertera pada voucher.

Voucher hanya dapat ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN),CIMB dan Maybank.

Wednesday, January 18, 2012

Banci Penduduk Malaysia terkini

Banci Penduduk Malaysia terkini.

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Nor Mohamed berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.
"Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah memuatkan data awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah mengambil kira ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada Penyiasatan Penilian Liputan Banci," katanya.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).

Beliau berkata negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).
Katanya seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.

Beliau berkata selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing 91.4 dan 90.8 peratus.

Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah pula ialah Kelantan sebanyak 42.4 peratus, Pahang (50.5 peratus) dan Perlis (51.4), katanya.
Nor Mohamed berkata daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).

Di kalangan warganegara Malaysia, katanya, Melayu adalah etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah. - BERNAMA

Wednesday, December 14, 2011

Desas-desus Bantuan Rakyat 1Malaysia

Desas-desus Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pemberian borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M sedang rancak berjalan ketika ini sehingga bulan januari.

Pelbagai karenah dan desas-desus kedengaran, ada yang positif dan ada yang negatif.

Info Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M

  • Syarat kelayakan permohonan BR1M (RM500):
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi
rumah RM3,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah
  • Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad / Kad Polis / Kad Tentera (pemohon dan tanggungan yang bekerja)
(ii) Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja

Kelayakan lain

Mereka yang berdaftar dengan E Kasih secara automatik tersenarai sebagai penerima BR1M (wajib isi borang)


Lokasi pengambilan

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Jabatan Penerangan
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Lobi utama Kementerian Kewangan
  • Sekolah-sekolah terpilih
  • Download melalui http://www.treasury.gov.my
-Masa dari 9 pagi hingga 5 petang

Perkara Negatif

  • Ada pergaduhan yang berlaku
  • Ada yang memegang kad merah cuba untuk memohon
  • Ada Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang cuba untuk memohon
  • Ada yang menjual borang permohonan walhal ia adalah percuma
  • Ada yang takut untuk memohon, kononnya suatu bentuk 'paksaan' supaya mengundi barisan nasional
*Terbaru pemalsuan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia, lihat screen berikut, apa kes ni?
Borang palsu Bantuan Rakyat 1Malaysia
Warna yang dikuningkan tidak terdapat pada borang yang asli

    *Update*
    Borang fotostate BR1M tidak diterima

    Sunday, December 11, 2011

    Bantuan RM500 pejabat LHDN diserbu

    Berikutan pembahagian borang permohonan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), perkarangan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri dipenuhi orang ramai.
     
    Ada yang datang seawal jam 5 pagi untuk 'stand by' takut2 kehabisan borang. Ada pula teman2 yang memberitahu bahawa ada berlaku pergaduhan namun tidak jelas puncanya.

    Video Bantuan RM500 pejabat LHDN diserbu





    Maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M, Lembaga HAsil Dalam Negeri LHDN

    Saturday, December 10, 2011

    Bantuan Rakyat 1Malaysia

    Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
    Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diagihkan bermula hari ini 10.12.2011 di mana-mana perkarangan atau pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) masing-masing.

    Kriteria permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia:

    • Bantuan sebanyak rm500
    • Hanya perlu MyKad (berkerja sendiri) atau slip gaji (bagi yg berkerja dgn majikan)
    • Tempoh penghantaran borang 1 bulan
    • Borang lengkap diisi hantar di kaunter LHDN negeri masing-masing


    Contoh Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia
    Bantuan Rakyat 1Malaysia, Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia

    Image 1

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

    Visitors

    Flag Counter