Thursday, July 25, 2013

Simpanan KWSP anda,ada berapa?

Simpanan KWSP anda,ada berapa?

Fakta KWSP(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

  • Purata umur penduduk Malaysia ialah 75 tahun(negara maju spt AS,Jepun-80 tahun)
  • Umur persaraan setakat ini 55 tahun dan akan ditingkatkan kepada 60 tahun.
  • Taksiran 2011 menunjukkan 72% ahli KWSP mempunyai simpanan KWSP dibawah RM50000.
  • 50% pesara menghabiskan simpanan KWSP dalam tempoh 5 tahun.

Kajian pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) pada 2007 mendapati penduduk Malaysia mempunyai purata jangkahayat sihat selama 66 tahun sahaja.

Adakah jumlah caruman yang anda kumpul selama berkerja(katakan 30 tahun berkerja) cukup untuk persaraan?

Beberapa faktor perlu diteliti seperti:
Jangkahayat,umur persaraan,gaya hidup,tahap kesihatan,tanggungan keluarga,penurunan nilai wang dan kos hidup yang sentiasa meningkat.

Juga perlu diambil kira bagaimana anda merancang kewangan semasa berkhidmat(misalnya pandai melabur dan menabung) dan bagaimana merancang untuk menggunakan simpanan KWSP  selepas pencen.

Berapa anda perlukan apabila bersara?
Bergantung kepada keperluan perbelanjaan,tahap kesihatan dan gaya hidup.

Lihat perhitungan berikut.
Katakan anda ingin berbelanja RM800 sebulan bagi tempoh 20 tahun (bersara 55 meninggal 75), maka simpanan yang anda perlukan adalah sebanyak RM192,000 dalam simpanan KWSP anda.

Katakan anda ingin berbelanja RM800 sebulan bagi tempoh 15 tahun (bersara 60 meninggal 75), maka
simpanan yang anda perlukan adalah sebanyak RM144,000 dalam simpanan KWSP anda.




seterusnya >>Inisiatif KWSP untuk meningkatkan simpanan ahli.

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter