Sebenarnya terdapat beberapa lagi skim Easy Rhb ini seperti Easy Kad Kredit/Debit, Easy Insuran, Easy Saving dan Easy Pelaburan ASB.
Berikut adalah beberapa tips untuk anda membuat pinjaman atau urusniaga .
Ketahui 10 hadiah mingguan RHB ..jom klik
Easy Personal Loan
- Pastikan tujuan pinjaman itu adalah jelas misalnya untuk kecemasan, perkahwinan atau menyambung pelajaran.
- Faktor yang dinilai sebelum membuat pinjaman-Kemampuan membayar balik pinjaman, kewangan semasa, aset yang ada serta tanggungan/liabiliti.
- Sebelum meminjam buat kajian tentang jenis pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen, misalnya kadar faedah, temoh bayaran balik, fleksibiliti pakej dan lain-lain.
- Jauhi peminjam yang tidak berlesen atau tidak kukuh latarbelakang
- Anda sebagai peminjam bertanggungjawab atas pembayaran yang dipersetujui mengikut jumlah dan masa yang ditetapkan.
- Kegagalan membayar balik-anda akan disenaraihtamkan.
![]() |
| Pinjaman Peribadi Easy RHB Bank |
Kad Kredit/Debit
Perbezaan antara kad debit dan kredit. Jika diukur dari segi masa kad kredit telah digunakan sekian lama. Secara amnya kredit bererti hutang.
Easy Kad Debit RHB Visa
- Baki dalam akaun anda akan berkurangan sebaik anda menggunakannya sebagai pembayaran. Ini samalah dengan anda mengeluarkan wang dari ATM atau Buku dan menggunakannya ntuk pembelian.
- Kebaikan urusniaga pembelian atau pembayaran tanpa tunai. Ia selamat,mudah dan anda boleh mengawal perbelanjaan. Sekiranya anda dirompak atau diragut anda tidak kehilangan apa-apa melainkan kad debit yang 'tidak berguna' (bandingkan dengan tunai) kepada penjenayah
- Cukai dan faedah tidak dikenakan.
![]() |
| Kad Debit Easy Rhb |
Nota: Kad ini sah dan laku di kebanyakan shopping,restoran, etc...
Easy Kad Kredit Rhb Bank
- Boleh berbelanja lebih daripada jumlah wang yang ada dalam akaun
- Merupakan urusniaga berhutang
- Perlu membayar kad kredit mengikut masa yang ditetapkan
- Mudah dibawa dan selamat
- Laku dan sah secara meluas
- Secara amnya sama seperti insuran yang lain
- Ketahui polisi dan dapatkan maklumat selengkap-lengkapnya tentang jenis perlindungan (coverage), bayaran dan faedah yang dikenakan.
- Insuran kemalangan-Kemalangan berlaku tanpa diduga. Kecacatan,kecederaan kekal dan kurang upaya dapat diringankan beban melalui premium yang dibeli.
- Insuran Perubatan-Bil perubatan klinik swasta dan hospital semakin meningkat. Insuran boleh meringankan beban keawngan anda.
- Anda sebagai pemegang/penama insuran perlu memberitahu keluarga terdekat mengenai polisi insuran anda agar,mudah bagi mereka berurusan sekiranya berlaku apa-apa.
- Beli polisi mengikut kemampuan kewangan.
![]() |
| Easy Insuran Kasih RHB Bank |
Easy Simpanan Mesra
Simpanan adalah pelaburan jangka pendek melalui buku akaun dengan kadar faedah yang rendah.
- Keadaan luar jangka seperti kereta rosak,anak sakit,melancong atau memulakan perniagaan kecil-kecilan.
- Sangat penting untuk dibincangkan dengan pasangan mengenai bentuk simpanan terbaik.
- Seperti juga lain-lain skim, disiplin diri adalah penting bagi menguruskan simpanan. Tidak terlalu kedekut dan tak gelojoh.
- Tidak perlu tunggu sehingga berumahtangga baru terkial-kial nak menabung.
Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah saham amanah yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Risikonya paling rendah.
- Kepentingan melabur adalah untuk perancangan masa hadapan. cth membeli rumah, perniagaan,persekolahan dsb.
- Pelaburan dalam ASB adalah sesuai kerana ia merupakan pelaburan jangka pendek dan panjang dengan dividen tahunan yang lumayan dan dijamin kerajaan.
- Syarat-syarat utama ASB:
- Bumiputera
- Akaun dewasa 18 tahun keatas
- Akaun remaja 12 hingga 18 tahun
- Untuk pinjaman Easy ASB-hanya untuk akaun dewasa sahaja.
- sebelum membuat pilihan muktamad seperti biasa pastikan memilih plan yang betul, kaji prestasi kewangan anda,bayar mengikut jadual (kelewatan akan didenda).
![]() |
| Bayaran Ansuran Easy ASB |
| Slogan | Ulasan tanakwagu |
| a. Tidak perlu isi borang | Betul |
| b. Hanya bawa MyKad | Betul |
| c. Kelulusan serta-merta | Tak Betul |
Ulasan lain.
Perkataan Easy (senang,mudah) yang digunakan oleh RHB Bank tak lah serupa bikin. Kelulusan seperti yang dinyatakan 'Serta-merta' boleh dipertikaikan kerana ia perlu dibawa ke peringkat atasan utk kelulusan. menurut pengalaman penulis kelulusan hanya diperolehi setelah seminggu berlalu.
disamping itu kelemahan prasarana seperti tidak dapat aksess, server hang, kasi refresh dan sebagainya perlu lah diatasi kerana pengalaman penulis menunggu kira-kira 1 jam untuk 'transfer' pinjaman yang telah lulus ke akaun RHB.
juga pihak RHB tidak memaklumkan kepada pemohon sekiranya permohonan pinjaman mereka ditolak/gagal dan ini menyebabkan pemohon sendiri datang ke kaunter untuk bertanya status permohonan mereka.
contoh sebenar komputer pemproses di kaunter easy rhb
komputer easy: input my kad, tanda tangan digital, kalkulator
artikel terdahulu Easy RHB
*Update*
![]() |
| Contoh Penyata Akaun Pinjaman Express Easy RHB |




