Showing posts with label easy rhb branch. Show all posts
Showing posts with label easy rhb branch. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Easy RHB personal loan

Easy RHB daripada RHB Bank Berhad menawarkan pinjaman peribadi easy RHB.
Sebenarnya terdapat beberapa lagi skim Easy Rhb ini seperti Easy Kad Kredit/Debit, Easy Insuran, Easy Saving dan Easy Pelaburan ASB.

Berikut adalah beberapa tips untuk anda membuat pinjaman atau urusniaga .

Ketahui 10 hadiah mingguan RHB ..jom klik

Easy Personal Loan
  • Pastikan tujuan pinjaman itu adalah jelas misalnya untuk kecemasan, perkahwinan atau menyambung pelajaran.
  • Faktor yang dinilai sebelum membuat pinjaman-Kemampuan membayar balik pinjaman, kewangan semasa, aset yang ada serta tanggungan/liabiliti.
  • Sebelum meminjam buat kajian tentang jenis pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen, misalnya kadar faedah, temoh bayaran balik, fleksibiliti pakej dan lain-lain.
  • Jauhi peminjam yang tidak berlesen atau tidak kukuh latarbelakang
  • Anda sebagai peminjam bertanggungjawab atas pembayaran yang dipersetujui mengikut jumlah dan masa yang ditetapkan.
  • Kegagalan membayar balik-anda akan disenaraihtamkan.
Beriukt adalah ansuran pinjaman peribadi.
    Easy RHB personal loan,personal loan,bank rakyat personal loan,cimb personal loan,pinjaman kecemasan
    Pinjaman Peribadi Easy RHB Bank


    Kad Kredit/Debit
    Perbezaan antara kad debit dan kredit. Jika diukur dari segi masa kad kredit telah digunakan sekian lama. Secara amnya kredit bererti hutang.

    Easy Kad Debit RHB Visa
    • Baki dalam akaun anda akan berkurangan sebaik anda menggunakannya sebagai pembayaran. Ini samalah dengan anda mengeluarkan wang dari ATM atau Buku dan menggunakannya ntuk pembelian.
    • Kebaikan urusniaga pembelian atau pembayaran tanpa tunai. Ia selamat,mudah dan anda boleh mengawal perbelanjaan. Sekiranya anda dirompak atau diragut anda tidak kehilangan apa-apa melainkan kad debit yang 'tidak berguna' (bandingkan dengan tunai) kepada penjenayah
    • Cukai dan faedah tidak dikenakan.
    Easy Kad Debit
    Kad Debit Easy Rhb

    Nota: Kad ini sah dan laku di kebanyakan shopping,restoran, etc...

    Easy Kad Kredit Rhb Bank
    • Boleh berbelanja lebih daripada jumlah wang yang ada dalam akaun
    • Merupakan urusniaga berhutang
    • Perlu membayar kad kredit mengikut masa yang ditetapkan
    • Mudah dibawa dan selamat
    • Laku dan sah secara meluas
    Easy Insuran Kasih
    • Secara amnya sama seperti insuran yang lain
    • Ketahui polisi dan dapatkan maklumat selengkap-lengkapnya tentang jenis perlindungan (coverage), bayaran dan faedah yang dikenakan.
    • Insuran kemalangan-Kemalangan berlaku tanpa diduga. Kecacatan,kecederaan kekal dan kurang upaya dapat diringankan beban melalui premium yang dibeli.
    • Insuran Perubatan-Bil perubatan klinik swasta dan hospital semakin meningkat. Insuran boleh meringankan beban keawngan anda.
    • Anda sebagai pemegang/penama insuran perlu memberitahu keluarga terdekat mengenai polisi insuran anda agar,mudah bagi mereka berurusan sekiranya berlaku apa-apa.
    • Beli polisi mengikut kemampuan kewangan.
    Easy Insuran Kasih
    Easy Insuran Kasih RHB Bank


    Easy Simpanan Mesra

    Simpanan adalah pelaburan jangka pendek melalui buku akaun dengan kadar faedah yang rendah.
    • Keadaan luar jangka seperti kereta rosak,anak sakit,melancong atau memulakan perniagaan kecil-kecilan.
    • Sangat penting untuk dibincangkan dengan pasangan mengenai bentuk simpanan terbaik.
    • Seperti juga lain-lain skim, disiplin diri adalah penting bagi menguruskan simpanan. Tidak terlalu kedekut dan tak gelojoh.
    • Tidak perlu tunggu sehingga berumahtangga baru terkial-kial nak menabung.
    Easy Asb

    Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah saham amanah yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Risikonya paling rendah.
    • Kepentingan melabur adalah untuk perancangan masa hadapan. cth membeli rumah, perniagaan,persekolahan dsb.
    • Pelaburan dalam ASB adalah sesuai kerana ia merupakan pelaburan jangka pendek dan panjang dengan dividen tahunan yang lumayan dan dijamin kerajaan.
    • Syarat-syarat utama ASB:
      •  Bumiputera
      • Akaun dewasa 18 tahun keatas
      • Akaun remaja 12 hingga 18 tahun
      • Untuk pinjaman Easy ASB-hanya untuk akaun dewasa sahaja.
    • sebelum membuat pilihan muktamad seperti biasa pastikan memilih plan yang betul, kaji prestasi kewangan anda,bayar mengikut jadual (kelewatan akan didenda).
    Easy Rhb
    Bayaran Ansuran Easy ASB
     Last but not least Easy RHB slogan a.k.a ayat-ayat marketing:
    SloganUlasan tanakwagu
    a. Tidak perlu isi borangBetul
    b. Hanya bawa MyKadBetul
    c. Kelulusan serta-mertaTak Betul

    Ulasan lain.
    Perkataan Easy (senang,mudah) yang digunakan oleh RHB Bank tak lah serupa bikin. Kelulusan seperti yang dinyatakan 'Serta-merta' boleh dipertikaikan kerana ia perlu dibawa ke peringkat atasan utk kelulusan. menurut pengalaman penulis kelulusan hanya diperolehi setelah seminggu berlalu.

    disamping itu kelemahan prasarana seperti tidak dapat aksess, server hang, kasi refresh dan sebagainya perlu lah diatasi kerana pengalaman penulis menunggu kira-kira 1 jam untuk 'transfer' pinjaman yang telah lulus ke akaun RHB.

    juga pihak RHB tidak memaklumkan kepada pemohon sekiranya permohonan pinjaman mereka ditolak/gagal dan ini menyebabkan pemohon sendiri datang ke kaunter untuk bertanya status permohonan mereka.

    contoh sebenar komputer pemproses di kaunter easy rhb
    komputer easy: input my kad, tanda tangan digital, kalkulator

    terima kasih easy rhb-aku dapat duit dan gelas sekali sebagai cenderahati :)

    artikel terdahulu Easy RHB

    *Update*
    Contoh Penyata Akaun Pinjaman Express Easy RHB

    Wednesday, August 17, 2011

    Easy RHB

    RHB Bank (Rashyid Hussein Bank) memperkenalkan Skim EASY yang berkonsepkan perbankan mudah dan cepat. ya seriously kelulusan mengambil masa 10 minit.

    Tidak perlu mengisi borang (paperless), hanya bawa MyKad. selebihnya diuruskan oleh pihak RHB Bank.

    Ketahui 10 hadiah mingguan RHB ..jom klik

    Ada beberapa Easy yang ditawarkan oleh pihak RHB Bank antaranya Easy RHB ASB Loan atau Easy ASB. Pinjaman ini anda akan mendapat sejumlah wang yang akan di depositkan kedalam ASB atas nama anda. Ia adalah dalam bentuk sijil dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tamat tempoh seperti yang anda mahukan(misalnya 10 tahun), kelebihannya adalah anda akan mendapat dividen setiap tahun dan dividen asb tersebut boleh dikeluarkan(digunakan). Loan ini adalah pinjaman ASB, sama seperti sebelum Easy diperkenalkan.
    easy rhb asb loan,easy rhb branch,easy rhb personal loan,easy asb,rhb bank,rhb personal loan,rhb asb loan,bank rakyat
    EASY RHB

    easy rhb asb loan,easy rhb branch,easy rhb personal loan,easy asb,rhb bank,rhb personal loan,rhb asb loan,bank rakyat
    EASY RHB
    Sila periksa jadual pinjaman dan ansuran yang mampu anda bayar pasa pada gambar berikut.
    easy rhb asb loan,easy rhb branch,easy rhb personal loan,easy asb,rhb bank,rhb personal loan,rhb asb loan,bank rakyat
    EASY RHB

    Easy rhb personal loan atau Easy Pinjaman Express pula adalah pinjaman peribadi untuk kegunaan peribadi, boleh saya katakan sesiapa yang  emergency Easy rhb personal loan adalah jawapan kepada anda untuk menyelesaikan masalah kewangan. Sebagai contoh kegunaan duit untuk berkahwin, membiayai persekolahan anak-anak, sakit tiba-tiba, membeli kelangkapan rumah dan seumpamanya


    Easy simpanan mesra sama seperti saving.

    Easy Kad Debit. Kad debit adalah serupa kad kredit, namun had pengeluaran kad debit terhad kepada berapa jumlah wang kita yang disimpan. Pengeluaran tidak boleh melebihi had tersebut.

    Easy Insurance Kasih adalah insurance.

    Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pejabat RHB Bank atau bertandang ke pejabat mereka atau Easy RHB Branch(atau booth) yang berdekatan.

    Kelulusan serta-merta(10 minit)?

    Bergantung kepada data-data yang anda berikan kelulusan mungkin cepat atau lambat. 10 minit adalah ayat-ayat pemasaran. Masa 10 minit adalah masa yang diambil oleh pegawai bank untuk memasukan (key in) data anda dalam komputer.

    Kelulusan dan jumlah pinjaman anda akan dinilai dari segi pekerjaan,gaji,pinjaman sedia ada misalnya-pinjaman rumah, kereta,pendidikan dsb.

    Setelah selesai key in data, mereka akan mengatakan 'nanti kami telefon' (samada permohonan approve atau tidak). Jadi ayat-ayat marketing seperti kelulusan serta-merta adalah hanya gimmik  :).

    "Marilah menabung demi keperluan anak-anak serta keperluan luar jangka"

    Ketahui 10 hadiah mingguan RHB ..jom klik

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

    Visitors

    Flag Counter