Wednesday, July 30, 2008

WALL-E


Tahu tak mengenai tajuk di atas? Ya wayang yang sedang ditayangkan di pangung-pangung. Tidak payah saya nak komen pasal movie ini kerana seperti biasa keluaran Pixar sangat-sangat berkualiti.

Sinopsisnya berkisar mengenai seorang robot pemungut recycle yang keseorangan. Manusia telah berhijrah ke angkasa dan meninggalkan bumi yang mungkin sudah musnah atau tidak lagi sesuai untuk didiami. Walau bagaimanapun manusia itu lupa untuk 'shutdown' robot yang dipanggil Wall-E (Waste Allocation Load Lifter Earth). Wall-E dengan itu meneruskan kerjanya sebagai pemungut sampah dan ditemani 'pet'nya iaitu seekor lipas.

Ketika melakukan kerja hariannya, pada suatu hari dia menjumpai tumbuhan yang baru nak bercambah lalu membawa pulang ke rumahnya.

Tujuh ratus tahun kemudian manusia itu teringin untuk mencari tempat untuk bertamadun. Maka itu mereka menghantar satu robot (EVE) untuk meninjau kalau-kalau ada tanda-tanda kehidupan di bumi.

Maka disitulah bibit-bibit percintaan mereka bermula. Tidak lama kemudian tiba masa untuk EVE diambil oleh tuannya. Wall-E cuba mengejar EVE namun kapal tersebut berlepas menyebabkan Wall-E terikut (diluar kapal) sehingga sampai di angkasa.

Dipendekkan cerita, fokus utama dalam filem ini adalah tumbuhan yang dibawa oleh EVE kepada tuannya untuk analisa.

Manusia itu akhirnya berjaya kembali ke bumi setelah beberapa kontroversi dengan robot dan segala macam elektronik yang mengawal pergerakan, makan dan minum manusia pada zaman itu.

Download di sini (sementara stok masih ada)

1 ,2

Selepas menonton kongsikan pendapat kamu disini.

Sunday, July 27, 2008

Ratu Pondan Ditangkap

Lawak ni tajuk tapi benar-benar berlaku. Entah siapa lah yang menganjurkan pesta ini.
Pertandinagn yang diadakan di Bachok Kelantan ite telah diserbu oleh JHEAIK dan menahan 16 peserta ratu pondan, 3 daripada pondan tersebut berjaya melepaskan diri dengan terjun ke sungai berdekatan.

Pondan berkenaan berusia kira-kira 20-30 an.

Jika didapati bersalah akan tindakan denda sebanyak rm3000 atau penjara.

Saya masih ingat ditahun yang sudah, sepupu saya ada membawa gambar-gambar pondan dari Thailand. Wow punya main cun, kalah-kalah simandak yang original. Kalau tidak tahu memang terlanjur bercinta dengan pondan ini.

Saturday, July 26, 2008

Beras Subsidi

Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak, telah banyak menyusahkan rakyat. Bukan sahaja minyak kereta ynag naik malah barangan keperluan yang lain.

Beras nasional yang bersubsidi tidak mencukupi di pasaran malah ada yang menyalahgunakan atau mengambil kesempatan keatas beras tersebut. Harga yang dijual pada harga tetap RM18 telah dinaikkan oleh pihak-pihak tertentu atas alasan susah untuk mendapatkannya sedangkan permintaan meningkat.


Beras yang saya beli ini dari kedai runcit benggali dan dijual dengan harga RM19. MUngkin dia mahu ambil untung sedikit. Walau bagaimanapun adalah tidak adil untuk menaikkan harga beras subdidi ini, kerana harganya sudah ditetapkan pada harga Rm18.

Saturday, July 19, 2008

blogger.com now in Malay

Seems like blogging are fast growing now in Malaysia. Therefore hundreds of blogger rise per month.

For Malaysian blogger we have a good news from blogger.com. It was announce today from their blogger buzz updates. Following is what their say,

The latest from Blogger Buzz

Updates and Fixes for July 18th

July 18, 2008permalink
Here’s a quick summary of recent fixes and changes we’ve made to Blogger:
  • Blogger is now available in Malay! Blogger has a large base of users in Malaysia and we are excited to now bring them Blogger in their native language.
  • Comment moderation can now be automatically enabled after a fixed number of days.
  • Spam interstitials now let readers click through to blogs.
  • Blog feeds optionally include your email address.
— Siobhan


Thanks to Google, now Malaysian blogger are recognize by giant internet company.
Ok happy blogging don't forget to link love to me.

Sunday, July 13, 2008

What is ramok??

Ada orang yang bertanya apa itu ramok? komennya ada dalam blog ini tapi saya tidak dapat recall.

Untuk nama domain ramok ada banyak yang dijumpai. namun jika kamu search "ramok" (harap2 masih #1) adalah #1. saya tidak tahu dan tidak mengkaji apa maksud ramok pada bangsa lain namun bagi sabahan, ramok adalah sejenis peluru sumpit (sopuk). lihat gambar berikut.

Berikut pula adalah seolah-olah 'pencil case' tempat untuk menyinpan ramok dan peralatan membuat ramok.
*tiada dalam gambar sumpit = sopuk.

Senjata ini sangat berbisa dan bisa membunuh apa sahaja makhluk! tidak percaya? saya sarankan don't try this at home :).

Antara yang terkenal dan paling berbisa adalah sumpitan kaum Murut Sabah. Senjata ini juga seringkali digunakan semasa perang antara suku dulu-dulu (misangod). Sangat berkesan kerana ia tidak mengeluarkan bunyi (silent killer).

Bagi yang masih kurang faham, bulan lima tadau kaamatan bagi sabah anda pasti dapat menyaksikan acara menyumpit(monopuk) menggunakan peralatan ini.

Itu saja serba-sedikit mengenai maksud ramok, bagaimana saya mendapatkannya(domain name )boleh baca post yang awal.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter