Wednesday, January 6, 2010

Alignment Tayar

Setelah genap menggunakan kereta Produa VIVA maka genaplah juga untuk menukar tayar depan yang sudah haus.

Tayar depan sebelah kanan hampir bocor gara-gara alignment yang tidak sempurna, manakala sebelah kiri 'bunga' masih kelihatan jelas. Apabila cuba diperbaiki nampaknya tidak boleh disetkan jika chamber tidak ditukar.

Apabila saya bertanya kenapa chamber perlu ditukar, mekanik itu menjelaskan kereta baru semuanya begitu(chamber mesti tukar). Saya akur saja permintaan mekanik tersebut asalkan untuk tujuan pemanduan yang baik dan selamat.

Tiba-tiba jadi Power Steering
Selapas menukar tayar, menimbang tayar, menukar chamber dan memperbetulkan chamber saya sangat terkejut kerana apabila saya memandu stering menjadi ringan. Ya inilah kejutan bagi saya iaitu seolah-olah ada power stering. Jika sebelum ini sukar untuk memulas stering sekarang guna tapak tangan pun mudah sekali untuk memutar streng tersebut.

Saya menceritakan keadaan ini kepada kawan dan dia juga merasakan perubahan yang sama pada kenderaannya(kereta baru).


Timbul pertanyaan saya iaitu adakah kereta itu tidak diselenggara dengan sebetulnya semasa pembinaan dari kilang. Yakni tidak memperbetulkan alignment tayar dan penggunaan chamber yang tidak bermutu.

Nota: Chamber itu istilah baru bagi saya, namun secara kasarnya ia serupa dengan bolt dan nat(nut).lihat gambar berikut.

Proses ini menggunakan mesin yang dipanggil Hunter DSP400.


2 comments:

  1. ermmm...semalam p servis kete utk yg ke2 kt perodua...ermm dia buat elemen...pas2 stereng jd senget n penimbang dia letak kt luar...korg rase kena p balik x tmpt servis 2...

    ReplyDelete
  2. @Anonymous harus balik ke pusat service tu. sepatutnta free of charge. kasi explain bagus2

    ReplyDelete

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter