Showing posts with label tayar. Show all posts
Showing posts with label tayar. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

nombor plat kereta MCA 1 hingga MCA 999 dijual

nombor plat kereta MCA 1 hingga MCA 999 dijual
Kepada peminat nombor plate kereta istimewa bolehlah membida nombor-nombor tersebut di JPJ.
Post terdahulu Nombor plate kereta special [Harga Plat Kereta]

nombor plat kereta MCA 1 hingga MCA 999 ini boleh didapati bermula sekarang. hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) terdekat

Wednesday, May 12, 2010

Kereta paling laku di Sabah

Mari kita lihat apakah kereta yang paling laku jualannya di negeri Sabah.
Jenama kereta yang menjadi kegemaran rakyat Sabah
 Model kenderaan yang paling laku di Sabah
 sekian perkongsian

Monday, February 15, 2010

Bulan Pengampunan (Yuran)letak kereta -DBKK

Salam 1 malaysia, selamat Tahun Baru Cina.

Kali ini sekali lagi saya berkongsi pasal bulan pengampunan bayaran sewa letak kereta dalam daerah Kota Kinabalu sabah, diskaun sebanyak 95%.

So kepada sesiapa yang ada bayaran tertunggak atau sengaja menghilangkan resit atau tidak ambil peduli, ini lah peluang kamu untuk membuat pembayaran kepada pihak DBKK.

Saya difahamkan oleh salah satu attendan letak kereta bahawa ada orang yang degil membayar yuran parking sehingga bil terkumpul nya melebihi rm10,000, dan sedang dalam proses ke pengadilan.

Wednesday, January 6, 2010

Alignment Tayar

Setelah genap menggunakan kereta Produa VIVA maka genaplah juga untuk menukar tayar depan yang sudah haus.

Tayar depan sebelah kanan hampir bocor gara-gara alignment yang tidak sempurna, manakala sebelah kiri 'bunga' masih kelihatan jelas. Apabila cuba diperbaiki nampaknya tidak boleh disetkan jika chamber tidak ditukar.

Apabila saya bertanya kenapa chamber perlu ditukar, mekanik itu menjelaskan kereta baru semuanya begitu(chamber mesti tukar). Saya akur saja permintaan mekanik tersebut asalkan untuk tujuan pemanduan yang baik dan selamat.

Tiba-tiba jadi Power Steering
Selapas menukar tayar, menimbang tayar, menukar chamber dan memperbetulkan chamber saya sangat terkejut kerana apabila saya memandu stering menjadi ringan. Ya inilah kejutan bagi saya iaitu seolah-olah ada power stering. Jika sebelum ini sukar untuk memulas stering sekarang guna tapak tangan pun mudah sekali untuk memutar streng tersebut.

Saya menceritakan keadaan ini kepada kawan dan dia juga merasakan perubahan yang sama pada kenderaannya(kereta baru).


Timbul pertanyaan saya iaitu adakah kereta itu tidak diselenggara dengan sebetulnya semasa pembinaan dari kilang. Yakni tidak memperbetulkan alignment tayar dan penggunaan chamber yang tidak bermutu.

Nota: Chamber itu istilah baru bagi saya, namun secara kasarnya ia serupa dengan bolt dan nat(nut).lihat gambar berikut.

Proses ini menggunakan mesin yang dipanggil Hunter DSP400.


Wednesday, January 14, 2009

Tayar Masa depan

Ketika dunia mengalami kegawatan ekonomi yang teruk, para perusahaan berusaha untuk mengurangkan kos dengan produk yang effektif dan efisen.

Lihat saja apa yang sedang dilakukan oleh pengeluar tayar terkemuka ini Michelin. Tayar yang tidak menggunakan angin dan kurang getah.
michelin tyre
Bagaimana ia berfungsi seperti tayar yang ada sekarang.
michelin tyreJadi bagaimana ia dibuat?
michelin tyreJelas bahawa ia menggunakan kurang getah. Tiub yang dahulunya tempat untuk menyimpan angin digantikan dengan spoke. Setahu saya hanya basikal dan motosikal yang menggunakan spoke.

Berapa harganya dan bila dipasarkan? Belum diketahui lagi tetapi yang pasti ia datang tak akan lama.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter