Thursday, March 22, 2012

Kalkulator Ansuran Bulanan


Kalkulator bayaran ansuran bulanan

Kalkulator ini boleh mengira anggaran Ansuran Bulanan untuk apa-apa saja pinjaman atau pembelian.

Kalkulator Ansuran Bulanan
Jumlah Loan/Harga RM :
Jumlah Bulan (tempoh pembayaran balik) :
Kadar Faedah yang dikenakan(Bank) % :
 
Jumlah Bayaran Ansuran Bulanan Anda ialah RM
kalkulator ansuran bulanan,kalkulator online,kalkulator download,kreditni kalkulator,kalkulator pcb,
kalkulator kehamilan,kalkulator walutowy,kalkulator kesuburan,kalkulator valuta,kadar faedah bank
Gambarajah Kalkulator
Contoh Pengiraan Ansuran Bulanan
Motorsikal Modenas Ace 115
Harga RM4600

Tempoh Bayaran Balik 24 bulan (2 tahun)

Kadar Faedah 3.5%

Jumlah Perlu Dibayar Sebulan RM 198.73252182441647


*Gunakan Seadanya*
skrip programmed by: Tanakwagu website:http://cakap2u.info versi 1.0 2012

Monday, March 19, 2012

Lirik Bawaku Pergi – Zizan & Kaka

Lirik dan lagu Bawaku Pergi – Zizan & Kaka
lagu duet Zizan dan Kaka Bawaku Pergi,Lirik Bawaku Pergi
Gambar Zizan dan Kaka-credit-kosmo.com.my
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh
Pawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Tari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Bila kita pergi
Apa kan berlaku
Siapa kan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Ayuh nyanyi bersama Zizan dan Kaka tajuk lagu Bawaku Pergi

Thursday, March 15, 2012

Ranking kedudukan Rasuah dunia 2011

Ranking kedudukan Rasuah dunia 2011
Kedudukan paling atas adalah kurang rasuah, semakin kebawah semakin tinggi rasuah berlaku.

Kedudukan Rasuah negara-negara ASEAN.
Indeks Rasuah Asean,Kedudukan rasuah,Bribery,salah guna kuasa
Kedudukan Rasuah negara ASEAN

Akibat rasuah-Rasuah adalah seperti anai-anai
1. Tidak akan berlaku keadilan di dalam keputusan perbicaraan dimahkamah. Mereka yang tidak bersalah akan dizalimi dan penjenayah akan terlepas daripada hukuman yang patut diterima.

2. Barang-barang penyeludupan dapat masuk dengan mudah dan negara akan kerugian untuk mendapatkan cukai barangan import.

3. Para penjenayah akan terlepas dengan mudah tanpa didakwa dimahkamah.

4. Keselamatan negara akan terancam apabila ada pihak tertentu menjual maklumat negara kepada pihak luar dan menjadi 'musuh dalam selimut'

5. Kualiti sesuatu projek pembangunan akan berkurangan dan mugkin boleh membahayakan keselamatan pengguna apabila ianya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

6. Rakyat akan memiliki pemimpin yang rendah akhlaknya dan tidak beramanah kerana terpaksa memilih mereka disebabkan terpengaruh dengan habuan yang diberikan(pemimpin tidak semestinya dlm politik sahaja-peringkat kampung,daerah,.. juga ada berlaku rasuah).

Kedudukan Rasuah negara-negara dunia.
kedudukan rasuah dunia,negara rasuah,pemimpin politik yang rasuah,bribery,penjawat awam rasuah
Kedudukan Rasuah Dunia


Fakta-fakta rasuah;

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah.
Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward.

-wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

-apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

-apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

-apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

-apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

-apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;


Punca utama rasuah berlaku

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah(BPR), perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

01.Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

02.Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.

Allah swt telah berfirman:
"dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

03.Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah hinggakan konsep seperti kata orang Perak, "biar pape asal bergaye" menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.

04.Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni:

Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, "nilai" ialah "beliefs about right and wrong". Manakala "etika" pula ditakrifkan sebagai "thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong" (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

05.Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan.

07.Berdasarkan pengalaman BPR juga. Kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

08.Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja.

09.Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan - perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.

Perbuatan yang menjadi kesalahan rasuah

i.Meminta/ Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

ii.Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

iii.Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

iv.Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

Nota: Gejala rasuah ini tidak merujuk hanya kepada cabang politik atau perniagaan sahaja. Memberi gula-gula kepada kanak-kanak agar menutup mulut juga adalah disifatkan sebagai rasuah.



bibliografi:
http://tatiuc.edu.my -gejala rasuah

Monday, March 12, 2012

Lee Chong Wei tarik diri

Datuk Lee Chong Wei tarik diri Kejohanan All England

Lee Chong Wei tarik diri apabila memasuki pusingan ke dua menentang Lin Dan. Lin Dan Menang pada set pertama 21-19.

Lee Chong Wei tidak dapat meneruskan perlawanan ke pusingan seterusnya apabila ia mengalami kecederaan di bahu kiri.
All England,Olimpik,BAM,Lee Chong Wei,Lin Dan,Taufik Hidayat,Misbun Sidek


Kalau begini konform la pemain dari China Lin Dan akan menang All England pada tahun ini.

Tak apa Datuk,rehat dulu untuk kejohanan Olimpik

Imbas kembali
All England 2011 men's single final
Lee Chon Wei (MAS) vs Lin Dan (CHN)

Friday, March 9, 2012

Mili Pengecas serba boleh

Mili Battery Packs Pengecas serba boleh.
Produk yang bernama Mili adalah suatu aksesori tambahan kepada mereka yang suka akan mobility. Mili adalah backup batery kepada peranti yang boleh disokongnya.

Peranti yang boleh disokong ialah seperti iPhone,iPad,Smart Phone,Samsung Galaxy,kamera digital,mp3 player mini,laptop dan banyak lagi (asalkan sambungan sesuai).
Mili product,pengecas telefon,recharger battery,bateri tambahan,ipad,iphone,smart phone
Mili rupabentuk dan saiz sebenar
Gambar berikut pula adalah peranti "converter"
Pelbagai sambungan converter




Untuk menggunakannya ia perlulah di cas terlebih dahulu (ada 4 lampu indikator berwarna biru), jika ke4-4 lampu menyala ia dalam keadaan full charge (2000mAh) dan boleh digunakan mungkin dalam berminggu-minggu. Cara mengecas: sambungkan pada usb komputer anda.

Seperti dalam gambar ia ada 2 sambungan fungsi USB iaitu USB dan mini USB . Sambungan USB kecil untuk mengecas(in) Mili ini dan USB besar untuk sambungan ke lain-lain peranti(out) seperti dinyatakan di atas.

Amat sesuai kepada mereka yang suka berpindah -randah :)
Rating ku 8/10.

Geliga Landak

Geliga Landak atau Buliga Lisis.
Sesiapa yang belum pernah melihat gambar geliga landak ini berikut adalah gambarnya.

Gambar Geliga landak, buliga lisis,landak
Landak / Lisis

Gambar Geliga landak, buliga lisis,landak
Geliga Landak / Buliga Lisis
Biasanya geliga landak ini ada dua jenis warna penjelmaan iaitu hitam atau coklat putih (seperti dalam gambar), geliga landak yang berwarna hitam biasanya lebih mahal berbanding yang coklat.

Semua kaum mempunyai pengunaan nya tersendiri mengikut pemahaman dan kepercayaan masing-masing. Penjualannya pula diukur mengikut per gram.

Wednesday, March 7, 2012

The Voice musim ke-2

The Voice musim ke-2
Blind audition.

Telah habis audition,tapisan awal dan sekarang grup sudah dibentuk. Beberapa peserta telah pun terkeluar dalam pertandingan penyingkiran dalam kumpulan masing2.

Gambar The Voice dibawah menunjukkan kumpulan masing2 dan gambar yang kurang jelas atau dikaburkan menunjukkan mereka telah terkeluar dalam pusingan pertama dalam kumpulan.

The Voice musim ke-2,vokal bukan sekadar rupa

The Voice musim ke-2,vokal bukan sekadar rupa

Tuesday, March 6, 2012

Kenapa ramai pelacur China

Seringkali menjadi tajuk2 utama akhbar bercetak atau eletronik, dan menjadi berita hot bulletin utama kisah pelacuran yang berleluasa bak cendawan tumbuh selepas hujan terutama dari negara asing seperti China. Apa pun yang terjadi pasti ada dalang yang mengaturkannya atau yang mendapat keuntungan daripada kegiatan ini.

Di Malaysia saya belum pernah lagi mendengar secara terbuka mengenai bidang photography yang menggunakan model bogel, Indonesia ya memang ada.

Tak tahu jika ada yang dilakukan secara personal atau koleksi peribadi yang tersimpan dalam laptop atau handphone. Suatu hari nanti mungkin akan bocor/leaked dan disebarkan pula di alam maya ini.

Mana tahu handphone anda hilang atau komputer dihantar ke kedai untuk dibaiki. Ini adalah alasan yang sering digunakan bila kantoi.

Amaran:21 tahun keatas sahaja.

Recently, a post circulating on Chinese major bbs forums detailed the operation of the nude photography circle in China.

Yan Fengjiao was a nude model too, before she was invited to be a guest woman on the popular dating show, If You’re the One. Later when she gained fame on the dating show, tons of her nude photos were exposed online bringing her down. In the beginning, Yan appeared innocent and claimed that she was coerced into taking these photos by an evil businessman from Taiwan. But after further digging, netizens found that those photos were actually her works as a nude model.

“Yan Fengjiao was possibly asked to a hotel room for the nude photoshoot in private or by a group of photography enthusiasts,” said the post. “Maybe there was the sex trade too.”

Simple nude art is to present the beauty and grace of a creature, but in Chinese photography circle, it has been turned into pornography, shamefully.

“In fact, the story like Yan Fengjiao’s is staged every day,” the post continued. In this industry, the photography enthusiasts often organized such “simple nudes photography”. And organizers have sufficient source of nude models, each of whom has her own hidden motives, such as making money to support life, or wanting to be famous.

“The nude art photography industry in China now is in a huge mess. Except for the art teachers and students making nude photography in their art classroom, those that anyone can organize and anyone can work as nude models are purely pornographic activities for me,” the post quoted words of a sociologist.

Jia Jia, a nude model, told when interviewed that any kinds of people can be found in their nude model circle, as its access threshold is low. There are undergraduates, graduates, former prostitutes, and even the women in 30s who just wanted to reduce their stress through this way.

Generally, an organizer organizes the activity in the studio, hotel room or somewhere for photography enthusiasts to participate. And the admission fee is normally 300 to 500 yuan each person if the nude models are not famous. The activity lasts 2 hours, and the group of photographers would be like hungry wolves to gather around the nude models who spread their genital organs wide open to them.

Besides, if a photographer find interests in any model, he can contact the organizer in private, and the cost is around 1000 to 1500 yuan for such a “private photoshoot”.

There are freelance nude models who do not work for agencies (organizers) too. They promote themselves via various connections.

These models are cheap. Most of them earn 3 to 4 thousand yuan a month, while some others make up to ten thousand yuan.


Nota:
100 Yuan = RM48
1000 Yuan = RM480


Friday, March 2, 2012

Motorsikal Model Modenas Ace 115

Motorsikal Model Modenas Ace 115
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) memperkenalkan model terbarunya untuk tahun 2012.
Ringkasan Spesifikasi:
  • 120cc
  • RM4600
  • Berteknologi Kawasaki
  • Penyerap hentak
  • Brek cakera 2 piston
  • Tangki minyak 5.3 liter
  • Sport rim
  • 4 kelajuan
  • Rotary
  • Lampu hadapan terang dan lebar
  • Model gabungan moped dan skuter
Photo Modenas Ace 115
    Modenas Ace 115,Motorsikal Buatan Malaysia
    Modenas Ace 115

    Modenas Ace 115,Motorsikal Buatan Malaysia
    Modenas Ace 115

    Golongan sasaran MadenasModenas Ace 115 adalah wanita,golongan berpendapatan rendah,muda mudi dan mereka yang sentiasa bergerak pantas serta kepada mereka-mereka yang bencikan traffik jam di waktu puncak

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

    Visitors

    Flag Counter