Friday, April 27, 2012

Haramkan penangkapan Ikan Yu di Malaysia

Haramkan penangkapan Ikan Yu di Malaysia bukan setakat di sabah
Sirip ikan yu yang dikatakan banyak khasiat perubatan sering menjadi menu hidangan di restoran,hotel serta restoran berkonsepkan sea food. Baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi perkahwinan yang diadakan di Dewan Putra, Tun Fuad Park dan mendapati salah satu menuny adalah sirip ikan yu. Tahniah kepada Datuk Masidi Manjun kerana terus memperjuangkan hak ikan yu untuk terus hidup di perairan sabah terutama pusat penyelaman terkenal Sipadan Island. Diharapkan pengharaman pemburuan ikan yu ini diperluaskan di seluruh malaysia dan dibawa dalam perbincangan di Parlimen. Serius bah!

Thursday, April 26, 2012

Skandal Ahli Politik

Bah...sudah mengunjungi minggu Saham Amanah Malaysia di Kompleks sukan likas sabah?

Nampaknya permainan politik semakin panas di kedua-dua pihak. Tumpuan utama ialah pada parti politik UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Samada kedua-dua pihak sudah ketandusan  modal untuk menjatuhkan lawan atau memang menggunakan strategi Skandal sebagai senjata berbisa untuk menjatuhkan seseorang.

Di Semenanjung Malaysia perkara ini sudah banyak terjadi antaranya tangkap khalawat dengan isteri orang, perempuan simpanan dsb.

Di sabah pula timbul skandal seks Datuk S yang ditimbulkan oleh portal Sabahkini.net.

Dikhabarkan bahawa datuk s ini menyimpan orang PTI Filipina sehingga diberi kekayaan seperti jaminan pasport, rumah banglo,kemudahan shopping dan banyak lahi keistimewan yang diberikan.

Wanita warga pilipin ini dikatakan telah ditangkap,namun diberi jaminan oleh datuk  ini dan serterusnya dijadikan perempuan pemuas nafsunya.




Monday, April 16, 2012

CANON Menghina Yuna-Tak Kenang Budi

Di Setiap gambar ada lagunya begitulah promosi syarikat CANON Malaysia yang menggunakan Yuna sebagai dutanya.

Walau bagaimanapun jika lihat Billboard berikut semacam ada yang tidak kena.
Apa tidaknya gambar Yuna potong kepala. Iklan ini didapati di Jalan Tuaran Inanam-Jalan Lintas Kota Kinabalu Sabah.

Gambar separuh badan  adalah perkara biasa tetapi gambar tidak berkepala adalah sesuatu yang menghina dan tidak menghormati mannusia yang masih lagi hidup. Bagaimana jika CEO CANON Marketing atau General Managernya diperlakukan seperti dalam iklan itu?

Rasanya belum ada iklan yang seteruk ini pernah saya lihat, apa lagi iklan itu mempromosikan produk daripada syarikat gergasi seperti CANON.


Ini lah contoh syarikat yang mengaku 'gergasi' tetapi tidak menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata serta memanipulasi model iklan (dlm kes ini Yuna sebagai artis rakaman)

CANON Malaysia Menghina Yuna-Tak Kenang Budi
iklan Yuna dihina,setiap gambar ada lagunya,canon marketing malaysia,sabotaj Yuna
Berapalah sangat kos untuk melukis gambar Yuna selengkapnya, berbanding pendapatan Canon yang mencecah jutaan ringgit sebulan?

Apakah alasan CANON Malaysia dalam hal ini? Mungkinkah billboard itu tak cukup besar? Kenapa ia diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)?

Ini lah contoh syarikat besar yang tidak bertanggungjawab, hanya pikir untung saja.

Apakah pandangan anda terhadap iklan ini? Adakah orang itu sudah mati? Adakah iklan ini milik extremis yang suka memengal kepala dan menayangkannya kepada umum?

Ada sesiapa peminat Yuna disini? Atau adakah Yuna tahu akan hal gambarnya diperbodohkan sebegini?

Pikir-pikirkan...sendiri

p/s: Tolong sharekan atau tweet agar syarikat ini buka mata dan Yuna sedar akan perkara ini.

Honda Jazz Hybrid Anda pembenci Yuna? Jangan begitu, tolong orang sendiri lah

Sunday, April 15, 2012

Pemain bolasepak yang mati ketika bermain

Pemain bolasepak yang mati ketika bermain

2007 Location: Saudia Arabia

2008

2009

2010 Yang ni mati atau dibuat-buat


2012 Piermario Morosini pemain Italy

The Three Stoges 2012-lawak tapi mempersenda Kristian

Rasanya banyak yang tahu pasal movie the three stooges ini. Ia adalah sequel kepada movie terdahulu yang mana lawak dan kebodohan adalah 'tema' dalam movie ini. Ia amat menyeronokkan untuk ditonton namun pada kali ini ia dikritik oleh badan gereja kerana salah satu pelakonnya iaitu Kate Upton membawa watak Sister Bernice berlakon dalam keadaan separuh bogel dan memakai salib. Lihat Trailler berikutnya.
the three stooges,nun-kini,kate upton
Kate Upton in the 'nun-kini' in The Three Stooges
Official Trailler The Three Stooges 2012

Taktik Seludup iPhone ke China tumpas

Taktik Seledup iPhone ke China tumpas Begitulah cara mereka menyeledup iPhone ke China namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Cara-cara menyeledup telefon bimbit jenama terkanal iPhone masuk ke Negara China.
-melilitkan pada badan
-sisipkan dalam stokon
-simpan dalam beg pakaian

seludup iphone,iphone tiruan
Kedapatan komponan iPhone yang diseludup

Jadual PIKOM PC Fair 2012

Jadual PIKOM PC Fair 2012 untuk bulan April 2012

6-8 April 
-Kuching Borneo Convention Centre Kuching(BCCK) 

13-15 April 
-Kuala Lumpur Convention Centre -Johor Baharu Persada Johor International Convention Center 
-Sungai Petani Village Mall 

19-21 April 
-KOta Baharu KB Mall 

20-22 April 
-Melaka International Trade Centre (MITC) 

26-28 April 
-Kuala Trengganu Ri-Yaz Heritage Exhibition Centre 

27-29 April 
-Sibu Trade & Exhibition Center 


04-06 May 
-Ipoh Stadium Indera Mulia

Selamat menjamu selera berkunjung ke Pameran komputer atau PC fair dari PIKOM untuk tahun 2012.

Tawar-menawar adalah perkara biasa apa lagi apabila 'last day'.
Jadual PIKOM,PC Fair,Pameran Komputer,Jual Murah Komputer dan Printer
Jadual PIKOM PC Fair 2012
My Favourite hardware USB Pen Drive 16G, Skrin LCD 24 inci

Thursday, April 12, 2012

Amaran Tsunami setinggi 80cm ditarik balik

Lega rasanya apabila amaran tsunami sudah ditarik balik bukan saja di Indonesia malah Malaysia dan berpuluh negara lain.

Saya baru mendengar pengumuman dari radio tadi, Amaran Tsunami telah ditarik balik oleh Malaysia. Ombak Tsunami yang berlaku hanya setinggi 80 centimeter.

BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi. Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal. Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama. Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia. Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. - AP
Keratan berita di atas pada 11.04.12, pada 12.04.12 amaran Tsunami kesemuanya telah ditarik balik.

Berikutan Gegaran ini, ia boleh dirasai di bangunan bermula tingkat 4, jalan raya juga dirumah di sebelah pantai barat Semananjung Malaysia. Gegaran yang dirasai berlaku kira-kira lima (5) minit.

Disebelah Borneo tiada laporan gegaran yang diterima.

Imbas kembali Tsunami Banda Aceh

Tsunami yang paling dayshat berlaku pada tahun 2004 (9.1–9.3 scala ritcher)yang mana meranapkan Banda Aceh serta beberapa buah negara pesisir yang lain seperti Thailand,Sri Lanka dan sejauh Alaska di Amerika Utara.

The 2004 Indian Ocean earthquake was an undersea megathrust earthquake that occurred at 00:58:53 UTC on Sunday, 26 December 2004, with an epicentre off the west coast of Sumatra, Indonesia. The quake itself is known by the scientific community as the Sumatra–Andaman earthquake.The resulting tsunami is given various names, including the 2004 Indian Ocean tsunami, South Asian tsunami, Indonesian tsunami, and Boxing Day tsunami.

Tsunami,Amaran Tsunami,Tsunami Alert,Tsunami Warning,Tsunami Aceh
Gambar Hiasan
Tsunami,Amaran Tsunami,Tsunami Alert,Tsunami Warning,Tsunami Aceh
Sebenar: Sebelum dan selepas Taunami Aceh 2004


Artikel terkait:

http://www.cakap2u.info/2008/06/tsunami-harga-minyak.html
http://www.cakap2u.info/2011/03/tsunami-jepun-89.html

Sentiasa waspada.

Budak 10 tahun melahirkan anak

Perkara dashyat yang tidak sepatutnya berlaku tetapi telahpun terjadi. Rekod termuda menjadi ibu adalah 5 tahun yang bernama Lina Medina(1939) dari Peru. Sehingga kini tidak pernah diketahui siapakah bapa akan anak itu.

Gambar Hiasan



Video Budak 10 tahun melahirkan anak

Wednesday, April 11, 2012

Aaron Aziz menang tapi dipertikai

Saya teringat satu pepatah yang berbunyi "Monyet di Hutan Disusukan, Anak di Rumah Mati Kelaparan". Rasanya pepatah ini mudah untuk difahami oleh orang dewasa.

Banyak perkara atau siatuasi yang boleh diaplikasikan melalui pepatah ini.

Berikutan kemenangan pelakon Aaron Aziz yang diangakat sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 banyak kritikan yang dilontarkan terutama sekali komen yang dilontarkan oleh Zed Zaidi Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Komennya yang mempertikaikan soal kewarganegaraan Aaron Aziz yang berasal dari Singapura.

Kenyataan Zed Zaidi yang berbunyi "Saya lebih bangga jika anugerah itu dimenangi oleh warga Malaysia"

Saya rasa ini bukan isu pertama, tidak lama dulu heboh satu Malaysia apabila pelakon Bollywood Shah Rukh Khan diberikan anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' kerana mengadakan penggambaran di Kuala Lumpur terutama sekitar Menara Petronas.

Tidak pula diberikan gelaran datuk kepada pelakon Inggeris Sean Connery dalam lakonan nya Entrapment yang menggunakan Menara Petronas dalam satu adegan lakonannya.

Nampaknya sudah banyak warga Singapura yang telah berjaya mengukukuhkan bisnes di Malaysia malah lebih maju daripada orang Malaysia sendiri. Ini termasuklah pelakon,penyanyi,komposer dsb.

Dalam pada itu pelbagai pihak mengulas komen Zed Zaidi tersebut yang mana mereka mengatakan bahawa pandangan Zed Zaidi adalah tidak berpandangan jauh dan isu kerakyatan tidak seharusnya timbul memandangkan peranan Aaron Aziz dalam memajukan/menyumbang kepada industri perfileman Malaysia.

Aaron Aziz sendiri menyangkal kenyataan Zed Zaidi itu dan menganggap perkara itu tidak menjejaskan kariernya.

Dato Siti Nurhaliza juga berpendapat bahawa isu kerakyatan tidak seharusnya timbul.
Zed Zaidi,Persatuan Seniman Malaysia
Zed Zaidi

Aaron Aziz
Aaron Aziz

Tuesday, April 10, 2012

Artis Berubah Rakyat Merobah BN Rebah

Penyanyi, Aishah berkongsi pengalamannya di Program 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak - 4 April 2012
aishah

Monday, April 9, 2012

Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2011

Tahniah kepada Aaron Aziz atau nama sebenar Aaron Mustapha Aziz kerana memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun 2011 (ABPBH 2011), yang berlangsung di Arena of Genting.




Website ABPBH
Website AAron Aziz
Facebook AAron Aziz

Tuesday, April 3, 2012

Kapal Persiaran Mewah MZ Azamara Quest 'Mendarat' cemas di Sandakan Sabah

Kapal Persiaran Mewah MZ Azamara Quest 'Mendarat' cemas di Sandakan Sabah
MZ Azamara Quest terbakar,kapal persiaran mewah Azamara Quest
Kapal Persiaran Mewah MZ Azamara Quest sedang ditunda
Kebakaran kapal persiaran mewah MZ Azamara Quest yang membawa ratusan penumpang warga Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia hari ini berlayar dengan perlahan ke perairan Malaysia selepas enjinnya berjaya dibaiki, lapor pengawal pantai Filipina.

Liputan berita berbeza
Berita harian: Kapal Azamara Quest yang berpangkalan di AS, mengalami kebakaran di dalam bilik enjin, Jumaat lalu. Kapal berkenaan yang diiringi kapal tentera Filipina dan dijangka tiba di pelabuhan Sandakan di Sabah, lewat malam ini. Dalam kejadian itu, lima anak kapal dilaporkan cedera dan menyebabkan pelayaran terkandas di 1,809 meter Laut Sulu iaitu kira-kira 320 kilometer di persisiran Balikpapan, Indonesia.
mStar Online: Kapal itu, yang diiringi kapal serta bot Agensi Penguatkuasaa Maritim Malaysia dan Polis Marin, tiba di pelabuhan Sandakan di Karamunting dekat sini pada 8.50 malam.
Kapal persiaran mewah ini mempunyai 4 enjin dan salah satu enjinnya terbakar,memaksanya 'mendarat' cemas di Sandakan,Sabah. Kesemua penumpang selamat dan diterbangkan ke Singapura dengan pesawat khas. Singapura adalah destinasi terakhir pakej pelancongan ini.

Monday, April 2, 2012

Duit Kertas Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di daerah Kundasang, Ranau Sabah menjadi hiasan pada wang kertas malaysia.
duit kertas malaysia,gunung kinabalu,gambar wang kertas malaysia gunung kinabalu

oh ho memang sah sama

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter