Sunday, May 22, 2011

keputusan terkini mentor 5 Konsert Semi Final 2

sedang berlangsung...sila bookmark untuk update

refresh utk status terkini :)

persembahan:

1. Salma -12/30 ; 19/20
2. Ratnah-7/30; 20/20
3. Shiha-7/30; 20/20
4. Iqa-4/30; 20/20

layak ke peringkat akhir

1. Salma -113
2. Ratnah- 88

3. Shiha- 119
4. Iqa- 126

kezutan salma masuk setelah penyertaan ditambah, ratnah terkeluar.

keputusan terkini mentor 5 Konsert Semi Final 1

Saturday, May 21, 2011

langkah2 menjana duit dari Grapevine

salam kembali,

kali ini saya cuba untuk berkongsi mengenai 'service' nuffnang yang baru iaitu Grapevine. cara untuk menjana duit dari grapevine ini sama saja dengan churpchurp iaitu anda akan dibayar setiap kali link anda diklik (tidak dikira klik anda sendiri).

namun yg menjadi persoalannya, banyak blogger yang merupakan ahli kepada churpchurp masih tidak tahu macamana untuk mendapat link dan seterusnya mempromosikan link tersebut.

antara persoalan mereka ialah (persoalan saya juga sebelum ini)

  • macamana nak guna grapevine tu
  • mcmana nak dapat kod/link
  • tak keluarpun d blog aku
  • tak paham langsung grapevine
  • tak paham email grapevine dari churpchurp
  • dan mcm2 lagi

sebelum ini pun saya tidak faham apa itu grapevine dan bertanyakan pada pihak churpchurp


namun jawapannya agak mengecewakan

oh ya pelawat yang tiada akaun churpchurp atau nuffnang pun boleh mempromosikan kempen grapevine ini.

langkah 1
iklan grapevine muncul pada skyscraper ads pada blog anda
Anda akan mendapat atau melihat iklan seperti di atas (step 1 dan step 2). iklan ini jarang2 muncul. samada iklan tersebut muncul pada blog anda atau blog orang lain, dengan cepat tekan mana2 butang- twitter,fb,messenger atau email. anda akan mendapat window message berserta link unik anda.
nota: step 2 tidak kelihatan. ia sebenarnya untuk anda memasukan email anda.

Update mula
Ini adalah menjawab pertanyaan blogger yanng menggunakan nama Bella boleh reply komennya disini klu ada sesiapa yg nak tolong.

Gambar iklan A
iklan nuffnang yang biasa/normal

Gambar iklan B
iklan nuffnang berserta Grapevine
gambar iklan A adalah iklan dari nuffnang yang biasa kita temui pada blog kita, di mana kita akan copy paste kod html dari hompage nuffnang dan letak di blog kita.

gambar iklab B pula muncul secara automatik,tiada kod untuk di copy paste. bagaimana ia muncul saya tidak tahu sebab ini ditentukan oleh nuffnang sepenuhnya. ia akan muncul secara rawak di mana-mana blog yang memasang iklan nuffnang. sebab itu saya nyatakan 'jarang2 muncul' atau sama sekali tidak muncul.

sebab yang saya boleh fikirkan ialah, oleh kerana program ini adalah beta test, maka pihak nuffnang menghadkan iklan itu dari  muncul secara banyak.

setakat ini ada dua iklan grapavine yang saya nampak iaitu berkaitan Iphone 4 dan Dentyine namun anda boleh cuba periksa di site grapevine kalau2 ada iklan yang muncul sini
Update akhir

langkah 2
email pengesahan dari churpchurp
selepas itu anda akan menerima 1 email seperti di atas. cara2 untuk menuntut bayaran anda.

langkah 3
dashboard anda yg masih kosong
klik link pada email tersebut seperti langkah 2, link paling bawah dan anda mendapati grapevine history anda masih kosong kerana anda belum berdaftar dengan churpchurp(link belum disahkan). sekiranya anda sudah berdaftar dan sedang login churpchurp maka sistem akan kesan akaun anda dan apa yang perlu dibuat hanyalah login pada kotak yg disediakan seperti langkah 4.

langkah 4
pilihan untuk login atau pendaftaran baru supaya anda boleh tuntut bayaran

masukkan butiran pendaftaran anda yang sedia ada. sekiranya belum berdaftar maka,borang lain akan keluar untuk anda mendaftar.

langkah 5
grapevine successfull
pendaftaran link/kempen berjaya

langkah 6
dashboard anda sekarang mempunyai link yg sah utk dipromosi

selepas itu anda mendapati grapevine history anda sudah aktif dan sedia untuk mempromosi. perbezaan langkah 3 dan langkah 7 ialah,langkah 3 belum ada link seperti ini

langkah 7
promosi...promosi...

langkah 8
cukup rm100 cashout la ye..pastikan nama dan alamat betul seperti dalam kad pengenalan.
grapevine sebelum-0 task


grapevine selepas-1 task
*saya baru saja cashout churpchurp dan nuffnang

kempen grapevine yg masih berjalan ialah Iphone4 Digi

selamat mencuba dan jangan lupa share langkah-langkah ini. sebarang pertanyaan dipersilakan..

Update mula

Keliru dan takut

Ya, begitulah perasaan saya apabila melihat akaun grapevine yang mempunyai klik tetapi tiada bayaran. saya berfikiran bahawa, mungkinkah saya telah di sekat kerana promosi yang menyalahi peraturan churpchurp. namun belum sempat saya bertanyakan pada pihak churpchurp mereka sudah menghantar email mengenai masalah tersebut, rasanya semua ahli churpchurp mendapat email penjelasan seperti ini.

email penjelasn dari churpchurp berkenaan earnings yang tidak dikreditkan.

Dear members,

Thank you for your participation in our recent Grapevine campaigns.
We have been notified by some users that their Grapevine earnings (RM 0.20 per click) did not tally with what was being displayed on the
dashboard, and after further investigation found that a bug has caused a small group of users to be credited the wrong amount.

We have taken steps to rectify this and your earnings should now show
the correct figure according to the number of unique clicks recorded. In the event that you have made a cashout request, your payout will be
modified accordingly as well.

Thank you for bearing with us and we apologize for any inconvenience caused.

menurut mereka, mereka tersalah meletak bayaran kepada beberapa user, jadi utk memperbetulkan amaun tersebut terpaksalah freez/bekukan kesemua pendapatan dari grapevine meliputi semua ahli.

Update akhir

Update mula

Iklan Grapevine muncul di blog traffik rendah. Lihat/klik screen shot

Iklan Grapevine
Iklan Grapevinne dari nuffnang

Update Akhir
update lagi...
baru saya perasan..rupanya pihak churpchurp menyediakan iklan grapevine khas untuk testing.
iklan grapevine testing purposed
iklan grapevine testing purposed
langkah2nya sama seperti dibincangkan sebelum ini cuma anda tidak dibayar walaupun ada klik pada link anda. tujuannya ialah untuk anda (terutama orang baru) merasai bagaimana iklan grapevine berjalan.



p/s: perkongsian ini sepatutnya diposkan lebih awal sejak pelancaran grapevine tetapi tertangguh oleh sebab2 yg x dapat dielakkan.
p/p/s: Tagline nuffnang

Nuffnang from 2007-2011
How bloggers earn money through their blog readers.

Nuffnang from 2011-Future
With the revolutionary Grapevine, blog readers can Earn too!

Friday, May 20, 2011

anak kucing mata satu

Anak kucing bermata satu yang lahir di Tawau sabah.
Penduduk kg.batu batu 4, jalan apas tawau sabah gempar apabila seekor kucing dilahirkan bermata satu.

menurut pemiliknya ibu kucing itu melahirkan 4 ekor anak kucing pada rabu (18.05.2011) dan seekor daripada anak kucing itu bermata satu.

mata itu betul-betul di tengah-tengah dan tidak mempunyai hidung.

gambar kucing mata satu 1
anak kuching bermata satu,kucing pelik
Anak Kuching bermata satu lahir di kg.batu Tawau,Sabah

gambar-New Sabah Times


gambar kucing mata satu 2
anak kuching bermata satu,kucing pelik


Anak kucing bermata satu: SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati pagi semalam ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan. -Berita Harian Online

gambar kucing mata satu 3
anak kuching bermata satu,kucing pelik
SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.

Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.

Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.

“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.


lihat juga manusia kerdil di dunia
p/s: banyak benda pelik berlaku dewasa kini
p/p/s: teringat cerita dalam tv alien atau manusia bermata satu

*per deal* Tak Nak!

nota: entry ini sesuai kepada mereka yang berstatus "make money online" terutama penggiat nuffnang & churpchurp. klu x paham minta maaf kerana susunatur serta penerangannya serabut.

bercakap lagi pasal churp2 ni. oh ya bagi yg blm tahu churp2 adalah sister kepada parent company nuffnang sdn bhd. belom daftar? daftar sini untuk mengetahui lebih lanjut

setiap hari churpchurp akan memberikan assignment kepada para ahlinya dan assignment ini tertera pada dashboard masing2.

iklan churp2 boleh dikategorikan kepada 4 setakat ini iaitu social sharing,scheduled tweets,social seeding dan yg terbaru grapevine,kalau nak tahu lebih sila daftar sini ya.

berbalik kpd tajuk asal iaitu assignment berbentuk per deal dlm kategori social sharing. saya melihat bahawa tidak ramai yang menyahut cabaran untuk mengambil task/assignment ini walhal bayarannya lebih mahal daripada per unique click.

bayaran untuk per deal bermula sekitar rm2.00 mankala,per unique click adalah maksimum rm0.40.

sebab yg saya dapat fikirkan adalah:
  • per deal memerlukan anda untuk memujuk pelanggan sehingga pelangan tersebut mencuba dan seterusnya membeli produk atau perkhidmatan seperti ditawarkan/diiklankan. sekiranya anda berjaya mendapat sale, baru lah anda akan dibayar oleh churpchurp
  • manakala per unique click pula tidak memerlukan sale, setiap klik pada link anda akan dibayar (tidak termasuk klik sendiri)
  • ahli terpancing dengan jumlah reward pada per unique click misalnya rm5000 left to be reward dsb. klu boleh nak cedok semuanya he..he..

churpchurp social sharing task
churpchurp social sharing: per unique click dan per deal
keterangan gambar: 2 atas assignment per unique click, 2 bawah assignment per deal



so mana satu yg anda mahu? rm6.00 per deal atau rm0.40 per click. itu terpulang kepada strategy anda mempromosikan assignment yang diberi. itu pun jikalau anda nak grab task tersebut.

jika trafik blog anda banyak maka per click adalah sesuai dan jika anda ada pakar dalam memujuk(dlm bentuk ayat)maka per deal adalah pilihannya.

pendatang tanpa izin menjual rokok
pendatang tanpa izin sedang deal dengan pelanggannya
gambar hiasan

bagaimana untuk mendapat assignment yang banyak dan berterusan?jawabnya 1 iaitu update blog anda sentiasa sekurang-kurangnya sekali seminggu adalah memadai mcm blog ini semoga suksess selalu dari churpchurp dan nuffnang

Thursday, May 19, 2011

Pandu Uji Proton Exora [review]

[review]

Pandu Uji Proton Exora


Sila datang ke penjual Proton Exora yang berdekatan untuk pandu uji, rasai kenikmatan dan kepuasan memandu proton exora ini. tak rugi sebab free je, hujung bulan boleh bagi deposit tak pun tunggu bonus hujung tahun.

sila daftar di www.allaboutexora.com dan anda berpeluang memenangi sessi spa,tips2 penjimatan dan juga wang tunai sehingga rm6 ribu. siapa tahu anda yang bertuah

Vroom your way for a 1-day drive session with Proton Exora!

When I say S.P.A.C.E, what do you say? PROTON Exora! Say it again, Churpers! When I say S.P.A.C.E, what do you say? PROTON Exora!!! Based on Exora’s unique benefits that can be best summed up as S.P.A.C.E, this as a word highlights the spaciousness of this 7-seater MPV, but as an acronym describes the car’s key qualities – which is Safety, Performance, Advanced Styling, Comfort and Economical (SPACE). Proton Exora is Malaysia's first home-grown MPV that has been built to world class quality & standards in performance, safety, technology and comfort. With Proton, not only you get to drive your family and friends in comfort, but safety is always a priority. Thanks to Proton, they're hosting its first-ever Exora VIP Test Drive Session and you're invited to participate! All you need is to register yourself at www.allaboutexora.com Not only you will learn more about Exora's winning features, you get a chance to gain budget tips, have a spa session and win cash prizes of RM6k! Don't just sit there in awe, Churpers. It's happening so share it with your family and friends today! The first Exora VIP Test Drive Session starts from April 23, 2011.

pandu uji proton exora
Proton Exora dan ciri-cirinya



maklumat lanjut klik sini
pandu uji proton exora


*Update*
Pandu uji Proton Exora kembali lagi. Lihat perbandingan keluasan diantara Grand Livina, Avanza dan Proton Exora


p/s: Perodua MyVi model terbaru akan muncul pada bulan jun, pasti gempak. sama-sama kita nantikan

Tuesday, May 17, 2011

innit tiada komen, why?

saja nak kaji kenapa para blogger yang berdaftar dengan nuffnang tak komen dalam innit. untuk pengetahuan kepada yg belum tahu innit adalah blog aggregator bagi para blogger yang berdaftar dengan nuffnang untuk submit entry/post terbaru mereka.

maka boleh dikatakan bahawa innit ini adalah directory blog yang akan memberikan link back atau traffik kepada blog post yang dihantar.

setiap entry yang dihantar boleh di undi dengan cara suka 'nang it' dan kalau x suka tekan 'dang it'. sejauh saya join nuffnang saya x pernah nampak lagi entry yang dapat 'dang it', ini disebabakan (pada teori saya)sesiapa yang mengundi samada suka atau x suka akan terpapar username mereka pada entry berkenaan, dengan itu sekiranya ada yang mengundi untuk 'dang it' maka takut-takut akan mendapat balasan vote negitif. jika ini terjadi maka saya pasti akan terjadi perang undi negatif untuk menjatuhkan sesebuah blog.

ok berbalik kepada persoalan kenapa user tak drop komen pada sesuatu post ialah kerana, innit menggunakan komen plugin dari facebook. pada pendapat saya username pada nuffnang tidak sama dengan username pada profile facebook,maka dengan itu pembaca malas untuk komen kerana tidak mahu mendedahkan identiti (fb)mereka, kecuali mereka merasakan sebaliknya.

saya sendiri hanya beberapa kali membuat komen sebelum innit bertukar kepada facebook profile untuk menghantar komen.
innit widget
berdasarkan screenshot di atas, walaupun mendapat banyak vote positif,namun tiada seorang pun yang memberikan komen.

nasihat kepada blogger yang menyertai innit, sila vote kembali orang yang 'nang it' kepada post anda, walaupun anda tidak dipaksa untuk membalasnya.

last but not least daftar churpchurp disini jika belum mendapatkan sen yg pertama dari churp2.

sekian teori dari tanakwagu

Monday, May 16, 2011

minyak naik pengguna tiada kuasa

pada kebiasaannya pengguna/pembeli tiada kuasa untuk menurunkan harga sesuatu barangan. yang dapat menurunkannya adalah kuasa pasaran ataupun kerajaan.

harga kenaikan ron95 belum diputuskan lagi namun pasti akan naik(setelah ada ura-ura). kenaikan ini dijangka berlaku bulan depan. jika ini berlaku maka berulang lagi siatuasi kenaikan harga minyak di tahun 2008.

yang peliknya negara kita malaysia adalah pengeluar minyak dan gas asli.

lepas ni berjimat la guna kereta, tak payah vrooomm...vrrooommm... kereta sebelah kerana setiap titik minyak berharga

boleh cuba juga enjin yg menggunakan enjin teknologi air atau alat penjimat minyak ini

harga RON95 sebelum kenaikan, yang sebenarnya kenaikan daripada 1.85 sebelum ini.
harga petrol ron 95
meter stesen minyak petrol tg.aru

keluarga alim samurai

pak berjubah dan kopiah rupanya geng samurai

baru terbaca cerita pasal rompakan stesen minyak di johor baharu. sebenarnya saya mahu cari info pasal kenaikan harga minyak RON95. Ron97 dah naik terlebih dahulu.

berkaitan kenaikan harga minyak ini, sudah pasti menyusahkan rakyat, sebelum ini pun sudah banyak barangan yang naik misalnya gula. berkaitan dengan kenaikan ini barangan-barangan lain juga akan dinaikkan, misalnya harga minuman atau kueh-muih.

gambar dari kosmo.com.my geng samurai
perompak alim,stesen minyak

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.
-kosmo

Sunday, May 15, 2011

keputusan terkini mentor 5 Konsert Semi Final 1

keputusan terkini mentor 5 Konsert Semi Final 1

update

Salma-20 (49)
Iqa-17 (42)
Ratnah-18 (58)
Shiha-19 (57)

adoiii...tiada markah diumumkan minggu ini kecuali markah juri awam.
juga tiada pembuangan

suspen lak...elly dan abang terjah nash

jom minum nestle bliss mana tahu menang iPhone4

Undian terkini Akademi Fantasia 9

Undian terkini Akademi Fantasia 9 setakat konsert minggu ke 6

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian SMS ditutup:

1. Hazama - 21% (24)
2. Fina - 15% (12)
3. Lena - 14% (15)
4. Nera - 13% (13)-Tersingkir minggu ke 7

5. Erul - 13% (26)
6. Azri - 12% (11)
7. Kay - 11% ()

KAY tersingkir mealui undian SMS.

Kezutan minggu ke-7 Immunity atau kekebalan pelajar agar tidak tersingkir,meskipun mendapat undian terendah.

immunity ni macam pil antibiotik la, utk tahan penyakit pada badan manusia

antibiotik,pill kuda,pil estacy,pil khayal 

Update
Konsert minggu ke-7 Pelajar yang mendapat Immunity ialah....
ceh..rupanya nama hanya akan diumumkan pada akhir konsert ke-8. Pelajar yang mendapat immunity akan secara automatik mara ke Final!

Saturday, May 14, 2011

super boy

Budak magnet, ni nak jadi super boy

A 7-year-old Serbian boy named Bogdan is making international news for an apparently paranormal (though not terribly useful) ability.



pengantara alien

yang ni tak magic, yang ni pula pun tak pelik

kompilasi kucing bermata satu

logo kolony ciplak?

logo kolony daripada celcom, ada persamaan dengan logo pada plastik hospital. kolony ini sebenarnya adalah aplikasi permainan daripada celcom untuk semua jenis pakej celcom.
aku tak join game ni, tak reti.

celcom broadband,celcom game
logo rasmi kolony

celcom broadband,celcom game
cara menyertai permainan kolony
gambar dibawah adalah plastik yang dibekalkan oleh pihak hospital untuk pesakit membuang muntah,ludah,kahak,darah dan seumpamanya. biasanya plastik ini akan dibuang dalam tong yang khas (tidak bercampur dengan tong sampah biasa). saya tertarik pada logonya yang hampir menyamai logo kolony.
celcom broadband,celcom game
logo pada plastik hospital
mungkin kebetulan saja, atau mempunyai designer yang sama :)

lihat juga kontroversi suatu ketika dulu, pertikaian hangat diantara MAS dan Air Asia pasal logo

Thursday, May 12, 2011

kes simbah asid bermotorsikal

kes simbah asid bermotorsikal, berikut adalah illustrasi lokasi berlakunya simbahan asid secara rawak.
kes simbah asid bermotorsikal,ragut,dera wanita,kanak-kanak
illustrasi lokasi simbahan asid bermotorsikal
kredit-thestar.com.my

berhati-hati ketika berjalan seorang diri, lebih baik tumpang dengan kawan atau rakan sekerja

Wednesday, May 11, 2011

sistem brake kereta

baru2 ini pemandu anwar ibrahim mengadu bahawa kenderaan yang selalu membawa keluarga anwar telah disabotaj. kemalangan kecil berlaku pada 19 april lepas.

ia melaporkan bahawa brek kereta bergegar dan bunyi pecah dibahagian belakang.

apabila dihantar ke workshop,mekanik mengatakan bahawa tayar belakang tidak mempunyai klip. kepada sesiapa yang tidak tahu struktur brake tersebut lihat gambar berikut,

selain brake, ada pelbagai lagi masalah yang menimbulkan masalah pada bahagian tayar kereta misalnya alignment tayar dan brake piston serta gasket yang menyebabkan kereta tidak dapat diberhentikan mengikut yang dimahukan

memasang klip brake,drift,hand brake
memasang brake pad 'klip'


Video bagaimana brake pad mencengkam disc brake





tips belajar jadi mekanik:
setiap kali apabila kereta anda mengalami masalah, hantarlah ke bengkel kereta dan jangan lupa bertanyakan kepada mekanik akan masalah yang dihadapi dan kalau boleh tunggu dan lihat bagaimana mekanik tersebut membuka dan memasangnya kembali.

jika anda melakukan sebegini setiap kali anda ke bengkel kereta atau motosikal, lama kelamaan anda akan develop sendiri skil membaiki kerosakan kereta atau motorsikal. luangkan masa sekitar 20 minit sambil makan tapau dan minum kopi janda dan ia adalah berbaloi

baca juga sebab anda gagal ujian memandu disini dan pastikan anda ada lesen serta cukai jalan yang terkini kerana sekatan polis ada dimana-mana

p/s: canggih tayar masa depan

Tuesday, May 10, 2011

bayi 2 kepala

BEIJING - Sebuah rumah sakit di baratdaya China mengatakan perempuan kembar siam dengan satu tubuh dan dua kepala telah lahir.

Seorang kakitangan bernama Wang di Rumah Sakit Pusat Bandar Suining di wilayah Sichuan mengatakan anak itu lahir pada khamis.

Orang tua kepada anak itu adalah petani, tidak ingin memiliki bayi pada awalnya, bimbang mereka tidak mampu untuk hidup setelah mendapat anak itu. Dia mengatakan mereka mengalihkan si kembar ke rumah sakit di kota Chongqing untuk pemeriksaan intensif.

si kembar beratnya seberat 4 kg dan panjang 20 inci (51 cm). Mereka mempunyai dua spinal dan dua esopagus serta berkongsi organ tubuh yang lain. Doktor mengatakan bahawa adalah hampir mustahil untuk memisahkan mereka.
bayi kembar berkepala dua,bayi istimewa




samseng di sekolah

suka-suka membawa padah

Wednesday, May 4, 2011

Lagu Perang Dah Tamat

Lirik dan lagu Perang Dah Tamat

adakah lagu ini secara kebetulan atau sememangnya peperangan sudah tamat.

lagu mesej keamanan.

gambar hiasan- sabung ayam



«Tun Dr. Mahathir - Intro»
The world now lives in fear
We are afraid of everything

«korus»
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Ker'na dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

«ulang korus»

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

«ulang korus»

«bridge»
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

«ulang korus 2x»

(Tun Dr. Mahathir - Outro»
War must therefore be made illegal



setelah kematian bin laden dan hamas dan fatah yang mengarah ke jalan damai.

senikata yang penuh makna dan amat diharapkan. dengar juga lagu banyak boonyi

p/s: perhatikan rangkap terakhir ayat terakhir. klu x silap lagu ini sudah keluar sebelum obama osama terbunuh
p/p/s: klu nak nyanyi lagu ini pastikan buat tekan tubi 100 kali atau larian 100m utk tambah nafas

Monday, May 2, 2011

kematian osama bin laden

dunia diberitakan bahawa pemimpin al qaeda telah terbunuh dalam satu serangan oleh tentera amerika di pakistan.

siapa pun beliau kita harus mengucapkan takziah atas kematiannya. suatu hari giliran kita pula tiba menemui ajal. jauh..jauh..


awas jangan tonton klu x kuat semangat

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter