Friday, April 29, 2011

komen menyepam

contoh komen menyepam yang aku terima

  • 玉免迎春好吉利! 割包皮 美白保養品 水鑽 刮刀 遊學 美白化妝水 婚紗照 金牛角 輸送帶 壁癌 空氣清淨機 咖啡杯 遊學 保濕化妝水 婚紗攝影 泌尿科診所 衛生紙 信保基金 新娘秘書 連接器 網版印刷 移印印刷 會計事務所 兼職酒店 廣告面紙 餐巾紙 機械錶 美國代購 義大利蜜月 日本代購 葡萄糖胺 烫金纸 中古錶 手工皂 歐洲旅遊 韓國旅遊 訂便當 PCB 水景工程

setelah diterjemah menggunaan google translate lebih kurang begini lah maksudnya

  • Good luck Jade Spring Free! diamond blade circumcision care products whitening whitening lotion Tours wedding golden horns air cleaners coffee belt Biai moisturizing lotion Study Tour urology clinic toilet paper wedding photography bride Secretary of boundary disputes screen printing transfer connector Hotel accounting firm part-time Indian print glossy paper napkins mechanical ad Italian honeymoon Japanese Shopping U.S. Shopping glucosamine gold foil paper table Handmade Medieval Europe set lunch PCB Tourism Korea Tourism Waterscape project

sesiapa yang tahu bahasa cina silakan bagi terjemahan atau pembetulan

p/s: kepada komen yang tidak tersiar di blog ini mungkin anda melakukan spam tapi jaranglah aku tak approve komen even annonymous kecuali terang2 menyepam

surat lahir barack obama

ni la sijil lahir Presiden Amerika Syarikat Mr.Barack Obama yang menjadi kontroversi lantaran keraguan dari pihak pembangkang Republican. Bapa Obama adalah dari Kenya, manakala ibunya Indonesia.


ha kalau pendatang tanpa asing tak la boleh jadi presiden amerika syarikat.


Dari kanan: Barack Obama dan Maya Soetoro dengan ibu mereka Ann Dunham dan ayah Ann Dunham, Stanley Dunham di Hawaii (awal 1970-an)
-photo credit to wikipedia.org

*Barack Obama Birth Certificate

Thursday, April 28, 2011

Nombor Sial biar betul

Nombor Sial atau bertuah?biar betul

sangat2 panas pasal anwar ibrahim sekarang ini, sedutan kedua video seks telahpun diupload ke youtube(dlm siasatan polis sipakah yg mengupload) dan pelbagai analisis yang dilontarkan oleh para blogger malaysia samada penyokong pakatan rakyat mahupun penyokong barisan nasional.

ada apa dengan nombor? biasanya masyarakat china yang mempercayai maksud2 tertentu sesuatu nombor itu misalnya angka 8 adalah digemari yg berarti membawa kekayaan manakla nombor 4 bermaksud mati/sedih.

berikut ini adalah nombor yang dikaitkan dengan anwar ibrahim,saya petik dari blog badut rakyat.

Tarikh Penting Untuk Anda Ingat Mengenai Anwar Ibrahim !!!

16 Sept PM In Making

16 Julai Kena Tangkap

16 Feb DNA Comfirm

16 Mac Lelaki Y

16 April Kalah PRU Sarawak

16 Mei Salah Atau Tidak

16....tak tahu lagi

selain itu saya ada juga memposkan beberapa artikel mengenai nombor antaranya:


nombor pun ada makna yang tersendiri

Monday, April 25, 2011

salma juara mentor 5

tepuk tangan...juara mentor 5 terbitan tv3 jeng..jeng S-A-L-M-A. serius? belum lagi tapi tunggu dan lihat.

nampaknya sudah terang lagi bersuluh,bahawa protege kepada erra fazira akan mejuarai mentor musim ke 5 ini.

bukan takbur atau membuta tuli tapi saya ada pengalaman pada mentor musim lepas dimana black protege kepada mas idayu memberikan persembahan yang mantap dari minggu pertama dan konsisten sehingga final.

so pada kali ini saya sudah nampak salma bakal juara mentor 5,memandangkan dia menjuarai setiap minggu dengan undian yang tertinggi dari juri awam dan ulasan yang sentiasa positif dari pihak juri.

komen juri Ramli MS dan Noraniza Idris kepada protege Salma

mentor 5,ramli ms,noraniza idris

saya nak dengar ramli ms menyebut 'macam mariah carey' pada konsert yang akan datang, berikutan kepoweran vokalnya.

"Saya percaya markah keseluruhan mencecah 80 markah yang diperolehi oleh Salma banyak sumbangan undian SMS," kata Ramli.

sementara itu Erra menolak tanggapan sesetengah pihak yang salma mendapat undi yang banyak kerana kepopularan dirinya

"Kita sudah lihat dalam Mentor sebelum ini, kejayaan protege bukan kerana populariti mentornya. Ada mentor yang popular tapi protege mereka tidak berjaya pun," kata Erra.

"Salma semakin kukuh" - Mangga Online.manggaonline.com.my

berikut pula keputusan terkini setakat minggu ke 3 mentor kumpulan a dan b
keputusan mentor 5,salma,iqa,aiman,shiha,ratna,ayish

keputusan mentor 5,salma,iqa,aiman,shiha,ratna,ayish

berikut pula komen peminat Salma, fuhh sampai begitu sekali
komen peminat salma mentor 5,erra fazira
saya setuju sekali dengan komen peminat tersebut, artis-artis malaysia sepatutnya pergi lebih jauh dan bersaing di persada antarabangsa, janganlah terperuk dalam persekitaran malaysia saja, paling tidak pun jadi ikon ASEAN pun boleh la.


salma dengan suara powernya
*lirik listen dekat bawah*

siapa yang minat dengan salma teruskan mengundi, berada di kedudukan selesa tidak bermakna menang kalau tak ada peminat undi,sebab sistem yang digunakan adalah sistem undi SMS.

sedikit biodata Salma mentor 5

Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Mentor : Erra Fazira
Bangsa : Melayu
Agama: Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Pekerjaan(sebelum masuk mentor) : Clerk
Anak ke 8 dari 9 adik-beradik. kira no 2 bongsu
selamat maju jaya buat salma, semoga memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.

last but not least ni lah lagu kegemaran salma mentor 5
Listen lyrics by Beyonce

Songwriters: Preven, Ann; Cutler, Scott; Knowles, Beyonce; Krieger, Henry;

Listen to the song here in my heart
A melody I start but can't complete
Listen to the sound from deep within
It's only beginning to find release

Oh, the time has come for my dreams to be heard
They will not be pushed aside and turned
Into your own all 'cause you won't
Listen

Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own

You should have listened, there is someone here inside
Someone I thought had died so long ago
Oh, I'm screaming out and my dreams'll be heard
They will not be pushed aside on words
[. From: http://www.elyrics.net/read/b/beyonce-lyrics/listen-lyrics.html .]
Into your own all 'cause you won't
Listen

Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own

I don't know where I belong
But I'll be moving on
If you don't, if you won't

Listen to the song here in my heart
A melody I start but I will complete

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you think you gave to me
But now I've gotta find my own, my own

Salma (Malaysia) Charice (Philipine) song- Listen


jangan lupa like atau share di facebook anda

Saturday, April 23, 2011

kedudukan terkini "The Great Churpchurp Race"

kedudukan terkini "The Great Churpchurp Race". latest frontier as per today.
permainan ini adalah untuk memenangi perlumbaan,siapa yang paling banyak kilometer dia jadi pemenang. so macamana nak dapat kilometer tu? iaitu dengan menjemput rakan-rakan anda dalam facebook untuk menyertai perlumbaan itu.

setiap kali anda membawa seorang kawan anda akan dapat 100km dan sekali share dapat 1 km. untuk menyertainya anda perlulah ahli kepada facebook dan churpchurp. jika belum sertai churpchurp boleh mendaftar disini atau klik banner sebelah kanan.

Step One - Bring friends to Join the Race!
Step Two - Beat friends who's in the race! Come on, BFFs can wait!
Step Three - WIN iPad 2, BB Bold 3, iPod Touch and a pair of movie passes!

The Great Churpchurp Race prize

kedudukan terkini setakat 24 april 2011. peraduan tamat 20 May 2011
The Great Churpchurp Race prize


hadiahnya tetap lumayan iaitu
The Great Churpchurp Race prize

so apa lagi hidupkan injin anda disini anda mempunyai beratus atau beribu friends di facebook? ini lah masanya anda menjadi pemenang. selamat mencuba

*update lagi*
tinggal 17 hari lagi untuk berlumba kedudukan terkini disini

Update terkini keputusan pemenang

  1. Grand Prize winner winning an iPad 2 32GB with 81, 616 KMs is Yusuf @ Himpunan Lawak Jenaka! 
  2. The First Runner-Up winning a BlackBerry Bold 3 with 76, 039 KMs collected is -  Wong Be Keong!
  3. The Second Runner-Up winning an iPod Touch 32GB with 75, 510 KMs collected is -  Leslie Cheng!







congratulation to all winner.

Friday, April 22, 2011

sekatan polis ketat di mana-mana

sekatan polis,jpj atau traffik ada di mana-mana sekarang ini.

ada lesen memandu, tak mabuk, cukai jalan ok,tiada dadah tersorok,keadaan kenderaan tio top? maknanya anda tidak perlu risau akan sekatan polis,traffik atau pun jabatan pengangkutan jalan(jpj).

sekatan polis biasanya dilakukan sekiranya ada jenayah berlaku di satu-satu kawasan, misalnya rompakan,kecurian kereta,kemasukan pendatang tanpa izin,laporan pengedaran dadah,kemasukan barangan dari sempadan dan seumpamanya.

sekatan trafik pula berkait hal-hal kesalahan lalulintas, lesen, mabuk dll. manakala sekatan JPJ untuk memeriksa cukai jalan,lesen memandu,permit kenderaan dan keadaan kenderaan secara keseluruhan dan sebagainya.

bagi warga sabah ketika post ini ditulis sekitar jam 1.30 pagi, sekatan polis berlaku di kawasan kepayan ridge dan terowong kopungit.

polis ni memang bijak memilih kawasan sekatan kerana jalan-jalan ini tiada cara untuk melarikan diri. so kalau rasa ada apa-apa kesalahan seperti diatas pasti kena

sekatan polis sabah, jpj sabah
sekatan polis membenteras jenayah

lain padang lain belalang, siapa tahu anda yang bertuah kali ini.menangi iPad 2, BB Bold 3, iPod Touch

Thursday, April 21, 2011

keyboard kotor

keyboard kotor, begitulah keadaan apabila menggunakan harta kerajaan. tidak kira peralatan komputer,aksesori,kenderaan dsb semuanya diabaikan kebajikan peralatan tersebut.

apabila saya diajak kawan ke pejabatnya, mendapati habuk sudah tebal atas mejanya. bila saya tanya kenapa tidak bersihkan, jawabnya "buat apa bersihkan sendiri kan ada tukang sapu". bijak la kawan aku ni

maklumlah kalau ada kerosakan,buat repot,bulan depan dapat baru. begitulah mentaliti sesetengah kakitangan kerajaan (mahupun swasta) yang berkerja makan gaji. lain pula erita kalau guna barang sendiri ketika bertugas, hujung bulan pasti hantar perbelanjaan tuntutan (claim).

bila bawa kereta kerajaan woah bukan main laju lagi, siap lobang dihentam saja. bila patah spring salahkan jalan yang berlopak, memanglah jalan kampung berlobang tapi kalau pandu perlahan taklah spring patah.
ragam pejabat,keyboard komputer kotor
keyboard kotor:keropok lekor,kuih pisang,ikan bilis,minyak melekit semua ada

ada cerita pasal ragam pejabat sila berkongsi.

Wednesday, April 20, 2011

Live tembak-menembak penjenayah dengan PGA

kejadian tembak menembak ini berlaku di lahad datu sabah sekitar 2009.
daerah lahad datu merupakan kawasan yang dimonopoli oleh warga asing yang datang dari filipina dan indonesia. bagi warga malaysia yang tidak tahu pendatang tanpa izin di sabah melebihi warga pribumi di sabah sendiri (menyedihkan). ini lah yang mengundang pelbagai masalah jenayah dan masalah sosial yang lain.

jumlah pendatang tanpa izin(PTI) dianggarkan 900,000 manakala kadazan dusun murut (KDM)hanya sekitar 500,000. walaupun negeri sabah gabungan kira-kira 30 etnik tetapi jumlah keseluruhan penduduk pribumi kurang berbanding PTI.

bandar lahad datu sabah, lahad datu town sabah
pandangan bandar lahad datu yg sudah usang, sabah dari hotel penginapan
Isu pti ini sudah menjadi basi di sabah walaupun rakyat sabah mahukan supaya mereka ini diusir dari bumi sabah. pelbagai pihak termasuk pertubuhan politik dan orang perseorangan yang memperjuangkan supaya warga pti sabah ini diselesaikan tetapi ada pula pihak yang mempertahankan kewujudan pti di sabah, termasuk memberi keistimewaan, misalnya memberi kad pengenalan.

apabila isu ini dipolitikkan maka tiada hujung pangkalnya, sedang pada waktu yang sama pti ini semakin bertambah dan menguasai pelbagai sektor misalnya perikanan,buruh,perkhidmatan pengangkutan,pertukangan,pembalakan dan industri kecil-kecilan.

nak tahu bagaimana pendatang tanpa izin menjadi warga negara malaysia dan bermastautin di sabah boleh baca edisi siasat daripada sabahkini.net disini

bandar lahad datu ini tidak mempunyai keistimewaan selain kawasan fauna dan floranya. lembah danum atau danum valley yang terkenal dengan konservasi pemuliharaan hutan dan binatang liar , selain itu tabin wildlife reserved juga terletak di daerah lahad datu.



saya berpandangan bahawa definisi pendatang tanpa izin itu begitu luas dan rumit. bukanlah menuduh semua mereka itu jahat. ada juga diantara mereka yang berjaya menjawat perkhidmatan awam negeri dan ada yang telah berkahwin campur, so kemungkinan mereka itu juga saudara-mara atau bau-bau bacang :).

saya telah melawat bandar lahad datu 2 kali dan yang saya suka ialah pasar sayur-sayuran nya yang murah berbanding tempat lain.

bahasa tagalog
-Ano ang pangalan mo?
Siapa nama kamu?
-Ang pangalan ko ay tanakwagu.
Nama saya tanakwagu.


last but not least apapun yang menimbulkan jenayah diatas pasti ada sebabnya, tidak kira dimana dan siapa pelakunya pasti ada sebab-musabab. oleh itu hindari jenayah dan sentiasa berwaspada.

p/s: oh ya bandar lahad datu juga dipanggil bandar koboilahad datu cowboy.
p/p/s: sesiapa yang mahu bilis terbaik di malaysia boleh dapatkan di tawau sabah.

Friday, April 15, 2011

lagu mengundi :)

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Thursday, April 14, 2011

sorry the blog at cakap2u.blogspot.com has been removed

blog has been removed

sorry the blog at cakap2u.blogspot.com has been removed

selepas ini blog ini akan mempunyai domain sendiri iaitu cakap2u.info


wow terkezut betul apabila saya login biasa di akaun blogger saya ini. pada sebelah petang (jam x ingat) masih boleh aksess akaun dan url pun masih boleh buka.

pada jam kira-kira 10 malam, saya terkejut apabila mendapat mesej di atas (sorry the blog at cakap2u.blogspot.com has been removed)
apabila saya klik
'I can't find my blog on the Web, where is it?'
saya diberi opsyen untuk memasukan nombor telefon mobile (hp), katanya lagi ada aktiviti2 yang meragukan cuba mengaksess akaun saya. sila ikut arahan langkah demi langkah untuk pengesahan bahawa anda adalah pemilik sebenar akaun anda.

langkah pertama verifkasi melalui mobile phone

gambar 1

langkah ke-2 anda diberikan kod melalui telefon
gambar 2
gambar 3

langkah ke-3 masukan kod yg diberi tadi ke dalam kotak yg disediakan

gambar 4
contoh

jangan risau, ini untuk kebaikan kita juga, masukkan nombor hand phone anda-pilih voice call. text message sangat lambat dan kadang2 tak sampai manakla voice call akan dikirim kurang 2 minit.

seperti yang anda lihat saya mengisikan 2 no telefon iaitu 019 dan 016. ini adalah lebih baik dan kemungkinan untuk akaun google anda dihack adalah sangat rendah.

google akan menelefon anda dengan 5 digit kod e.g 67034 (gambar 4), beri tumpuan kerana sebutannya kurang jelas, nombor tersebut akan diulang 2 kali sahaja. jika gagal kena ulang seperti pada gambar 1. kod terakhir akan digunapakai.

syukur setelah memasukan kod tersebut, dalam beberapa minit saya boleh login ke blogger dashboard, walaubagaimanapun saya mendapati beberapa blog saya tidak kelihatan dalam senarai termasuk cakap2u - Bercakap dan berbagi.

setelah di refresh, dalam masa 10 minit,saya pun tersenyum kerana kesemua blog saya pun tertera semula dalam dashboard.

edisi siasat

saya pun kurang pasti apakah penyebab masalah ini "suspicious activity detected in your account". namun tidak menolak kemungkinan kerja hackers terutamanya dari negara jiran. baru2 ini juga dilaporkan bahawa www.malaysiakini.com telah dihack (atau disekat oleh kerajaan).

saya baru teringat saya ada menggunakan satu perisian iaitu free mass trafic submission. perisian ini akan menghantar blog kita ke beberapa directory service secara automatik.bukan saja url tetapi juga rss. saya tidak pasti apakah perisian ini menjadi penyebabnya

free mass traffic
free mass traffic
seperti yg kita tahu perisian percuma pasti ada 'agenda tersembunyi' di sebaliknya

sehingga saat ini saya tidak tahu sebab sebenar masalah ini.

memandangkan saya adalah publisher bagi nuffnang, maka permasalahan ini saya anjurkan ke pihak nuffnang agar membekukan kempen yang sedang tersiar di blog ini. menurut terms nuffnang,pemilik blog perlu memberitahu pihak mereka jika anda membuang skrip iklan. memandangkan blog ini hilang beberapa jam saja maka tiada isu besar yang timbul dengan pihak nuffnang.

pengalaman
ini bukan kai pertama saya dipadam oleh google. mentang2 la free suka hati dia saja delete. dulu lagi kejam sebab saya tiada peluang langsung untuk berunding apatah lagi retrieve kesemua blog saya. tapi pada masa itu memang salah saya yang meletakkan skrip PTC. bayaran ptc ini sangat bagus namun ia mengandungi virus,spyware yang menganggu server google lantas dipadamnya terus akaun saya itu. selepas 3 tahun iaitu tahun ini domain itu sudah available kembali.

backup

sebagai plan berhati-hati setiap blog perlu di backup. ada pelbagai cara untuk backup. bayangkan blog kita berusia 5 tahun dan mengandungi 1000 post dan 10k komen, tentunya kecewa dan hampa jika ia padam begitu saja.

blog post sebenarnya boleh dibackup menggunakan rss iaitu melalui feedburner, kita perlu melanggan sendiri blog kita supaya setiap post akan dikirim ke email kita. pelbagai perkhidmatan yang ada untuk melanggan rss misalannya yahoo page,google reader,google hompage
melanggan melalui rss atau atom feed

namun backup yang paling saya suaki dan rekomen adalah.......

fungsi import ke blog wordpress.
wordpress.com seperti juga blogger.com menyediakan platform percuma kepada pengguna untuk mencipta blog.

jika anda belum mempunyai akaun di wordpress boleh la membukanya sekarang di www.wordpress.com. (wordpress.com berbeza dengan wordpress.org)

fungsi import wordpress


dalam fungsi ini ia akan import kesemua post berserta komen, selain itu TIDAK akan disalin. anda perlu memberikan authorization kepada wordpress untuk memasuki akaun blogger anda dan selepas itu proses import berlaku secara automatik.
kalau nak tengo kandungan blog ini versi wordpress klik sini kandungannya sebiji sama.

jika anda jadikan blog wordpress ini semata-mata sebagai backup maka anda boleh pilih setting dan set as private. maksudnya hanya anda yang boleh melihat blog ini (kena login terlebih dahulu)

kiranya setakat itu saja, penjelasan agak serabut,btw klu ada pertanyaan pls drop a comment :)

recap:
-sekuriti akaun boleh dilakukan dengan phone verification (berikan 2 no telepon yg berlainan) atau gunakan email e.g hotmail utk secondary email
-backup terbaik ialah melalui hosting sendiri
-backup ke-2 terbaik ialah menggunakan wordpress.com
-login setiap hari, dan jika berlaku masalah seperti ini selesaikan segera. jika terlambat pihak google menganggap anda tidak berminat lagi dengan akaun anda

p/s: sebelum terlambat sekali lagi saya war-warkan supaya anda membeli hosting dan domain sendiri agar perkara seperti ini tidak akan berlaku. cari di post saya sebelumnya atau klik sini
p/p/s: saya sendiri mempunyai 2 hosting (kedua-duanya malaysia) yang saya gunakan untuk perniagaan sebenar, manakala domain dibeli dari luar
p/p/p/s: dengan ini juga cakap2u.blogspot.com bertukar kepada cakap2u.info. boleh beli dengan harga murah d sini Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting

Tuesday, April 12, 2011

dapatkan hosting dan domain harga ter 'runtuh'

update terkini tinggal 2 1 hari lagi tawaran akan tamat.
anda melayari internet setiap hari?mungkin memeriksa email,membaca status facebook atau twitter dan yang paling utama membaca catatan blog atau website seseorang. adakah anda terfikir untuk memiliki hosting dan domain sendiri? ini lah masanya kerana Integricity Technology ada menawarkan secara terhad lagi paling murah untuk anda memiliki hosting dan domain sendiri.

sebelum itu saya ingin menerangkan secara ringkas apakah hosting dan domain itu?

Hosting
-adalah serupa dengan hard disk pada komputer anda di rumah, iaitu untuk menyimpan fail2 seperti mp3,video,ms word,counter strike,sim city dan pelbagai lagi. apabila anda membeli hosting maka anda boleh menyimpan file2 anda tadi ke suatu tempat yang lain. sekiranya komputer atau laptop anda rosak dan fail2nya hilang anda boleh login ke hosting anda dan mengambil kembali fail2 yang berkenaan.

-seperti hard atau pen drive anda, hosting mempunyai saiz yang tersendiri,misalnya 100mb,5gb,10gb dsb.

Domain
-ialah alamat laman web anda sendiri misalnya www.chedet.cc, www.juallekor.com dan sebagainya. kelebihan memiliki domain sendiri adalah lebih professional dan diyakini pelanggan (sekiranya website anda berorientasikan produk dan perkhidmatan)
-ada dua terminologi yang berkaitan domain iaitu domain itu sendiri dan juga sub domain.

sub-domain
-contoh domain adalah seprti di atas manakala contoh sub domain seperti ini http://rimbunanhijau.com/anime atau http://blog.rimbunanhijau.com

e-mail sendiri
-anda akan mendapat email seperti alaika@namaanda.com berbanding alaika@yahoo.com.my dsb. ia kelihatan lebih pro dan meyakinkan

anda sudah mendapat tips? inilah masanya anda untuk memiliki hosting dan domain sendiri pada harga yang paling rendah di malaysia. ya serius.

ketika saya menulis artikel ini sudah banyak yang telah membelinya dan sedang meningkat.
pakej hosting dan domain termurah

anda harus bertindak cepat kerana ia hanya tinggal 5 hari lagi sebelum pihak Integricity Technology menutup peluang keemasan ini buat selama-lamanya.

berikut adalah detail tentang tawaran ini

=RM39 instead of RM555 for 1 Standard Corporate Web Hosting for 1 year (includes a .com, .org, or .net domain)
= 2 GB Disk Space + 10 GB monthly data transfer
=10 Sub-domains + 20 Emails
=Daily, Weekly & Monthly Backup + 24/7 support from Integricity, Centrepoint Bandar Utama [93% OFF]

menghadapi masalah??

jangan susah kerana pihak syarikat sangat professional dalam perniagaan mereka dan bantuan seperti telefon, email malah interaksi secara langsung di facebook mereka.
lihat sendiri sokongan mereka kepada pelanggan, sangat cepat dan effektif.

pakej hosting dan domain termurah

lihat pula apa kata happy customer
pakej hosting dan domain termurah

so apa tunggu lagi tinggal 5 hari saja lagi. rebutlah peluang ini,ia tidak mungkin akan ditawarkan lagi serendah harga ini (96% diskaun).

pakej hosting dan domain termurah

sebarang pertanyaan berkaitan dunia hosting,domain,uploading,downloading saya sudi membantu :)

p/s: oh ya sekiranya anda sudah ada domain sendiri jangan lupa linkkan dengan blog ini dan sebaliknya.
p/s: hanya jika anda membeli melalui blog ini saya sudi membantu apa juga pertanyaan anda (berkaitan je)

*Update*

wow laku...laku, semakin ramai yang 'grab' tawaran ini, cepat tempoh dah tinggal 3 hari lagi. sambar sebelum ditutup buat selama-lamanya tawaran ini.
domain dan hosting paling murah
dapatkan d sini

Sunday, April 10, 2011

bruno mars live in malaysia SOLD OUT

bruno mars live in malaysia SOLD OUT

hari ini 10.04.2011.

wow macam goreng pisang panas atau keropok lekor
nak buat macam mana Bruno Mars ni popular tiket pun laku. paling aku suka lagu dia ialah "saya mahu jadi kaya" I want To Be A Millionaire :) (perasan woah...)
burno mars live in malaysia
Bruno Mars live in malaysia mungkin akan di adakan lagi tapi entah bila dan bergantung kepada promoter tempatan untuk membawanya sekali lagi di malaysia.

maklumat lanjut tentang Bruno Mars dan konsert jelajahnya sini

p/s: takpa harap2 ada member upload kat utube atau beli je vcdnya.

baby suka makan coklet

baby suka makan coklet.

gambar berikut adalah kelahiran bayi paling besar/berat di dunia yang lahir tahun lalu di Indonesia. Baby tu belum lagi makan coklet tetapi membesar secara semulajadi. bayangkan jika ditambah lagi makan makanan yang tinggi kalori sudah pasti budak ni akan over obesiti.

bayi gergasi, heaviest baby, bayi paling berat indonesia
bayi gergasi, heaviest baby, bayi paling berat indonesia
A woman has marked her name in the Indonesian history by giving birth to an 8.7kg (19.2 pound) baby boy, by far the country's largest newborn ever.

The baby, who is still unnamed, was born at the Abdul Manan General Hospital in the town of Asahan in North Sumatra province, said a gynecologist who had taken part in the operation, according to press reports.

Doctors delivered the baby, who measured 62cm, by the Caesarean section on Monday, hospital staff said Thursday.

They noted that the mother was a 41-year-old woman named Ani, who had three other children. They had all been delivered at home by midwifes.

--baby comot


Nota: pelbagai cara untuk mengetahui badan dan kesehatan yang ideal misalnya BMI (body mass index) Nestel pun ada menganjurkan Wellness Profiler Test untuk menyukat keseimbangan diantara kesihatan dan kerjaya anda.

Saturday, April 9, 2011

masalah atm cash deposit

masalah atm cash deposit
pagi hari ini saya ke EON Bank untuk membayar ansuran kereta menggunakan ATM Cash Deposit

perkhidmatan begini memang memudahkan pengguna untuk membayar apa saja yang berkaitan kerana tidak perlu isi borang, ambil nombor giliran,memotong barisan :),terlepas nombor giliran dan pelbagai karenah lagi, tambahan pula hari ini hari sabtu so, cari parking pun senang.

tiba di mesin ATM Cash Deposit itu, saya pun memasukan wang kertas (takkan wang syiling kan :)) 50 ringgit dan 10 ringgit kesemuanya berjumlah Rm300.

proses terakhir yang perlu ditekan adalah butang "Tekan Jika Betul"(pilihan lain ialah "Tekan Jika Salah"). saya pun menekan butang tersebut. biasanya jika ia ditekan maka transaksi selesai dan berjaya.

kali ini berbeza sedikit kerana selepas saya menekan butang tersebut (dengan harapan transaksi berjaya) satu lagi skrin dipaparkan berbunyi lebih kurang "transaksi gagal" "wang anda dipulangkan" lebih kurang begitu lah maksudnya.

saya tidak percaya dan mungkin saya tersalah menekan butang "Tekan jika Salah".

saya mengulanginya untuk kepastian,kali ini saya lebih berhati-hati memilih butang untuk ditekan tetapi perkara yang sama berlaku iaitu wang saya dikembalikan.

memandangkan tiada staf atau sekuriti untuk ditanya saya pun meninggalkan bank tersebut.

berikut adalah apa yang tertera pada slip bank itu.

Transaction Rejected, Response Code:23013-000


setelah berfikir sekejap apakah penyebabnya, saya pun terfikir mungkinkah duit kertas itu wang palsu.

slip transaksi ATM
perkongsian saya yang sebenar hari ini.

p/s: ppsssttt...nak berbulan madu,bujang atau suami isteri?lokasi-lokasi eksklusive dan romantik KLIK SINI untuk mengetahuinya lebih lanjut

Friday, April 8, 2011

jantung diluar biar betol

jantung diluar biar betol? ya memang betol la ni, tengo gambar
bayi jantung di luar

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.

Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.

Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.

Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.

Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.


artikel dan foto ehsan kosmo.com.my

keras kepala -hiburan tapi ada pengajarannya

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan jatuh ke tanah, tanpa apa-apa kecederaan. Pertandingan ini
dilakukan di bangunan KLCC. Dimulakan pertandingan, peserta pertama dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun....Whooosh! Gedegam! kepalanya
menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua pula dari Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun ...Zooooooommm! Bang! Dia bangun dan menggosokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 pula adalah dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan pantas bangun dan mencuci kotoran di kepalanya. Kemudian tiba pula giliran peserta keempat dari Indonesia. Dengan pantas beliau naik ke tingkat 4 dan terus terjun macam roket....Zuuussssss!!! Gedebang!!! dan bangun! sambil membuang kotoran di kepalanya sambil menerima tepukan dan sorakan gemuruh dari penyokong Indonesia yang ramai di negara ini....


terjun bangunan keras kepala


Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 5. Beliau dengan rilex dan selamba berjalan perlahan menuju ke tingkat 5. Sampai di tepi beliau berdiri sahaja. Pengadil dan penonton menjerit-jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatih bertempik menyuruh dia terjun. Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Semua orang termasuk media tertumpu ke arah peserta dari Malaysia itu. Pengadil sangat marah kepadanya kerana lawan taukeh dan tidak semena-mena dia berteriak "Kau memang keras kepala" dengan muka yang merah.setelah perbincangan berakhir Keputusannya... pemenang pertandingan KERAS KEPALA adalah dari ...........MALAYSIA

telur palsu berada di pasaran malaysia

"China, a Haven for Fake Goods"
Begitulah kenyataan daripada seorang eksekutif dari korea selatan kepada berita Chosun Ilbo, mengenai produk-produk keluaran dari china.

telur palsu berada di pasaran malaysia

telur palsu
telur palsu dpercayai dari negara china

Di Cina, "tidak ada yang tidak boleh dibuat, kecuali manusia", begitulah statement yang dilabelkan kepada negara china. Pemalsuan sedang berleluasa di pasaran China dan banyak daripada mereka kelihatan asli dan hebat. Telur palsu ini menyebabkan keresahan orang ramai di Guangzhou tidak lama dulu dan sekarang pula di malaysia.

secara ringkasnya beginilah telur palsu itu dibuat (komponen):
  1. Putih telur itu dibuat dari tepung industri dan tawas.
  2. kuning telur adalah daripada kalsium klorida. 
  3. kulit telur itu dibuat dari lilin parafin. 

Jika anda memecah cangkerang telur dengan mudah anda dapat melihat bahawa itu palsu kerana kuning dan putih (telur) dicampur bersama-sama, tetapi sangat sukar untuk membezakan dari telur asli jika ia belum dipecahkan.

Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi bahan cerita di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhawatiran besar di antara penduduk Korea. Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China".
Acara tersebut menelusuri kehidupan tiga keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China . Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian orang awam Korea.
telur palsu
telur palsu dijual di pasar di negara china
telur palsu

telur palsu

secara kesimpulannya telur palsu ini tidak selamat dimakan memandangkan ia dibuat daripada bahan kimia. memandangkan ia sukar untuk dibezakan sebelum pecah maka tugas anda untuk stay alert perkembangan semasa dan bertanyakan kepada penjual atau lebih baik mengadu kepada pihak berkaitan iaituKPDNKK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berdekatan

sebenarnya perkara ini sudah berlaku lama sekitar 2008, namun baru heboh di malaysia baru-baru ini. kemungkinan negara kita tidak peka dengan benda-benda sebegini(asyik politiking je)

ayam kampung ori punya
kami ayam ori...oooorrriii...
*Update semasa berkaitan telur palsu*
Dalang telur ayam tiruan diburu


2011/04/08
KUALA LUMPUR: Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.
"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10,000 sumbangan Wanita Gerakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.

Tan turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka.

"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.

Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa gerai di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ. - BERNAMA

*Update bergambar telur palsu*
cara buat telur palsu



p/s: produk china juga menjadi buruan kepada usahawan kecil tempatan di negara kita dan ramai yang telah menjadi kaya setelah menjualnya semula di pasaran malaysia, lihat saja pakaian murah di pasar malam, pakaian bundle,aksessori,iphone palsu,komputer tiruan dan juga dijual di ebay.com.my,mudah.my atau bergerak sebagai dropshipper.


p/s:
Stress kerja ofis,belambak assimen? Takut Gemok? Nestle ada menyediakan justifikasi keseimbangan antara kerja dan kesihatan anda sini

Thursday, April 7, 2011

bangunan SPRM berhantu?

masih ingat drama bersiri BILIK NO.13 terbitan RTM suatu ketika dahulu?

berikut adalah ringkasannya:

Siri drama seram sebanyak 13 episod ini membongkar siasatan yang dijalankan seorang siswi fakulti psikologi yang membuat kajian mengenai pertalian kepercayaan paranormal dan dunia psikologi.

Menerusi pita rakaman yang ditemuinya yang dirakamkan di bilik nombor 13 oleh beberapa pakar psikologi beberapa tahun lalu, lantas membongkar pelbagai cerita misteri.

Menariknya, setiap episod akan memaparkan jalan cerita berlainan serta pelakon yang berbeza.

terbaru kita dikejutkan lagi dengan kematian seorang pegawai kerajaan yang terjatuh dari bangunan SPRM.

mungkinkah benar bahawa bangunan SPRM ini berhantu. waktu perang kedua dahulu banyak mayat yang tertimbus begitu sahaja menyebabkan roh mereka tidak tenang dan sentiasa menganggu manusia.
drama bilik no 13,kisah seram
drama seram bersiri bilik no 13
situasi ini digambarkan melalui drama Kingdom Hospital yang seram dan popular itu.
watak dalam kingdom hospital
drama seram bersiri kingdom hospital
*hantu-hantu yang terperangkap dibawah bangunan hosiptal dan sering pengganggu pesakit dan juga kakitangan hospital itu

saya masih ingat suaktu ketika dahulu sewaktu di sekolah menengah (tinggal asrama)banyak pelajar yang dirasuk terkena histeria,kononnya orang seperti ini lemah semangat menyebabkan mereka mudah dirasuk.

takziah kepada keluarga si mati, artikel ini sekadar cerita kedai kopi walaupun ia memang wujud (cerita sebegini).

mobile internet murah mudah cepat dimana-mana [review]

mobile internet murah, mudah, cepat, dimana-mana

Anda berinternet dari pejabat?rumah?kafe siber atau atas kapal layar? Anda menggunakan talian streamyx, digi mobile,maxis,celcom?

tidak kira dimana anda melayari internat dan apa jenis sambungan anda terpulang kepada anda untuk memilihnya, berikut saya ingin perkenalkan salah satu perkhidmatan dari Digi.

Apa Facebook untuk Semua?

Dengan DiGi Internet, ada lebih dari satu cara untuk Like, Poke, komen, menukar status, meng-upload dan berkongsi gambar, menambah teman di Facebook dari telefon tablet anda, atau laptop bila-bila masa dimana saja.

Bagaimana Saya Menikmati Ciri-ciri ini?
Hanya SMS "FACEBOOK" ke 2000.

Internet untuk Semua ™ dengan DiGi Internet

Dengan Internet DiGi, anda mendapatkan Internet untuk Semua ™. ketahuinya sekarang.
mobile broadband,wireless broadband,digi mobile internet,mobile internet
mobile broadband,wireless broadband,digi mobile internet,mobile internet


Klik Gambar untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Hargai kebebasan anda ber internet

Wednesday, April 6, 2011

statistik carian malaysia 2010

inilah

statistik carian malaysia 2010

,iaitu apa yang orang malaysia cari di internet menggunakan google.com. statistik ini berdasarkan carian yang berlaku dalam negara malaysia saja. jika anda orang malaysia yang berada di jepun dan mencari contohnya video seks anwar ibrahim maka carian itu akan dikira / direkodkan di negara jepun dan bukan di malaysia.

bisanya statistik ini dikategorikan kepada 2 iaitu carian secara umum (apa saja) dan carian orang(merujuk kepada individu tertentu).

Carian umum
statistik carian malaysia 2010
jika kurang jelas berikut adalah senarainya:

1. proton inspira
2. ipad
3. benci bilang cinta
4. world cup 2010
5. justin bieber
6. fb
7. utusan online terkini
8. mudah.com.my selangor
9. didi games
10. fifa

dalam kesepuluh terbanyak itu, dalam blog ini saya hanya ada menulis pasal proton inspira. nampaknya senetron dari indonesia benci bilang cinta agak laku. saya berpendapat bahawa penonton malas untuk menunggu episod seterusnya menyebabkan mereka mencarinya melalui internet untuk mengetahui apakah berlaku seterusnya. sebenarnya drama atau sinetron yang disiarkan dalam telivisyen itu boleh ditonton di youtube atau mana2 video site yang ada,itupun kalau anda rajin dan pandai mencarinya.

seterusnya adalah kata kunci carian menggunakan nama orang
statistik carian malaysia 2010

senarai carian mengikut nama orang pula adalah seperti berikut:

1. maher zain
2. justin bieber
3. luna maya
4. din beramboi
5. lady gaga
6. hanis zalikha
7. lee min ho
8. adam lambert
9. siti nurhaliza
10. paul tan

nampaknya artis kelahiran Lebanon maher Zain (tiada kena mengena dengan anuar zain atau ziana zain :) )mendahului senarai, maher zain yang terkenal dengan lagu Thank You Allah namun dikatakan ada antara lagunya menghina islam,maher zain juga dilabel sebagai agen dajal atau freemansion (saya tidak arif pasal bab ini).daripada kesepuluh senarai,dalam blog ini saya ada menulis pasal luna maya dan juga paul tan. luna maya dan ariel peterporn juga merupakan topik yang banyak menyumbang kepada trafik cakap2u.

mari pula lihat apakah keyword carian yang membawa anda ke blog ini (cakap2u):
Ini bersadarkan statistik bulan lalu (mac 2010)
keyword carian cakap2u

berikut adalah senarainya:

internat sememangnya menjadi gelanggang baru dalam kehidupan manusia ketika ini, ada yang tidak boleh hidup tanpa internet seriuss..!.daripada borak kosong di facebook baik belajar untuk menjana duit melalui internet.

internat berkembang maju selepas tim berners lee memperkenalkan aplikasinya yang diberi nama World Wide Web ringkasnya WWW, tim berners lee merupakan professor di MIT university.
peluang yang ada pada internet tidak ada sempadan, anda boleh menembusi mana2 negara untuk mendapatkan maklumat kecuali di beberapa negara seperti china yang mengawal keluar penggunaan internet negaranya (maklumlah negara komunis).

lihat juga Apa yang dicari oleh orang Malaysia di Internet 2008 sini

Tuesday, April 5, 2011

Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011

phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011
tiba-tiba pula alamat ini menjadi popular dan panas di enjin carian.
dah lihat rakaman

sedutan awal rakaman cctv video seks didakwa ketua pembangkang


dalam video tersebut ada tertulis tulisan Thailand, dahulunya ia dipanggil Siam. tulisan tersebut jelas dan dapat diterjemahkan begini Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011.

so mari kita lihat dimanakah alamat ini Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400.
Alamat Phaholyothin Road secara specifik tiada dalam gogle maps mahupun google earth
yang ada ialah Phahon Yothin 1, Phahon Yothin 2,Phahon Yothin 3...
kawasan ini sememangnya penuh dengan hotel dan SPA.
lokasi peta phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011, rakaman cctv video seks didakwa ketua pembangkang

tulisan atau subtitle itu sendiri banyak menimbulkan persoalan. saya telah membaca pelbagai versi pendapat dalam rakan-rakan blogger punya blog dan bersetuju dengan beberapa persoalan antaranya:
01. adakah ini CCTV atau rakaman kamera
02. biasanya CCTV berada di atas (cth Chua Soi Lek -kecuali utk memerangkap seseorang)
03. kelihatan seperti diatur (untuk perangkap semata-mata)
04. kenapa tulisan itu ditulis sebegitu
05. seolah-olah bikin filem porno
06. mungkinkah tulisan itu ditulis oleh dato Eskay memandangkan dia berketurunan Siam (mualaf)
07. jika CCTV tersebut kepunyaan pihak hotel,maka si pengambilnya iaitu dato eskay perlu meminta kebenaran dari pihak hotel untuk mengambilnya
08. jika ini perangkap dan lakonan semata-mata, saya tidak heran kerana seperti yang kita tahu setiap seorang daripada kita ada 7 orang yang mirip.
09. anda tambah dlm komen...

mengenai video berkaitan yang diupload di youtube sebelum ini yang telah dipadam, kini ia diupload ke tempat lain pula. menurut papagomo.com ia boleh download dari sini

video selama kurang 2 minit itu juga sudah dotonton oleh presiden pkr dan keluarganya selepas diberitahu bahawa tiada adegan seks atau lucah. menurut wan azizah lagi tulen atau tidak bukan persoalan kerana itu bukan anwar ibrahim katanya yang arif pasal susuk tubuh suaminya.


kasus ini sangat menarik, sudah pasti kita tertanya-tanya apakah kesudahannya


mungkin inilah suasana dalam spa, tapi lihat apa yang berlaku

ter berak? atau datang period? :)

pelacur perangkap musuh politik

ketika ini heboh pasal rakaman cctv perlakuan seks yang dikatakan ketua pembangkang. sudah banyak cerita yang kita dengar orang-orang politik (Yang Berhormat :)) kantoi dengan video seks mereka.

ini bukan saja berlaku dinegara kita namun dimana-mana juga kerajaan seperti italy(Silvio Berlusconi),russia,amerika syarikat(bill clinton) etc.... perangkap pelacur ini yang kemudiannya dikuatkan lagi buktinya dengan rakaman video litar tertutup (cctv)
katya dan mangsanya
snapshot berikut bertajuk kremlin dirty trick, iaitu menggunakan model/pelacur remaja untuk memerangkap musuh politiknya(pembangkang di russia)
perangkap cctv sedang merakam aksi seks
saya ingin menyenaraikan bagaimana untuk lari dari perangkap seperti ini tetapi tak jadi ,memandangkan seolah-olah ia menggalakkan pula.

sebagai pengajarannya politik adalah kotor, jangan percayakan kawan,jangan cair dengan belaian wanita kerana itu mngkin perangkap. siapa yang perangkap anda tanya diri sendiri.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter